Kata-kata

~ Perjuangan yang belum selesai.......dan tidak akan berakhir sampai bila-bila. Tidak perlu diingat dan tidak perlu dicatat....... ~

Suara Anak Pahang - Perlu Baca

09 October, 2013

NAIB PRESIDEN: ZAHID MAKIN PASTI, HISHAMUDDIN, SYAFIE DAN MUKHRIZ REBUT 2 KERUSI

3 Naib Presiden UMNO akan kekal?


Politik UMNO menjelang PAU ini semakin menarik. Persaingan 6 penjuru bagi jawatan Naib Presiden telah memeriahkan dan menghidupkan demokrasi didalam UMNO itu sendiri yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai sudah tidak lagi relevan. Pemilihan sejak diperingkat cawangan lagi sudah memperlihatkan bahawa UMNO parti keramat Melayu ini masih tetap segar dan akan tetap menjadi wadah perjuangan anak bangsa sama ada dipedalaman ataupun di bandar-bandar.

Biarpun pada dasarnya persaingan bagi jawatan ini adalah 6 penjuru namun saya melihat persaingan sengit hanyalah diantara 4 calon, iaitu penyandangnya Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Syafie Afdal serta kemasukan calon baru Mukhriz. Ali Rustam dan Isa Samad dilihat sebagai tercicir dan terkeluar dari saingan atas 2 faktor. Pertama kerana transformasi didalam UMNO mengkehendaki calon yang lebih muda dan keduanya adalah faktor masa lalu mereka yang telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman dengan menghalanya bertanding pada musim lalu.

Realitinya Zahid masih tetap popular sebagai pilihan utama, namun Hishamuddin, Syafie dan Mukhriz masih terpaksa bersaing sesama mereka untuk merebut 2 lagi kerusi yang masih kosong. Kenyataan KJ menyokong Hishamuddin secara terbuka dilihat sebagai cubaan menutup peluang Mukhriz sebagai jalan mudah untuknya melenyapkan saingannya. Pakatan dan persefahaman diantara penyandang jawatan Naib Preseiden juga dikecam sesetangah pihak namun Naib-naib Presiden menafikan adanya persepakatan sedemikian.

Sokongan terhadap Hishamuddin juga kelihatan semakin meningkat dan ahli-ahli UMNO sudah semakin bijak dalam menangani persepsi buruk terhadap Hishamuddin yang dicipta pembangkang yang bertujuan melemahkan parti.

Banyak pihak menyatakan pendapat bahawa Mukhriz lebih patut memberikan perhatian kepada pembangunan dan kestabilan negeri Kedah terutama menjelang PRK DUN Sungai Limau ini dari menumpukan perhatian kepada perebutan jawatan Naib Presiden parti. Apapun, UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi yang membenarkan setiap pertandingan merebut sebarang jawatan parti tanpa sebarang sekatan. 

Di Jerantut, nampaknya 'promoter' Mukhriz masih kurang cekap dalam menjalankan tugasnya bahkan dilihat sebagai masih kurang agresif dan masih tidak bersungguh-sungguh. Mungkin juga Mukhriz atau wakilnya juga perlu memberikan sedikit ruang menyatakan wawasannya kepada pengamal media sosial untuk menambahkan sokongan. Wallahualam!

7 comments:

Anonymous said...

slm.. maaf byk2 saudara saya tidak bersetuju dgn pandangan saudara tentangan uasaha pembangkang memberikan persepsi salah kpd hisammuddin.. yg menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beliau adalah ahli umno,org melayu dan rakyat msia tentang cara dia semasa menjadi menteri dlm negeri.. asyik memberi amaran dan tiada tindakan.. dan beberapa kali didesak utk berundur atau letak jawatan oleh ahli2 umno dan blog pro bn, krn mereka tidak tahan lg dgn kebiadapan pembangkang yg tiada tindakan oleh kementerian dibawah beliau.. seolah2 pengkhianat negara,pencetus kekacau itu lebih penting dari rakyat yg menyokong kerajaan dan cinta keamanan.. namun dia tidak berundur dan mengubah dirinye utk lebih baik dikementerian tersebut..
peluang sudah diberi dan memang dia tidak mampu..
nasib negara dan rakyat lebih utama dari simpati utk menaikan seorang pemimpin yg hanya ada keinginan tapi tiada kemmpuan, klu dia tewas dia tetap ahli parlimen dan ketua bahagian, dan kalau menang.. bayangkan kelemahan dan kelesuannya akn membawa kesan yg besar kpd parti umno yg menjadi satu2nya harapan org melayu...

bRAVEhEART said...

