25 August, 2015

SIAPA MANGSA DAN SIAPA PEMANGSA?

Yang lama kita tukar dengan yang baru.... mungkin itu yang diperkatakan.


Tahniah kepada DS Zahid Hamidi yang berani menerima perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia menggantikan TS Muhyiddin Yassin yang terpaksa direhatkan. Saya sudah menulis mengenainya menurut sudut pandangan saya sendiri, baca di 'Ular Menyusur Akar'.

Mungkin sudah demikian suratan takdir...diangkat martabatnya - kepada DS Zahid Hamidi, dan terbuang - buat TS Muhyiddin Yassin.

Apa yang kita lihat dari apa yang berlaku ketika ini? Tentunya kita ada pandangan berbeza-beza namun kita harus melihat politik itu dari pandangan serupa, iaitu politik itu bersegi-segi. Dari segi mana atau sudut mana sekalipun kita berada, kita melihat matlamat yang sama... mencapai cita-cita.

Apapun kita sepatutnya turut berpuashati kerana pemimpin berumur didalam UMNO digantikan dengan yang lebih muda. Ini juga peremajaan dalam parti yang akar umbi inginkan selama ini.

Ketika DS Hishamuddin meninggalkan kerusi Ketua Pemuda, tempatnya diisi oleh KJ yang nampaknya dengan mudah menyingkirkan DS Mukhriz. Jadi ke mana dan bagaimana DS Mukhriz boleh mendapat tempat untuk menghampiri kerusi Perdana Menteri?

Ayahanda 'Mantan' memang sangat berharap DS Mukhriz dapat mencapai kerusi berkenaan dalam waktu terdekat, namun halangan nampaknya sangat banyak. Justeru, bagaimanakan halangan-halangan itu dapat dikurangkan? jawapan mudahnya adalah pecahkan dan singkirkan...

Tangan manakah yang bijak mencaturkan politik Malaysia ini ...yang mampu melakukan dalam diam tanpa disedari dan dipersalahkan?

Apabila TS Muhyiddin dan DS Shafie Afdal tersingkir dari jawatannya dalam kerajaan, pasti itu akan turut menjejaskan jawatannya didalam parti. Inilah apa yang sering terjadi dalam UMNO dan pasti akan terjadi lagi kepada kedua mereka ini.

Jika benarlah demikian, bermakna DS Zahid Hamidi akan mengisi jawatan Timbalan Presiden, maka tempatnya serta tempat DS Shafie Afdal akan kosong. Siapakah yang akan mengisi kekosongan berkenaan? Siapakah yang sangat berkehendakan kerusi berkenaan? Bukankah peluang akan luas terbuka untuk DS Mukhriz? Hehehe.... inilah kesenian dalam politik!

Mungkin ada yang melihat bahawa masih ada musuh dan halangan bagi DS Mukhriz, iaitu KJ, namun apabila KJ membawa kecenderungan dan hasrat Pemuda untuk menyokong TS Muhyiddin dan DS Shafie maka itu juga membawa KJ ke dalam kapal yang sama, yang sudah hampir tenggelam.

Mungkin kita sudah boleh turut mengucapkan selamat jalan atau selamat tinggal kepada KJ. Tahniah kepada DS Mukhriz kerana laluan semakin cerah untuknya. hahaha.... inilah seni dalam politik! Siapa yang kena main? Kenapa 'Mantan' sudah mendiamkan diri?

Siapa mangsa dan siapa pula pemangsa?


Bacaan cadangan:


6 comments:

Anonymous said...

Dulu aku memang peminat blog ini,tetapi sekarang aku sangat2 menyampah dengan blog yang tak sedar diri ni.Terpaksa menyamar menjadi musuh kepada Tun,pada hal dalamh hati kamu ,kamu adalah seorang pemuja Tun ,kamu terpaksa menyamar menjadi seorang yang haepokrit demi sesuap nasi untuk anak bini kamu......berkat kah rezki yang seperti ini???....

Anonymous said...

Dulu aku memang peminat blog ini,tetapi sekarang aku sangat2 menyampah dengan blog yang tak sedar diri ni.Terpaksa menyamar menjadi musuh kepada Tun,pada hal dalamh hati kamu ,kamu adalah seorang pemuja Tun ,kamu terpaksa menyamar menjadi seorang yang haepokrit demi sesuap nasi untuk anak bini kamu......berkat kah rezki yang seperti ini???....

Anonymous said...

Artikal admin ni bestlah.

bRAVEhEART said...

Terima kasih, walaupun menyampah tetapi tetap membacanya... tuan adalah seorang peminat saya yg unik tetapi dalam masa sama sangat hipokrit.....

Anonymous said...

Tang mana yg hipokrit tu admin? Sejujurnya sedari awal lagi saya merasakan bahawa tindakan Tun melontarkan soalan kepada Najib, yg mana antara soalan tu memang boleh dipertikaikan kelojikannya tu, ada niat yg x baik dalam diri Tun. Justeru daripada rasa hormat saya kepada Tun dahulu, kini jadi benci. Benci kerana niat jahatnya, juga benci kerana sanggup mejaja fitnah.

Cheguman said...

Analisis yg bagus bro....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...