15 November, 2014

#supportmbpahang - HEBAT SANGATKAH ADNAN ?




1. Tulisan saya terdahulu menyanggah tulisan di blog Zamkata. Terima kasih kerana TS memberi perrhatian kepada tulisan dan pandangan saya diblognya.


2. Tentu masih ramai yang belum lupa cerita si buta dengan gajah. Ringkasan kisahnya begini; Sekumpulan orang buta dibawa untuk mengenali gajah. Kerana kecacatan penglihatan maka mereka ingin mengenalinya dengan cara 'meraba'.  

Yang memegang badan kata gajah itu seperti dinding tembok, yang memegang kaki kata gajah itu seperti batang pokok, yang pegang belalai pula kata gajah seperti ular, yang pegang telinga kata gajah itu seperti kipas.... akhirnya mereka bertengkar mengenai bagaimana rupa gajah itu sebenarnya.


3. Kita akan nampak seseorang atau sesuatu objek berdasarkan dari tempat dimana kita berdiri. Pembangkang yang sebeum PRU13 dengan yakin menjangka akan dapat menawan Pahang, namun gagal dan melihat  DS Adnan Yaakob sebagai kubu yang teguh. Keberanian dan kelantangannya mengagalkan usaha mereka. Jika bukan DS Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang ketika itu tidak mustahil Pahang jadi seperti Selangor atau setidak-tidaknya menerima nasib sebagaimana Perak.

Rakyat sibuk mencerca pemimpin-pemimpin yang kononnya lemah. Beberapa menteri juga turut dilabelkan sebagai 'tidak bertelor'. Namun kepada Menteri Besar Pahang yang mereka labelkan sebagai samseng ini mereka benci juga? Apakah orang UMNO membenci beliau lebih dari pembangkang membencinya?

Utusan dalam tulisannya menyindir Menteri Besar Pahang ... 'Hebat Sangatkah Adnan'. Jawapannya adalah bergantung kepada dengan siapakah  DS Adnan Yaakob dibandingkan? Jika Utusan dan Awang Selamat bandingkannya dengan mantan Menteri Besar Selangor, mantan Menteri Besar Perak serta mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, maka jawapannya adalah:  Ya, memang hebat!

Menteri Besar Pahang juga memang hebat jika dibandingkan dengan TS Zainuddin Maidin yang hanya jadi Menteri Penerangan selama 2 tahun sahaja dan tentulah tersangat hebat jika dibandingkan dengan Awang Selamat sendiri.

Sudah pasti ada pandangan berbeza dari penglihatan dari sisi yang berbeza-besa, namun usaha memburuk-burukkan seseorang untuk menjatuhkannya adalah tidak wajar sama sekali. Kenapa perlu kita melihat Menteri Besar Pahang dalam gambaran yang buruk tanpa melihat jasa yang telah beliau berikan selama ini? Melakukan perkara yang benar dengan alasan yang salah juga adalah salah.

Apa sebenarnya orang Melayu dan orang UMNO nak?

(Sila Baca)


Adapun sahaya terpaksalah meninggalkan tinta dan kalam ini kerana sahaya teringatkan akan ikan-ikan di kolam yang masih sahaya belum beri makan. Adapun segala macam ternakan dan tanaman yang sahaya perbuat itu bukanlah untuk diri sahaya sebaliknya adalah untuk anak cucu jua adanya.

Akhirulkalam, jagalah tanah air ini agar jangan hanya tinggal nama, bukan lagi untuk kita tetapi untuk warisan anak dan cuculah jua.


7 comments:

Anonymous said...

assalam tuan. ada sumber menyebut bahawa bekas d.o cameron highlands terdahulu cuba mengambil tindakan keras kepada pencerobohan tanah secara haram. bila tindakan diambil, si penceroboh mengadu kepada orang besar politik pahang. akhirnya apa yang berlaku? d.o ditukar ke tempat lain dan dituduh tidak berhati perut. minta maaf, ini bukan rekaan saya melainkan kata2 daripada sumber yang mengalaminya. siapa orang besar politik pahang tu, tak perlulah saya sebutkan.

Anonymous said...

Cameron Highlands sedang Nazak..
Bertindaklah..bertindaklah...
Demi masa depan...

Anonymous said...

Isu ini bermula drpd utusan yg proaktif membongkar gejala rasuah yg semakin teruk dan menjadi jadi..liputan terhadap cameron highland adalah terkait isu rasuah!!..
respon dr DS Adnan Yaakob yg bagaikan cacing kepanasan terhadap utusan itu membuatkan mereka bertanye 'Hebatkah sangat DSAY??!!'?
kalo nak menambah jualan akhbar, tak payah bawak isu rasuah!!
yg dipertikaikan cara DS Adnan bg respon...aper, MB Umno tak bole di tegur ke?..tak bole dikritik la?..da brape byk nyawa melayang di cameron?..diam aje la..
yg penting pemimpin ngko berterusan membuat duit!!..

Oh ya DS adnan hebat..da brape byk keahlian baru pengundi bwh 30 tahun di pahang?.brape peratus peningkataan undi UMNo di pahang pru13?..PAU nnti jgn lupa usul pemimpim umno ketua bahagian pegang jawatan hingga ke akhir hayat dan di ganti hanya dikalangan ahli keluargs mereka

Anonymous said...

Pemimpin datang dan pergi..yg pasti pergi dgn poket tebal..support mb pahang..sudahlaa!!! Kerja bodoh!!

bRAVEhEART said...

Hebat!

Bandingkan dgn mantan MB Selangor, bandingkan dgn mantan KM P.Pinang... hebatkan sangatkan Zainuddin Maidin dan Awang Selamat? Hebat sangatkah Zahid Hamidi? Hebat sangatkan Hishamuddin Hussein? .....

Anonymous said...

Fuyyooo...hebatnye denan yaakob..nasib baik la ngko bgtau..kalo tak sumpah smpi skang aku tak tau betapa hebatnye denan yaakob..bayangkan la aku bg komen nak dekat subuh smpi tak tido aku membayangkan kehebatan denan yaakob..ngko pun ape kurangnyer sbg blogger menyembangkencangkan kehebatan denan..bukan senang tau nk dpt title pencacai first class ni...jgn maraa aa..ini puji pujian tau ..

bRAVEhEART said...

Anon 5:30,
Kerana saya x sependapat dgn beliau maka su dikeji... apakah sy mesti berpendapat sama dengannya atau mengikuti pendapatnya utk memuaskan hatinya? Rupanya beliau adalah penacai yg lebih buruk kerana menulis atas arahan tuannya bak anjing yg hanya patuh pada kata2 tuannya...hehe

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...