10 May, 2013

KETIADAAN WAKIL MCA DALAM KERAJAAN DAN WAJAH POLITIK BARU

Prof. Khoo Kay Kim


Lee Lam Thye


1. Dato' Safuddin Abdullah konon membawa politik baru, akhirnya kecundang dan tercampak dipenjuru PRU13 yang baru lalu. Makna politik baru yang Dato' Saifuddin maksudkan itu mungkin berbeza sama sekali dengan kehendak masyarakat kita. Mungkinkah beliau mendepani zaman atau sebenarnya beliau disisih zaman. Tidak mengapa, kita terpaksa tinggalkan Dato' Saifuddin dengan idea politik barunya di Temerloh yang tewas kepada Nasruddin Hassan (Tantawi) (Pas) yang bukan pun anak tempatan.

2. Kemerosotan undi calon-calon MCA dalam PRU kali ini dianggap sebagai gelombang 'tsunami cina' oleh sesetengah pemikir politik (bukan Pemikir Politik Jerantut). Itu dianggap sebagai manifestasi kaum cina yang sudah hilang kepercayaan kepada MCA sebagai parti komponen dalam BN justeru berubahnya sokongan mereka kepada DAP. Akibat dari itu, MCA yang nyata sangat kecewa terhadap kaum cina yang enggan menyokong mereka telah mengumumkan untuk tidak akan menerima sebarang perlantikan sebagai menteri dan apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

3. Sama ada ini mainan politik MCA yang berkemungkinan ada hubungan sulit dengan DAP atau mereka benar-benar ingin menghukum kaum cina kerana tidak menyokong mereka, namun yang jelas akan berlaku 'lompong' hubungan diantara rakyat dari kaum cina dengan kerajaan yang memerintah. Kaum cina tidak ada wakil yang mewakili mereka dalam menyambung suara rakyat dan ini bukanlah satu perkara yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini yang perlukan wakil penyambung lidah rakyat dalam melaksanakan sebarang agenda bagi pembangunan.

4. Jika MCA enggan mewakili kaum cina dalam kerajaan kenapa tidak BN mendapatkan kalangan profesional yang berkelayakan dari kalangan NGO untuk mewakili mereka? Saya tertarik dengan tulisan diblog 'Ipoh Malay' (Klik) yang mencadangkan 2 nama iaitu Lee Lam Thye (Klik) dan Khoo Kay Kim (Klik). Saya melihat mereka adalah lebih jelas memberikan gambaran tepat kaum cina sebagaimana yang DS Najib inginkan dalam gagasan 1Malaysianya kerana kedua-dua mereka itu dilihat sebagai cina Malaysia yang tulin. Lee Lam Thye adalah bekas Ahli Parlimen DAP suatu masa dulu sementara Khoo Kay Kim adalah professor universiti yang rapat dengan bahasa dan budaya melayu. Kedua mereka adalah aktivis sosial yang disenangi oleh semua kaum di Malaysia.

5. Kerajaan BN di negeri-negeri serta kerajaan tempatan harus mendapatkan lebih ramai  Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim bagi mewakili kaum cina sebagai penyambung suara rakyat. Jika ini dapat kita lakukan, maka tidak akan ada lagi 'kelompongan' hubungan diantara rakyat dengan kerajaan BN yang memerintah. BN harus menerima hakikat bahawa sehingga PRU14 nanti BN akan mengharunginya tanpa bersama MCA yang sedang 'bermuhasabah' diri. 

6. Kehadiran Lee Lam Thye-Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim-Khoo Kay Kim ke dalam politik dan pentadbiran negara adalah sebenarnya wajah politik baru yang rakyat inginkan yang selaras dengan konsep 1Malaysia sebagaimana yang DS Najib bawa dan perjuangkan selama ini. Yang lebih penting Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim adalah cina yang bukan rasis seperti Lim Kit Siang  'and the gang' yang bakal merosakan perpaduan kaum di negara kita yang selama ini harmoni.


1 comment:

berasiam said...

Pelantikan wakil Cina dalam kerajaan boleh menyelesaikan masalah dalam jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, ketamakan Cina untuk beroleh kuasa di negara ini adalah masalah jangka panjang. Ketamakan mereka bertitik tolak daripada kejayaan mereka memonopoli ekonomi negara. Siapapun tidak mampu atau berani menafikan bahawa ekonomi Malaysia dimonopoli oleh Cina. Atas kejayaan mereka memonopoli ekonomi itulah, mereka bergerak pula untuk menguasai politik negara dengan menumbangkan BN yang diterajui oleh UMNO.

Oleh yang demikian, untuk penyelesaian jangka panjang, monopoli Cina dalam ekonomi hendaklah dipecahkan. Sasaran 30% penyertaan Bumiputera yang dihasratkan dalam DEB dahulu adalah bermatlamat untuk memastikan tidak berlaku monopoli Cina dalam ekonomi. Sasaran tersebut tidak pernah tercapai. Semakin lama DEB ditinggalkan, semakin ketara monopoli Cina dalam ekonomi.

Kerajaan perlulah mencari rumusan baru untuk mencegah perkara ini berterusan. Jika mereka terus memonopoli ekonomi, mereka akan terus cuba untuk menguasai politik negara. Masalah ini akan berpanjangan dan berterusan.

Oleh yang demikian, kerajaan hendaklah merangka satu penyusunan semula ekonomi sebagaimana DEB tetapi dalam bentuk yang lebih terkini. Jika DEB dilancar dan dilaksanakan dalam keadaan Bumiputera tidak bersedia, pelan kali ini harus diselaraskan dengan situasi masyarakat yang lebih sedia bersaing.

Ramai usahawan Bumiputera telah muncul tetapi persaingan tidak sihat dengan Cina yang memonopoli ekonomi merencatkan perkembangan perniagaan mereka. Akses kepada kemudahan kewangan adalah terhad. Sektor peruncitan jelas dikuasai oleh Cina dan ini jelas dari wajah bendar-bandar di Malaysia.

Kerajaan perlu sekali lagi campur tangan secara aktif untuk menyusun semula ekonomi supaya tidak terus dimonopoli oleh Cina. Jangan tumpukan kepada kontrak kerajaan semata-mata tetapi berikan tumpuan kepada sektor peruncitan yang memang rapat dengan kehidupan sehari-hari.

Ubah ekonomi Malaysia, akan berubahlah sikap Cina dalam politik.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...