25 May, 2015

BILA TUN 'M' BERSUARA...



Kebelakangan ini semakin menjadi-jadi Tun 'M' mengkritik Perdana Menteri. Jikalaulah ianya sebuah lautan, pastinya ia tidak akan bertepi. Setiap tindakan DS Najib segalanya dipandang buruk. Semuanya salah belaka.

Pada peringkat awal, saya menyangka ianya umpama teguran seorang ayah terhadap anaknya, bagaikan pepatah melayu; sayangkan anak, tangan-tangankan. Namun semakin lama ianya kelihatan semakin kasar bahkan, bapa tiripun tidak melayan anak tirinya sekasar ini.

Keadaan dihangatkan lagi oleh juak-juaknya yang digelar 'blogger elite' yang setiap hari membawa berita yang memberi kesan buruk kepada DS Najib. Kita tidak usah tanya kenapa mereka beria-ia benar menghentam DS Najib kerana pasti ada sesuatu yang akan mereka dapati kelak. Mana lagi ada perjuangan yang benar-benar ikhlas selain dari mengharapkan balasan atau ini adalah kerana membalas jasa atau mengenang budi. Membayar kembali apa yang sudah diterima dahulu.

Tidak peduli apa alasan sekalipun, apa yang Tun 'M' lakukan ini bukan setakat merosakkan DS Najib sahaja bahkan ianya akan memusnahkan UMNO itu sendiri. Soalnya kenapakah Tun 'M' sanggup melakukan demikian untuk memberi tekanan supaya DS Najib berundur?

Apakah agenda sebenar Tun 'M' yang kita semua tidak ketahui? Apakah hanya dengan berundurnya DS Najib UMNO dan  kerajaan akan kekal dan stabil? Begitu saja tanpa perlu melakukan apa-apa selain itu? Apakah sedemikian mudah membaiki segala kerosakan yang telah dilakukan selama ini?

Tiada siapa yang dapat melihat dan memastikan masa depan...apa yang akan terjadi nanti, hatta 'Nujum Pak Belalang' pun tidak dapat meneka apa 'didalam tangan' Tun 'M'. Bagaimanapun, apabila Tun 'M' sudah bersuara, DAP dan pembangkang pun bolehlah menari dan bergembira kerana segala tugas-tugas mereka akan dilakukan oleh Tun 'M'.

Mungkin Tun 'M' mudah lupa dan sudah lupa bahawa musuh kita tidak pernah leka dan akan mengambil kesempatan pada bila-bila masa saja. Politikus yang jadi tikus?





14 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kalau Tun bercakap sorang- sorang apalah kita nak bimbangkan.
Rakyat pun bukan percaya kepada dia.

Yang peliknya kenapa Najib panik sangat, takut macam jumpa hantu, kalut kumpul orang apahal...

Tun dah 90, dah tak kuat, relax ler bro...

Anonymous said...

Tak mungkin blogger upahan Najib lebih pandai daripada Tun. Bila nak buat posting tentang Arul elak dari PAC?

Anonymous said...

Kamu saja yang lupa yang andai melayu-muslim hilang kuasa dan perlindungan 152-153 perlembagaan juga mungkin pupus setelah GE14.

Lu ingat tak boleh jadi kah? ISA dengan begitu mudah je. Singapura sudah pun hilang privy bagi orang melayu, tak da nak buat iktibar kah?

Siapa yang dapat imbuhan sebenar nya? Jauh sangat lah nak dibandingkan Tun M dengan Najib!

Jangan sampai bugis semua terpalit sumpah melayu akibat satu bugis yang tersangat degil!

Anonymous said...

Sorry bro, you are missing the bigger picture here. Your content here is a "high school level" type of thinking. Should just quit blogging la..

Anonymous said...

Elok lah tun tegur kalau nak harapkan Menteri2 UMNO, ahli majilis tertinggi dan ketua-ketua bahagian semuanya tak berani sebab nak jaga periuk nasi masing-masing. Nasib baik ALLAH panjangkan UMUR tun kalau dia tak ada, lagi ramai penyamuan yang bertjawatan tinggi akan terun menyamun tanpa di persoalkan oleh sesiapa.

Anonymous said...

Hanya hingusan saja yang tidak mengenali Tun M. Sekilas ikan di air, dia tahu jantan betina. Dia tidak akan berdiam diri sekiranya terdapat kepincangan didalam sesuatu perkara. Negara lebih penting dari parti. 1MDB memang satu systemic isu kepada negara. Banyak lagi perbuatan Najib yang akan menghancurkan parti dan negara. Rasanya pada PRU14, PR akan berjanji utk memansuhkan GST, boleh ke BN menang. Kalau kerajaan sebelum ni boleh memerintah tanpa GST, tidak mustahil PR tidak memerlukan GST. Baiklah Najib berundir sebelum banyak lagi kemusnahan yang dilakukan.

