Suara Anak Pahang - Perlu Baca

17 November, 2014

MANA HILANGNYA 30 RIBU BANGLA DI CAMERON HIGHLANDS ?

Gambar hiasan


Terdahulu, Utusan Malaysia @ Utusan Meloya melaporkan Cameron Highlands 'ditawan' dengan kehadiran 30,000 (Tiga Puluh Ribu) Bangla. Semua pihak jadi ribut dan kelam kabut dengan kenyataan berkenaan.

Tentu sekali Zahid Hamidi mengetap bibir apabila ada kenyataan yang secara tidak langsung mempertikaikan kewibawaannya. Berikutan itu beberapa operasi dijalankan bagi memburu PATI hingga 'ke lubang cacing'.

Menteri-menteri yang berjawatan dalam UMNO tentu kelam kabut kerana tidak lama lagi kewibawaan mereka akan dipersoalkan atau 'disindir' dalam PAU nanti. 

Begitulah baiknya apabila Utusan dan Awang Selamat seekali menjolok 'sarang' tebuan, lebah atau kelulut. Semua serangga-serangga itu akan berterbangan, jika tidak menyengatpun akan berkeliaran disekeliling sarang.

Cuma kita nak tanya, selepas operasi 'memburu' dijalankan, mana dia 30,000 Bangla atau PATI sebagaimana tuduhan Utusan? Mampukah beribu-ribu PATI itu menyelinap didalam hutan atau dilain-lain tempat? Jika mereka masih bebas bersembunyi, salah siapakah pula kali ini? Apa asas kepada bilangan seperti tiduhan Utusan itu?

Atau, kita hanya 'seriau' kepada berita yang tidak pasti kesahihannya serta melompat dan melatah?


Sahibul hikayat maka hujan pun mulalah turun mencurah-curah. Adapun paras air-air sungai pun pastilah akan naik dan segala kawasan-kawasan tanah pamah akan ditengglami air juga akhirnya. 

Adapun segalanya itu adalah kuasa dan kehendak Allah jugalah adanya dan tiada jugalah sesiapa dapat menahannya melainkan elok dijadikan ikhtibar semata-mata. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.. jika tak hendak dihanyyutkan banjir lumpur, jangan berumah ditepi sungai diperbukitan.





4 comments:

Anonymous said...

Ke kajang kot?

Anonymous said...

tiada gula tiada lah semut,.siapa yang menabur gula ini sehingga beribu ribu semut bangla dating, orang yang tabor gula patut di tangkap dan di hokum..sudah tentu semut semut bangla tu ada yang masuk tidak sah sebab..semua boleh di atur oleh pihak pihak tertentu..kalau di kerah anggota keselamatan tunggu di kaki bukit Cameron highland di tapah dan di simpang pulai sudah tentu berlori bangla dapat di pungut..kemana nak lari...bangla bangla tu..

hock seng said...

Kt nilai pun byk pendatang tanpa izin

bRAVEhEART said...

Jika kat Nilai pun banyak pendatang tanpa izin, kenapa utusan tak bersuara jika mereka jujur?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...