30 July, 2015

TS ZAINUDDIN MAIDIN DAN SURAT KHABAR LAMA

'... yelek !!.....' 


1. Merujuk kepada sebuah rakaman video oleh 'KiniTV' dengan tajuk 'Pemecatan demi panjangkan hayat politik Najib - Zam' - yang mengulas tentang tindakan DS Najib dan pemecatan TS Muhyiddin Yassin.

2. Sah mantan 'mamak menteri' ini meroyan dan melalut serta ternyata adalah pentaksub 'Tun M'. Bagaimanapun beliau memuji keberanian DS Najib apabila bertindak 'merehatkan' TS Muhyiddin kerana tidak sehaluan dengan beliau serta 'men-dropkan' (bahasa mantan wartawan dan mantan mamanda Menteri Penerangan) DS Shafie Afdal dari jawatannya dalam kabinet.

3. Bukankah Tun M juga pernah melakukan sedemikian? Bahkan berkali-kali dan beberapa Timbalan menterinya digugurkan dengan berbagai cara menyembunyikan 'tangan hitamnya'.

4. Umum ketahui bahawa TS Muhyiddin tidak ada kekuatan dan tidak ada penyokong setia serta pentaksubnya sebagaimana DS Anwar Ibrahim dahulu. Jika ada yang berkumpul untuk memberikan sokongan kepada beliau berhati-hatilah kerana sokongan itu adalah palsu yang hanya bertujuan untuk memporak perandakan UMNO, melainkan memang TS Muhyiddin berniat untuk merosakkan UMNO itu sendiri.

5. Sesiapapun yang dalam keadaan DS Najib pasti akan melakukan demikian... membersihkan kabinetnya dari mereka yang tidak sehaluan serta memutuskan hubungan anggota kabinetnya dengan pengaruh Tun M yang seringkali 'men-drop' (menggunakan perkataan mantan mamak Menteri Penerangan)

6. Tun M kata beliau menegur DS Najib sebab sayangkan beliau. Saya juga menegur TS Zainuddin Maidin kerana saya sayangkan beliau. Saya tegur Tun M kerana saya sayangkan beliau. Apapun saya lebih sayangkan UMNO dari siapa-siapa dan mana-mana pemimpin UMNO itu sendiri.

7. Kebenaran sesuatu perkara itu hanya akan dapat dipastikan setelah segalanya berlalu sehingga itu, ianya hanyalah satu teori semata-mata.

8. Maaf: pendapat TS Zam hanyalah bagaikan senaskah surat khabar lama yang sudah tidak lagi ingin dibaca sesiapa. Mungkin berdiam diri lebih baik dari berkata-kata!





14 comments:

Anonymous said...

Jelas 1MDB bermasalah dan tindakan Najib demi survival politik beliau satu tindakan yang silap. Ya cuma UMNO elit sahaja yang menyokong Najib. Tetapi Akar umbi dan Rakyat sekarang ini sudah muak dan jelak dengan Najib.

Cuma tunggu PRU14 untuk kami semua menzahirkan rasa benci dan menyampah pada Najib.

Bye-bye Najib.

Anonymous said...

Din turtle pun sama macam Zam ni.
Aku dapati orang Melayu Islam sekarang lebih percaya fitnah (persepsi) walaupun sudah nampak bukti 4cm Anwar, Sabu rampas isteri orang, doa pecah perut terbalik pada diri sendiri, ini antara contoh.
Aku harap Peguam Negara yang baru ni cepat bertindak mendakwa pengkhianat bangsa dan negara.

Anonymous said...

Komen anda ... "Jika ada yang berkumpul untuk memberikan sokongan kepada beliau berhati-hatilah kerana sokongan itu adalah palsu yang hanya bertujuan untuk memporak perandakan UMNO, melainkan memang TS Muhyiddin berniat untuk merosakkan UMNO itu sendiri."

Komen saya ... Jangan terlalu yakin dengan pernyataan anda. Rakyat masa kini amat prihatin dan sentiasa memerhati / menilai tindak tanduk pemimpin2 atasan tidak kira parti atau ideologi.

