'Habislah kita kali ni Dato' Seri.Kita nak temberang apa lagi?
Rakyat dah tahu dan lihat sendiri video yang Papagomo siarkan tu......'
1. Di Balok, Kuantan semalam (30.3.2013), Anu arr dalam ceramahnya telah umumkan Dato' Fauzi sebagai calon Parlimen InderaMahkota. Sebagai orang kanan PKR di Pahang itu memberi maksud bahawa beliau tidak diperlukan di Pahang kerana tidak akan berpeluang menjadi MB jika pembangkang menang PRU. Bagaimanapun Anu arr 'terkejut berok' apabila ketika membuat pengumuman itu dia di'boo' oleh penduduk setempat. Bermakna pengundi menolak Dato' Fauzi sebagai calon Parlimen InderaMahkota dan seterusnya menolak beliau dari wakili Pahang dalam kepimpinan tertinggi pakatan. Bagaimanapun hakikatnya adalah rakyat sudah semakin sedar dan menolak PKR dan pakatan pembangkang secara total serta menolak Anu arr sebagai pemimpin atas alasan keruntuhan moralnya.
2. Dato' Fauzi adalah bekas pemimpin kanan UMNO Pahang satu ketika dulu. Menyertai PKR kerana kecewa dan balas dendam sebab tidak dicalonkan dalam PRU lalu. Digugurkan dari senarai nama calon atas alasan rekod yang tidak cemerlang dan 'hitam'. Dalam melaksanakan dasar transformasi, kerajaan BN dibawah DS Najib hanya memilih calon-calon yang berwibawa dan bersih sahaja. Bagaimanapun kita hairan apabila PKR sanggup mengutip 'tokoh-tokoh' hitam yang sudah dibuang oleh UMNO. Bagaimanakah tokoh hitam mampu untuk memutihkan dan membentuk kerajaan yang putih bersih jika mereka sendiri hitam legam? Rakyat Pahang sekitar Kuantan sudah maklum dan mengenali siapakah Dato' Fauzi ini, jadi kita tidak akan menambahkan keburukannya kerana niat kita adalah bersih - menyatakan kebenaran.
3. Semalam, saya mengikuti jejak 'dairi' MB Pahang DSD Adnan Yaakob. Bermula jam 11.00 pagi hingga sekitar 6.00 petang beliau berada di Markas Wilayah Laut 1, Pengkalan TUDM Tanjung Gelang, Kuantan bagi Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang. Selain dari meresmikan program, beliau juga turut serta melihat pameran yang diadakan, menyertai pertandingan bolesepak persahabatan diantara pasukan MB Pahang dengan pasukan TLDM dan lain-lain aktiviti. Program berkenaan dijadualkan akan berakhir tengahari ini.
4. Pada 8.00 malam, MB berada di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan bagi memenuhi acara Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Bersama Koperator dan Media Negeri Pahang Darul Makmur yang dianjurkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ramai yang hadir dari berbagai daerah dan berbagai ideologi politik, namun sama-sama bersetuju bahawa agenda transfomasi kerajaan harus dilangsungkan.
5. Dalam ucapan di kedua-dua majlis, DSD MB mengingatkan bahawa perubahan itu baik, namun tidak semua perubahan membawa kepada kebaikan terutama sekali dalam mengubah kerajaan. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Iraq, Mesir, Pakistan dan beberapa negara lagi. Mereka menyangkan mereka berubah kearah yang lebih baik namun apa yang terjadi adalah keadaan mereka menjadi lebih buruk. Janji perubahan tidak menjanjikan apa-apa selain dari kita akan menderita jikalau perubahan itu sebenarnya lebih membawa memburukkan.
6. Apakah jika pakatan pembangkang diberi mandat dalam PRU nanti mereka mampu berikan rakyat kebaikan? Jika negeri-negeri yang diperintah pembangkang dijadikan contah, maka tentu kita tidak akan berani untuk memberikan pakatan pembangkang mandat dalam PRU kali ini. Manifesto pembangkang bukanlah satu janji. Jika mereka diberikan mandat jangan salahkan mereka jika mereka tidak akan tepati janjinya dan tidak mampu membahagiakan rakyat. Sekali tertipu adalah pengalaman, namun jika tertipu kedua kali, itu adalah kebodohan.
No comments:
Post a Comment