15 May, 2013

MENJELANG PERLANTIKAN EXCO NEGERI PAHANG.

Ikrar Menteri Besar Pahang


1. Khabarnya esok Dun Pahang akan dibentuk. Exco-exco kerajaan negeri akan dilantik bagi mengisi beberapa portfolio. Khabarnya juga jawatan Timbalan Menteri Besar akan diadakan semula dan 'orang muda' yang juga senior dalam exco kerajaan akan dilantik kejawatan itu. Untuk makluman, jawatan itu telah ditiadakan pada penggal lalu kononnya bagi meredakan perbalahan.

2. Saya sangat setuju apabila jawatan Timbalan Menteri Besar akan diisi oleh orang muda yang lebih memahami kehendak generasi masakini. Media Sosial yang jadi penghubung akan dapat lebih digiatkan dan digerakan sepenuhnya. Memang banyak yang masih perlu dilakukan. Jika dibandingkan cybertrooper sukarelawan penyokong kerajaan dengan dengan cybertrooper pembangkang memang nampak perbezaan ketara diantara keduanya ini terbukti dari segi impak yang diberikan dalam PRU12 dan 13 yang baru lalu. Red Beans Army Cyber troopers memang hebat dan memang tentera cyber upahan sepenuh masa (Klik Sini)

3. Berapa negeri yang ada unit cybernya seperti SelangorTV (Klik Sini) yang dapat menyiar dan melaporkan segalanya mengikut kehendak dan citarasa mereka sendiri dan yang lebih penting siarannya dapat ditonton pada bila-bila masa. Kerajaan negeri Selangor sedar akan kepentingan memiliki satu medium untuk mendekati rakyat. Kita juga masih belum terlambat untuk mengikuti langkahnya. Belajarlah dari mereka jika kita sedar bahawa kita ketinggalan dari mereka.

4. Perlantikan exco juga diharapkan akan berlaku beberapa pertukaran portfolio. Banyak rungutan dari pengusaha pelancongan yang mengatakan bahawa pelancongan di Pahang menemui jalan mati. Produk-produk pelancongan yang ada mestilah digilap semula dan diberikan nafas baru. Memang benar Pahang miliki sumber eko-pelancongan yang menarik namun jika tanpa usaha mempromosikannya tiada siapapun yang akan tahu apa yang kita ada. Kg. Cerating yang suatu waktu dulu jadi tumpuan pelancong asing kini sudah semakin sunyi. Kita harus tahu kenapa itu berlaku? Perbincangan dengan pengusaha pelancongan mesti diperbanyakkan untuk mengetahui apa yang mereka kehendaki.

5. PRU13 ini adalah harapan rakyat terhadap BN di Pahang. Jika kita gagal memahami kehendak rakyat bukanlah mustahil PRU14 nanti kita akan hadapi kesusahan yang lebih besar. Zaman pemimpin tahu segalanya sudah berlalu. Pemimpin dipilih rakyat untuk melaksanakan kehendak rakyat. Jika rakyat merasakan mereka gagal mendapat apa yang mereka kehendaki maka rakyat berhak memilih pemimpin bahkan parti lain bagi mencapai hasrat mereka. Apa akan jadi kepada BN  jika demikian jadinya?

3 comments:

Anonymous said...

Boleh juga lantik orang Jerantut sebagai exco. Pengerusi Perhutanan Penebangan Dan Cari Gali Sumber Asli Gas Keindahan Desa dan Mengeroh Sungai Pelancongan Asli.

Anonymous said...

salam. pelancongan perlu ambil model Melaka. sesuatu tempat itu ada tarikan pelancongan. cth di Pahang, mesti ada beberapa produk pelancongan di satu tempat berdekatan. contoh di bera. ada tasek bera. tapi itu sahaja. jadi orang nak pergi melancong tak jadi nak pergi sebab tak banyak yg ditawar di sekitarnya. buang masa cuma melawat satu tempat sedangkan nak ergi ke situ ambil masa yg lama nak sampai. sepatutnya kerajaan Pahang perlu adakan contohnya zoo mini, atau pusat konservasi ala-ala gandah. mungkin konservasi haiwan lain seperti tapir.

Zaharuddin Abdullah said...

Macam batuk di tangga ekonomi dan pelancongan Pahang. Nah bagi saya jadi MB satu hari semuanya beres..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...