15 December, 2016

TIADA KESIPUAN BAGI ZAHIDA ZARIK TIDAK DILANTIK SENATOR




Zahida Bt. Zarikh Khan, Naib Ketua Puteri kononnya tersinggung kerana tidak dicadangkan sebagai senator di Dewan Negara sebaliknya tempat itu diisi oleh Fahariyah Bt. Md Nordin, Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia.

YB Mas Ermieyati Samsudin dipersalahkan atas alasan kewajaran Naib Ketua Puteri dilihat lebih senior dalam orginasasi serta mengambil kira apa yang dilakukan oleh YB Khairy Jamaluddin yang mencadangkan Naibnya sebagai senator.

Rasionalnya Pemuda dan Puteri adalah berbeza dan ketua sayap masing-masing berhak dan ada pertimbangan sendiri dalam tindakannya, dan sudah tentulah ianya dilakukan demi kabaikan organisasi itu sendiri. Adalah tidak wajar bagi sesiapa mempertikaikan keputusan yang dibuat kerana ianya adalah hak mutlak pemimpin berkenaan.

Tidak wajar juga sekiranya Zahida merasa tersinggung atau jadi kesipuan apabila tidak dicadangkan sebagai senator. Tambahan umurnya yang lebih muda berbanding Fahariyah, peluang untuknya terus naik didalam UMNO masih terbentang luas.

Andai benar khabar angin mengatakan bahawa beliau berhasrat untuk mengundurkan diri kerana merajuk, beliau melakukan satu perkara yang salah dan merugikan dirinya sendiri kerana sejarah pemimpin yang meninggalkan UMNO kerana rajuk akan terus tenggelam.

Dari sudut lain, mungkin YB Mas Ermieyati Samsudin tidak mencadangkannya sebagai senator kerana bercadang untuk mengangkat namanya sebagai calon wakil rakyat dalam pilihanraya akan datang. Khidmatnya sangat diperlukan oleh UMNO khususnya Puteri dan usia mudanya memungkinkan beliau terus berjuang dan berkhidmat untuk UMNO.

Kepada Zahida Bt. Zarikh Khan, teruslah berikan khidmat kepada Puteri UMNO. Berkhidmatlah dengan lebih cemerlang dan yang lebih penting, jangan tenggelam dalam emosi dan jangan sesekali terpengaruh dengan mereka yang niatnya hanya untuk memecah-belahkan parti.

Ingatlah! Pemimpin datang dan pergi. Sedangkan telah ramai pemimpin yang lebih besar meninggalkan UMNO namun UMNO terus gagah melanda arus perjuangan. Jangan lakukan kesilapan yang orang lain lakukan sebelum ini. Berjiwa besarlah untuk jadi pemimpin besar.



No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...