Salam tuan, berbeza pandangan bukanlah satu kesalahan. Menyarakan pandangan dengan cara berbudi sangat dihormati oleh kawan dan lawan. Bagaimanapun saya masih tetap dengan pandangan saya, musuh negara adalah rakyat negara sendiri dan boleh saja menyerap sebagai ahli umno dan apa saja, bahkan termasuk sebagai blogger sendiri. Cuba fikirkan sekali lagi, Hishamuddin terpaksa bertolak ansur ketika itu kerana cuba meraih undi dari penyokong pembangkang dan kaum cina. Mungkin keadan akan berubah jika itu berlaku ketika selesai PRU sebagaimana sekarang. Berikan dia peluang. Dan jangan terpengaruh dengan pihak yang ada agenda untuk menenggelamkannya dari arus politik .. saya hanya bimbang kita membuat keputusan yang salah dan menyesal kemudiannya.

Anonymous said...

SAYA SEORANG GURU DAN AHLI UMNO. MINTAK MAAF. HISHAMUDIN SEORANG YANG TERLALU PLAY SAFE DAN TAKUT BERSUARA. LEMAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN. INILAH INFO YANG SAYA DAPAT DARI SOMEONE DI SANA.

Anonymous said...

Alasan nak menjaga hati pengundi tak masuk akal. Kan PM sendiri mengakui bahawa isu keselamatan & kadar jenayah menjadi kebimbangan rakyat masa pru13? Logiknya klu nak menarik sokongan maka sepatutnya hisham bertindak tegas terhadap penjenayah. Lagipon, adakah sebab pru maka nyawa & hartabenda rakyat hendak diperjudikan seperti yg telahpon terjadi? kestabilan masyarakat dibiarkan? bukan ke dlm islam antara tanggungjawab utama pemerintah ialah menjamin keselamatan nyawa & hartabenda masyarakat? Kecualilah sipolah adalah pemimpin munafik, penakot & pelakon besar!

Anonymous said...

Tuan Brani, aok jawak jek soalan koih yek? Nape Zahid ambikalih jek kdn dia boleh bertindak tegas & brani terhadap penjenayah & pembangkang? sampai kita semua menarik napas lega dan menyokong tindakan dia? klo nak jaga hati poengundi pru14 bkn lama sangat lagi tauu. maap la pd saya itu alasan amat dangkal lagi membodohkan. klu nak jaga hati pengundi sepatutnya setiap masa la. jadikan dasar supaya tindakan tak diambik semoga BN dapat balik majoriti dua pertiga dlm parlimen walaupun mayat bergelimpangan di jalanan. amacam?

Anonymous said...

Kesian awak org yg menulis menyokong hisham bagai bukannya kenai sape hisham sebenor. sejak terjun ke kancah politik aktif umno pd tahun 1993, aok dah buak analisisi prestasi dia dlm politik & kerajaan? dapat bekalan sikit (maksud saya maklumat, bkn sogokan) aok dah menulis mcm kenai sangat hisham ni. dinilai keseluruhannya, dia ni tak berwibawa (incompetent). aok jawab satu soalan yek: masa insiden lahad datu, nape dia kata penceroboh sulu tu bkn pengganas tapi melawat saudara mara? ini isu penting krn klo hisham tidak tersalah tanggapan mcm itu, mungkin pihak keselamatan awal2 lagi boleh mengambik pendekatan search & destroy, bkn pendekatan berlembut. lepas 2 org anggota vat69 maut ditembak, ramai pegawai2 polis di bkt aman amat marah dgn hisham sehingga mrk merancang nak bersemuka dgn dia klu dia pegi bkt aman, aok tau?

Anonymous said...

Salam.Tak sa;ah berbeza pendapat serta tidak juga salah menyatakan pendapat.Cuma kita perlu memilih pemimpin yang benar benar layak untuk menjadi pemimpin,Pemimpin yg bukan hanya memikirkan keuntungan peribadi mereka sendiri,Yang penting pemimpin mestilah yg mendahulukan rakyat.tetapi masih ada kah pemimpin seperti itu sekarang?.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Labels

Dari Mana Datangnya...