Pada anda mungkin Muhyiddin tidak ramai penyokong tetapi rakyat marhaen dah meluat dengan tingkahlaku dan telatah Najib dan konco-konco.

Pemimpin dipilih supaya mentadbir negara dengan elok dan baik demi kesejahteraan rakyat dan juga bangsa tetapi jika bertindak keterlaluan, jangan sampai berulang pepatah "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!".

Muhyiddin dipecat hanya kerana beliau menegor salahlaku Najib.

Ingat ... The rakyat adalah 'the playmaker' ...

Kutukandewata said...

apalah bro..cakap kalinga pun nak heboh! dah memang spesis dia ni sejak zaman kesultanan melaka lagi dah begitu perangainya sampai tumbang kepada portugis!

Anonymous said...

pentaksub yang bodoh dan jumud sahaja yang boleh berdiam diri.

AlangSiantan said...

Kalau surat khabar lama buangkan saje..timbang kati. Tapi mulut kata lama..hati kata baru...itu pasal ramai orang baca dan bagi komen..melelih air liur tak sabar nak baca

Anonymous said...

Aku bukan ahli umno...tapi akan undi umno...
Klu mahataik tidak buat kacau dan profesional...tiada masalah timbul...
Dulu paklah jatuh angkara mahataik...skrg nak jatuhkan najib dan tsmy yg dihormati jatuh krn mahataik...

Anonymous said...

Kita jatuhkan umno dan ramai2 undi dap..
Bodohnya org2 melayu...jatuh menjatuhkan..
Yang dah pencen msh gila berkuasa...tak cukup kenyang ker anak2 dan kroni..
Tak suka...kita jatuhkan najib dlm pemilihan presiden umno.Skrg bukan zaman mahataik yg melarang jwtn presiden dipertandingkan..Sistem skrg sapa2 boleh jatuh dan naik dgn kertas undi.Tsmy pun boleh dinaikkan ke presiden wlpun sejarah tikam belakang dan khianat ketua akan sentiasa dikenang.
Dpd kita melayan secara membuta tuli org pencen yg gila kuasa...baik kita bersatu teguhkan parti.Cukup2lah dgr org yg bagi bangsa lain kaya nie bercakap...bagi peluang org lain pulak

Anonymous said...

Tak sangka blogger bangang ni berubah hati.

bRAVEhEART said...

Tahniah anon 3:35 kerana koman anda yg benas ini saya siarkan seperti yang saya janjikan...

Anonymous said...

3.35 pundeks

Anonymous said...

Betul2. Selagi kita bergaduh dan berpecah selagi itu musuh Islam akan mengambil kesempatan menghancurkan bangsa kita.

syed osman mansor said...

Bila yang menegur dengan niat yang baik digugur dari barisan kabinet, maka rakyat akan membuat kesimpulan mudah. Orang yang ditegur :
1. Tak suka atau pantang ditegur.
2. Tak boleh terima isi teguran.
3. Menerima teguran bererti mengaku
kesilapan.
4. Takut kepada kejujuran & keikhlasan , walau
pun dari sahabat seangkatan & sepasukan.
5. Tidak berani berterus-terang dengan rakyat
6. Mungkin ada yang perlu disembunyi dahulu.

Apa pun, PERSEPSI RAKYAT, jangan dipandang enteng. Laungan sokongan daripada ahli2 parti yang lebih kurang 3 juta orang saja, TIDAK boleh dianggap sebagai meyakinkan. Yang perlu diyakinkan dan diminta sokongan adalah rakyat yang selebihnya. Jangan silap percaturan ; jangan tipu diri sendiri !!! Jangan terlalu percaya kepada penasihat2 Politik kerana mereka pun bukan maksum , bukan tahu segala2nya, .

Anonymous said...

Ini semua percaturan Tun. Dia nak bagi ruang anak dia naiklah ni dan guna maklumat palsu 1MDB untuk memfitnah Najib. Memang 1MDB ada masalah kecairan tetapi ia bole diatasi kerana ada aset. Projek2nya juga adalah untuk rakyat. Amat menghairankan kerana agenda tersembunyi tu Tun sanggup memfitnah walhal fitnah tu berdosa besar, kecuali dimaafkan oleh Najib.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...