03 March, 2013

SENDIWARA LAHAD DATU

Apa pula hubungan mereka dengan yang ini?


Naib Presiden PKR, Tian Chua tanpa rasa bersalah dan simpati terhadap keluarga mangsa pasukan keselamatan yang terkorban menuduh kejadian di Lahad Datu hanyalah sendiwara dan konspirasi yang dilakukan UMNO.

2 anggota VAT69 terkorban dan 3 lagi cedera adalah sandiwara. 12 orang penceroboh yang terbunuh juga adalah sendiwara. Terkini beberapa anggota keselamatan diberitakan cedera dalam serangan di Semporna juga adalah sendiwara. Kesemua yang terkorban dan maut serta cedera adalah sendiwara yang dirancang oleh UMNO. Demikian tuduhan dari mulut jahat Tian Chua

Demikian buruknya sikap pembangkang dalam menuduh UMNO walaupun dalam perkara keselamatan negara dan kehilangan jiwa anggota keselamatan yang berjuang mempertaruhkan jiwa raganya demi negara tercinta.

Menuduh UMNO salah bukanlah perkara baru bagi pembangkang, kerana itulah strategi mereka bagi memburuk-burukan kerajaan untuk menimbulkan rasa benci rakyat seterusnya akan memberi simpati kepada mereka dan mengangkatnya sebagai pejuang. Namun setelah sekian lama, rakyat sudah muak dan sedar bahawa mereka tertipu oleh sendiwara yang dilakukan oleh pembangkang. Kebelakangan ini ramai para mahasiswa yang dulunya menentang kerajaan sudah celik mata dan sedar kesilapan mereka yang selama ini dijadikan alat oleh pembangkang.

Apa lagi sendiwara yang akan pembangkang mainkan dan menuduh UMNO bersalah. Tidak mustahil nanti kalau ayam terlenyek lori UMNO juga yang akan dipersalahkan kerana bagi pembangkang hanya UMNO yang patutu dipersalahkan dan mereka sentiasa benar walaupun melakukan perkara-perkara yang sah dan nyata salah.

Rakyat harus sedar dan bangkit mengecam Tian Chua dan pembangkang dalam hal keselamatan yang berlaku di Lahad Datu. Sikap kurang ajar pemimpin pembangkang yang tidak menghargai jasa dan sumbangan anggota keselamatan laksana tidak sayangkan negara tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Ketika kaum Melayu mempertahankan dan mengekalkan kestabilan dan kedaulatan negara dengan pertaruhkan jiwa raganya, kaum lain hanya berdiam diri dan mengumpul hasil kekayaan untuk diri sendiri dan kaum kerabat mereka. Namun menganggap segalanya itu sebagai sendiwara adalah perbuatan yang tidak dapat dimaafkan sama sekali.


2 comments:

usin said...

aku senang je kalau berurusan dgn tian vavi chua ni. dia melintas depan aku, aku tendang telur dia sampai pecah.

bRAVEhEART said...

hohoho.....ganaszz tu usin.....tp mmg patut pun

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...