08 May, 2013

PARLIMEN JERANTUT DALAM PRU13 (SIAPA BELOT?)

BN sapu bersih 4 kerusi Jerantut


1. Secara umumnya kita masih dalam mod pilihanraya. Demam dan kesannya masih terasa terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung. Bagi kita sebagai rakyat biasa, seharusnya kita kembali memberikan tumpuan kepada tugas mutlak dan harian kita. Kita tidak perlu turut serta dalam sebarang bantahan kerana hakikatnya PRU13 sudah berlangsung dengan aman dan telus. Ini juga diakui oleh kerajaan Amerika (Baca Sini). Rakyat mesti lebih bijak dan jangan jadi alat individu atau golongan tertentu untuk mencapai cita-cita peribadi mereka semata-mata.

2. Di Jerantut, ramai meramalkan bahawa Parlimen akan dirampas pembangkang sekiranya calon terdahulu masih kekal dipertandingkan dalam PRU kali ini. Namun sebaik sahaja nama Hj Nazlan diumumkan sebaghai calon, banyak pihak merasakan bahawa belliau adalah calon yang tepat yang boleh memenangkan kerusi parlimen Jerantut.

3. Kerjasama banyak pihak telah memainkan peranan besar dalam kejayaan ini. Kita dapati bahawa mantan-mantan Ahli Parlimen juga turut memberikan khidmat bakti mereka dalam membantu kempen calon. Tengku Azlan serta Dato' Wan Abu Bakar turut membantu kempen calon-calon BN. Selain itu sentuhan 'otai' politik Jerantut, Dato' Ahmad Bazain (mantan adun Tahan) juga tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun peranan Hj Kamaruzaman Baria (mantan Ahli Parlimen) sebagai Pengarah Bilik Gerakan Parlimen dilihat sangat berkesan pada PRU kali ini.

4. Hj Nazlan memenangi Parlimen Jerantut dengan 26,544 undi dari 49,600 kertas undi yang dikeluarkan. Jika kita lihat undi-undi yang diperolehi oleh calon-calon BN didun-dun, kita akan pertambahan besar dari jumlah berkenaan;

1) Dun Tahan mendapat 6,200 undi, dun Damak mendapat 7,900 undi dan dun Pulau Tawar mendapat 11,048 undi. Jumlah undi dun-dun adalah 25,153.

2) Undi yang didapati Hj. Nazlan - 26,544
    Tolak jumlah undi di dun-dun  - 25,153
    Perbezaan undi                       -  1,391

5. Itu membawa makna bahawa beliau mendapat 1,391 undi dari pembangkang atau mereka yang yang tidak mengundi BN yang kebanyakannya adalah dari Pas sendiri. Itu adalah kerana protes penyokong Pas yang tidak menyukai kerjasama Dr. Hamzah (calon Parlimen Pas) dengan calon bebas Cikgu Koh serta bantahan penyokong PKR sendiri yang merasa mereka dikhianati dalam pakatan oleh Pas bagi kerusi dun Damak. Dr. Hamzah mesti melihat ini sebagai hukuman terhadapnya kerana khianati penyokong Pas dan khianati calon PKR rakannya dalam pakatan. Pada saya, jika rakan mereka sendiri sanggup dikhianati apatah lagi rakyat?

6. Apapun BN Jerantut harus berbangga dengan pencapaian ini dalam memulihkan kepercayaan rakyat terhadap BN terutama sekali kepercayaan terhadap UMNO itu sendiri.
   

1 comment:

Anonymous said...

BN menang di Jerantut sebab orang tanah rncangan Felda, Felcra dan Risda yg semuanya melayu sokong BN. Melayu tahu Dato Seri Najib yg rajin kerja dn banyak bantu melayu. YB2 yg dilantik hendaklah rajin jumpa org Felda, Felcra dan Risda di kawasan Jerantut. Bantulah mana yg patut. tunjukkan anda YB yg berterimakasih pada pengundi. jgn membesarkan perut yg dah besar tu

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...