29 October, 2012

KALAULAH PENGIKUT PAS TAHU....



1. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa tidak semua yang pemimpin Pas lakukan adalah kerana kepentingan agama, sudah tentu kita akan kecewa dan menolak perjuangan Pas yang kononnya berlandaskan Islam. Namun sebenarnya mereka hanya jadikan agama sebagai alat untuk mencapai cita-cita dan perjuangan peribadi mereka sendiri.

2. Kalaulah pengikut Pas tahu....keratan akhbar diatas adalah tentang pemimpin Pas yang merayu kepada pengusaha rumah urut supaya memohon lesen dan mendaftar supaya cukai dapat dikutip. Kalau kita belum lupa, tidak lama dulu para pemimpin Pas menjerit-jerit mengatakan bahawa kerajaan BN perolehi hasil dari sumber haram dengan mengutip cukai dari perniagaan yang diharamkan oleh agama. Apakah apabila mereka sudah berkuasa dan memerintah maka apa yang mereka katakan haram itu sudah Allah halalkan bagi mereka?

3. Kalaulah pengikut Pas tahu.....Nik Aziz pernah meluluskan sebanyak 44 lesen arak di Kelantan tetapi dalam masa sama bercakap tentang apa yang kerajaan BN lakukan mengenai lesen arak adalah haram dari segi hukum Tuhan. (Klik Sini)

4. Malangnya para pengikut Pas telah buta mata dan hatinya dan terlalu taksub kepada pemimpin yang menjanjikan mereka syurga sedangkan syurga itu bukanlah milik para pemimpin mereka. Di Kelantan kerajaan negeri sering menjuruskan pemikiran rakyat kepada kehidupan akhirat kerena mereka gagal memberikan kebaikan kehidupan dunia bagi rakyat mereka. Kerajaan negeri gagal membekalka air bersih bagi menjamin kesihatan rakyat Kelantan biarpun sudah memerintah sekian lama.

4. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa mereka sudah sejak sekian lama tertipu, tentu mereka tidak akan sanggup berguling-guling dijalan raya kerana memprotes kerajaan yang sedang memberikan kebaikan untuk mereka dan menunaikan segala janjinya.







No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...