18 December, 2016

SYARIKAT GLC PAHANG PERLU MENYUMBANG DAN BANTU KERAJAAN




Dalam satu perjumpaan .. 'Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama Anak Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Pahang' baru-baru ini, MB Pahang menyuarakan keresahannya mengenai sumber pendapatan negeri.

3 sumber hasil konvensional negeri adalah Perhutanan, Cukai Tanah dan Ta'arif Air. Kutipan dari ketiga-tiga sumber hasil berkenaan menguncup. Hasil dari perhutanan semakin berkurangan dan bukan lagi jadi satu pengantungan kerajaan kerana tiada atau sangat sedikit kawasan baharu yang dibuka bagi aktiviti pembalakan.

Kutipan cukai tanah juga tidak mengalakan kerana sikap individu yang selalu leka dan mengelak atau lambat membayar cukai sedangkan kutipan dari ta'arif air tidak menguntungkan sama sekali kerana ianya tidak pernah dinaikkan semenjak tahun 1982 lagi.

Bagi setiap RM1.00 yang dibayar oleh rakyat, PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad) GLC Pahang memberi subsidi sehingga 70 sen. Menurut MB Pahang, untuk membolehkan PAIP perolehi keuntungan ta'arif air perlu dinaikkan sehingga 300%. Bagaimanapun pihak kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkannya bagi membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

MB dalam pertemuan itu juga menyarankan agar syarikat-syarikat GLC kerajaan Pahang dapat diurus-tadbir dengan lebih baik supaya memperolehi keuntungan agar dapat mengembalikannya semula kepada kerajaan selaras dengan tujuan penubuhan syarikat-syarikat berkenaan.

'PDO News Media' dulunya 'Pahang Daily', blog cenderung pembangkang yang sudah bertukar milik, melaporkan ada gesaan supaya syarikat-syarikat GLC yang tidak menguntungkan ditutup sahaja atau ditukar ahli lembaga pengarahnya supaya dapat memberi impak baru dalam perniagaan yang diceburi.

Tidak menghairankan bila 'Pahang Daily' menyuarakan pandangan menentang kerajaan bahkan menyelar kepimpinan MB kerana sememangnyalah ianya dibina untuk menentang kerajaan dan meneruskan tradisinya walaupun sudah bertukar 'tuan'. Selain itu tindakan itu juga hanya bertujuan untuk mencari populariti dari kreadibilitinya yang sudah hilang 'ditelah' 'Portal PahangKu' sejak beberapa tahun lalu.

Dalam ucapan selama hampir setengah jam itu MB juga menyatakan keinginan kerajaan terlibat dalam perniagaan secara langsung bermula Januari tahun hadapan bagi menambah kutipan hasil agar dapat mengimbangi perbelanjaan kerajaan dalam membantu rakyat terutamanya kepada 3 perkara utama iaitu Perumahan, Pendidikan dan Kebajikan sesuai dengan pembentangan bajet 2016 yang dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini.

Apa yang penting, syarikat-syarikat GLC Kerajaan Negeri Pahang perlu diurus-tadbir dengan lebih telus dan produktif agar dapat menyumbang semula dan membantu kerajaan Negeri meningkatkan hasil kutipan bagi membelanjakannya semula untuk kepentingan rakyat.


Disiarkan di Portal PahangKu.

 


No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...