Kata-kata

~ Perjuangan yang belum selesai.......dan tidak akan berakhir sampai bila-bila. Tidak perlu diingat dan tidak perlu dicatat....... ~

Suara Anak Pahang - Perlu Baca

08 October, 2013

DISEBALIK SOKONGAN KJ KEPADA HISHAMUDDIN

Ikhlaskan atau serampang dua mata?


Banyak perbincangan mengenai kenyataan KJ tentang Hishamuddin yang memberikan kreadit kepada calon Naib Presiden itu yang banyak pihak melihat sebagai dalam kelemasan. Justeru, kenyataan KJ itu dilihat sebagai memberinya 'nyawa' agar tidak tercicir dari 3 calon pilihan bagi jawatan berkenaan.

Pertama, kita kena akui bahawa kenyataan yang KJ buat itu adalah satu kebenaran yang tidak dapat disangkal sama sekali, yang banyak pihak yang mendapat faedah darinya namun tidak menyedari hal berkenaan dan tidak dapat berterima kasih kepada DS Hishamuddin.

Persoalan seterusnya setakat manakah keihklasan KJ dalam memberikan sokongan kepada DS Hishamuddin? Saya melihat kepada 3 situasi; Pertama - Sebagai terima kasih kepada bekas bosnya sewaktu dalam Pergerakan Pemuda dahulu. Kedua - Membuatkan DS Hishamuddin rasa terhutang budi kepadanya. Dan ketiga - menutup rapat ruang agar tidak ada peluang bagi Mukhriz untuk bertapak dalam persaingan jawatan teratas dalam hireki UMNO.

Seandainya peluang Mukhriz tertutup kali ini, maka beliau bukanlah senior untuk tidak ditentang dalam pemilihan akan datang. Sedangkan KJ sendiri sudah berada ditahap Naik Ketua (Pemuda) maka sudah tentu kelebihan berada dipihaknya. Bagaikan pertemuan kembali dengan dendam lama, Mukhiz akan dibenamkan sekali lagi jika berhasrat untuk merebut jawatan Naib Ketua nanti.

Bagi Mukhriz, saya melihat peluangnya untuk bertapak dengan lebih mudah hanyalah pada kali ini. Jika tidak sekarang, beliau terpaksa bermalu alah dan hadir sebagai 'under dog' untuk pertarungan kedua dengan KJ nanti dan kemungkinan nama Dr Mahathir tidak lagi akan menjadi faktor penentu.


7 comments:

Anonymous said...

Engkau tak tau permainan hisham. dia main wayang antara mukriz dan kj. engkau ingat kj tak tau dia cuba pujuk mukriz bertanding sekali lagi lawan kj utk jawatan ketua pemuda? dan dia akan menyokong mukriz kononnya? hisham pelakon besar dan tak layak jadi pemimpin la. engkau org tak tau asik kena main je dgn hisham beb...

Anonymous said...

Engkau tak tau permainan hisham. dia main wayang antara mukriz dan kj. engkau ingat kj tak tau dia cuba pujuk mukriz bertanding sekali lagi lawan kj utk jawatan ketua pemuda? dan dia akan menyokong mukriz kononnya? hisham pelakon besar dan tak layak jadi pemimpin la. engkau org tak tau asik kena main je dgn hisham beb...

kluangman said...

Kedua-dua mereka merupakan liabiliti kpd umno...sewajarnya sokong menyokong.

Biarlah kedua-dua mereka karam bersama, lemas bersama.

legendcondor said...

As salam...pandangan sy kj menyokong ds hishamuddin supaya kj senang nk klhkn ds hishamuddin pd pemilihan akan dtg...

Anonymous said...

Orang politik sekumpulan KJ mana ada keikhlasan?
Semboyan UMNO: AGAMA, BANGSA dan NEGARA mana ada kepada mereka.

Anonymous said...

Bagitau KJ, tugas gubal perlembagaan UMNO yang baru itu telah dipertanggungjawabkan kpd H2O oleh MKT. Bukannya idea H2O pun tetapi ekoran desakan pelbagai pihak dlm parti. Mengapa buat kenyataan bersifat dayus utk mewajibkan perwakilan pilih H2O. Inilah unsur2 yang merosakkan parti, semua pihak perlu diberi ruang untuk menawarkan diri berkhidmat utk parti. Undi jadi penentu.....Orang UMNO bukannya boleh dicucuk hidung dan diarahkan untuk pilih H2O saja.
Demi UMNO, pemimpin perlu ditukarganti dan parti diperkasakan.

Anonymous said...

SAMPAI BILAPUN AKU TETAP MELUAT DAN CURIGA DENGAN MANUSIA BERNAMA KHAIRY JAMALUDIN. KAMI TAHU APA BERLAKU DALAM PEMILIHAN KP DULU. DIA KALAH TAPI DIMENANGKAN ATAS SEBAB TERTENTU. KAMI TAHU APA DIA BUAT MASA MUKHRIZ BERTANDING KAT JERLUN. JANGAN INGAT SEMUA ORANG BODOH WAHAI KHAIRY. DIA NI SIAPA SEBENARNYA DALAM UMNO? ITULAH YANG SELALU DIFIKIRKAN SAMPAI SEKARANG. BANYAK KATA DAN TINDAKANNYA YANG AMAT MENCURIGAKAN SEKALI. SEMOGA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA INI DARI MANUSIA-MANUSIA SEBEGINI.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Labels

Dari Mana Datangnya...