Anonymous said...

tun M sedang memburu musuh yang beselimut dalam pejabat perdana menteri. jika tidak dimusnahkan, maka negara ini akan dikuasai oleh orang asing pengkhianat negara..

Anonymous said...

Kerana Mahathir lah ramai orang nak tahu kes 1MDB. Najib kalau tak tegur, alamat besar kepalalah. Nasib baik PRU lepas menang tipis, kalau menang besar, lagi besar kepala dia & 1st lady...

Anonymous said...

salam saya amat menghormati kedua dua pemimpin ini. perbezaan kedua dua pemimpin memang ketara tun m dengan cara kepimpinan nya yang kuku besi berlainan pula dengan najib yang terlalu bertoleransi. setelah saya amati sekiranya tun m tidak berundur dahulu awal lagi umno telah kalah. kerana rakyat hampir lemas dengan sikap tun m. najib pula yang terlalu toleransi membuatkan kerajaan yang dipimpin nya akan lemas kerana terlalu menjaga kepentingan rakyat. kita tidak boleh memuaskan semua pihak itu yang cuba dilakukan oleh najib. ape yang dilakukan oleh najib tidak ade silapnye. tetapi kerana terdapat kumpulan melayu yang berdendam dengan kerajaan disebabkan dari zaman tun m lagi menyebabkan kekecohan yang berlaku sehingga ke hari ini.

Anonymous said...

SOALNYA apakah mengekalkan Najib dpt menyelamatkan UMNO???umno semakin muram sblom Tun M bersuara lgi..so terima la hakikat bloger bangang

bRAVEhEART said...

1) Ada beberapa komen yang tak dapat saya 'lepaskan'kerana bahasanya menghina tun dengan terlampau... mohon maaf, tidak menyukai pendapat Tun atau sesiapa bukan bermakna kita boleh menyumpah seranahnya semahu kita.... jangan sempitkan akal kita kerana perasaan kita sendiri..

2) Terima kasih kepada blogger Tun, tetapi saya pun bukan blogger Najib. Saya hanya menyokong Perdana Menteri dan bukan Najib secara peribadi.. saya bukan pentaksub dan tidak dibayar untuk mentaksub seseorang...

3) Tun mungkin dah 'bercakap sorang2' namun ada pihak yg sudi mempergunakannya utk kepentingan peribadi mengheretnya sama dan menjadikannya jurucakap... mana kita tahu?

4) Yg penting kita sedar adalah.. Tun sudah bercakap dan menjalankan tugas pembangkang dan membuatkan pembangkang sudah hilang perkerjaan..

Terima kasih kerana sudi memberi pendapat. Semua pendapat tuan2 betul dan benar... mengikut tafsiran sendiri..

Anonymous said...

Pada firasat saya Tun bukan bertanya tetapi more to accuse seolah2 Najib terlibat itu dan ini. Tapi Najib sepatutnya cool dan jawab je mengikut pengetahuannya. Contohnya fasal jawapan Najib dan pindaannya di parlimen, Tun terus tuduh Najib berbohong. Najib patut jawab balik bahawa apa yg dikatakannya itu adalah berdasarkam maklumat yg diterima dari pegawainya yang mana telah diberikan oleh 1MDB. Lagipun pembetulan itu menunjukkan dia bersikap jujur. Dia mengaku ada kesilapan dan seterusnya membetulkannya. What's wrong with that? Saya lihat Tun semakin kurang rasional terhadap tindakannya dan sedih kerana ia tidak mengambarkan ciri2 TDM yg sepatutnya.

Anonymous said...

Pada firasat saya Tun bukan bertanya tetapi more to accuse seolah2 Najib terlibat itu dan ini. Tapi Najib sepatutnya cool dan jawab je mengikut pengetahuannya. Contohnya fasal jawapan Najib dan pindaannya di parlimen, Tun terus tuduh Najib berbohong. Najib patut jawab balik bahawa apa yg dikatakannya itu adalah berdasarkam maklumat yg diterima dari pegawainya yang mana telah diberikan oleh 1MDB. Lagipun pembetulan itu menunjukkan dia bersikap jujur. Dia mengaku ada kesilapan dan seterusnya membetulkannya. What's wrong with that? Saya lihat Tun semakin kurang rasional terhadap tindakannya dan sedih kerana ia tidak mengambarkan ciri2 TDM yg sepatutnya.

UMNO PARTI PENJARA said...

...

Muhyiddin Mahu Hantar 200 Surat Ke UMNO BHG Tolak Najib?

https://youtu.be/zEJma8Ld5fM
https://youtu.be/KtM1vqPEBOc
https://youtu.be/mgssNnX_sZA

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<



Singkir Najib, Naikkan Mukhriz - Tun M Busuk Hingga Ke Usus!

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<



MAKIN Tolol - Puteri UMNO Menyalak Lagi Dari Caw ke bhg ke PAU 2015!!

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...