Showing posts with label PAU. Show all posts
Showing posts with label PAU. Show all posts

05 December, 2011

SIAPAKAH KITA? AHLI ATAU ORANG UMNO?




1. Para Perwakilan dari 191 Bahagian UMNO telahpun pulang ke Bahagian masing-masing. Dalam PAU mereka telah ber-'baiah' untuk perkuatkan UMNO dan bersetuju memenangkan calon pilihan yang ditetapkan oleh parti. (Rujuk Sini)

2. Ahli UMNO lebih 3 juta, jika kesemua ahli (dari semua Bahagian dan Cawangan) ber-'baiah' dan bersumpah setia menyokong parti, sudah pasti calon-calon UMNO dan BN yang bertanding dikawasan majoriti  Melayu akan menang dalam PRU nanti.

3. Cuma kita harap tidak ada lagi watak-watak Si-Kitol dan Raja Mendaliar dalam UMNO yang akan menjahanamkan parti. Kekalahan dan kelemahan UMNO selama ini bukanlah kerana kekuatan lawan, ianya berlaku kerana kelemahan UMNO sendiri. Kerana adanya musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan. Kerana adanya orang yang sanggup 'menikam belakang'.

4. Sejarah sentiasa diulang-ulang. Apakah kewujudan PKR bukan kerana adanya yang 'menikam belakang'? Bahkan 'beliau' terbuang dari UMNO sendiripun adalah kerana perbuatannya 'menikam belakang'.

5. Kekuatan UMNO akan bergantung kepada sebaik mana kita mampu 'membersihkan' UMNO dari petualang dan sebaik mana kita mampu menarik penyokong dari kalangan pengundi baru untuk menyertai dan menyokong UMNO.

6. UMNO harus lebih telus dalam membuka ruang kepada 'orang muda' dan 'orang baru' yang berkelayakan untuk memeggang jawatan dalam parti. Transformasi harus berlaku dari dalam. Malangnya siapa 'orang lama' atau 'orang tua' yang sedar bahawa mereka harus berundur dan memberi ruang kepada yang baru?

7. Siapa pula yang sedar-diri bahawa khidmat mereka sudah tidak diperlukan lagi dan mereka harus memberi ruang kepada pengganti? Siapa pula yang berhasrat untuk mengganti sedar diri bahawa mereka adalah orang yang benar-benar sesuai dan patut jadi pengganti?

8. Siapa antara kita yang sedar siapakah sebenarnya kita? Apakah kita Ahli UMNO atau kita Orang UMNO?

04 December, 2011

PENGHARGAAN KEPADA BLOGGER




Akhirnya setelah bertahun-tahun ada juga penghargaan yang diberkan kepada blogger. Bermula dengan PM di Konvesyen Media Sosial 1Malaysia pada 20hb November lalu dan kemudiannya Datuk Zahid Hamidi pada PAU baru-baru ini.

Jika kita masih belum lupa, suatu ketika dulu blogger pernah digelar beruk oleh orang politik yang masih tidak memahami peranan Media Sosial. Mungkin ketika ini mereka sudah memelihara banyak beruk-beruk untuk membantu mereka di PRU akan datang.

Masa berubah dan kita harus mengikuti perubahannya atau kita akan ditinggalkan. Saya teringat-ingat dengan BPN yang suatu ketika dulu adalah suara rakyat marhaen yang meriuh-rendahkan media sosial menentang blogger pro pembangkang tanpa rasa penat dan lelah.

Berapa ramai lagikah yang tinggal dan masih meneruskan perjuangan ini? Yang sudah besar dan berpengaruh tentu sudah melupakannya......

















































DARI PAU KE PRU - APA SUMBANGAN KITA?

Gambar hiasan: 
Antara Ahli UMNO dan Orang UMNO, antara 'hitam metalik' dan 'kelabu asap'


1. PAU sudah berakhir. Perwakilan dari 191 Bahagian UMNO sudah kembali ke Bahagian masing-masing. Desas-desus berkata PAU kali tidaklah meriah, mungkin kerana tiada pertandingan. Berbeza dengan ketika ada pertandingan, maklumlah...'Jong Pecah Yu Kenyang'!

2. Ini PAU terakhir sebelum PRU. PAU ini dilihat sangat penting untuk menilai kekuatan dan kelemahan UMNO, semangat ahli-ahlinya boleh dinilai disini. Kekuatan parti 'jangan' dinilai dengan tepukan atau ucapan berapi-api. Sajak dan pantun juga bukan nilaiannya. Bahasa 'retorik' yang menusuk lubang telinga sudah lali dan tidak memberi apa-apa erti lagi. UMNO harus kembali kepada realiti - perjuangkan kerana agama bangsa dan negara!

3. Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi sepatutnya menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk bangkitkan semangat ahli bagi hadapi perjuangan dalam PRU. Sayugia diingat bahawa ahli-ahli UMNO berada dalam keadaan moral yang 'terendah' ketika ini akibat serangan media pembangkang terhadap parti dan pemimpin parti dalam segala 'social network'.

4. Peranan 'media sosial' sudah semakin diiktiraf oleh pemimpin UMNO, selain dari Presiden, Zahid Hamidi juga memberikan penghargaan dalam ucapannya. Tetapi bukan setakat itu saja, satu kaedah harus di bentuk bagi menggerakan seluruh 'tentera siber' yang ada selaras dengan kehendak perjuangan parti. UMB mesti lebih berperanan dan mengurangkan penggantungan terhadap 'tentera (siber) upahan'.

5. Kekuatan sebenar UMNO adalah diakar-umbi, yakni di Cawangan-cawangan. Bagaimanapun ianya ditentukan oleh Bahagian-bahagian. Apakah seruan 'berubah' oleh pemimpin disampaikan dengan jelas oleh Bahagian kepada ahli-ahlinya di Cawangan? Yang jelasnya adalah pemimpin diperingkat Bahagian hanya turun ke Cawangan apabila menjelang Mesyuarat Perwakilan Bahagian untuk merayu undi, selepas itu mereka hilangkan diri. Bahagian harus bekerja lebih keras dan jujur. (Baca Sini)

6. Presiden sudah menyeru supaya ahli-ahli bersatu dan merapatkan saf perjuangan. Naib Presiden juga sudah perkuatkan keazaman parti memperjuangkan agama, bangsa dan negara (klik sini), sebagai Pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli, apakah pula sumbang kita?


Nota Kaki:

1. Blog adalah ruang diskusi. Blogger memberikan pendapat peribadinya. Ini bukan mahkamah untuk menghukum. Justeru berbeza pendapat bukanlah satu kesalahan dan sebarang pandangan blogger bukanlah pandangan umum.


2. Blogger popular bukan bererti yang terbaik demikian juga yang terbaik bukan mesti popular. Dr. Ridhuan Tee bahkan TDM (sekadar menamakan) tidak ada dalam senarai (Sini) tetapi mereka menulis lebih baik dan memberikan lebih banyak pengajaran serta membuka minda pembaca. 

3. Kita boleh saja berblog sebagai tukang caci @ pencacai atau menulis untuk memberikan pandangan peribadi tanpa mempedulikan ranking, menulis 10 kali sehari untuk kekal diatas atau 10 hari sekali jika tidak rasa terpaksa dan bukan kerana nama.



02 December, 2011

APABILA UMNO SUDAH HEBAT, BLOGGER TIDAK DIPERLUKAN LAGI

Makna  sebuah perjuangan bagi perwakilan UMNO......


1. Saya tidak ke PAU kali ini kerana beberapa sebab antaranya saya bukanlah perwakilan Bahagian serta sebagai seorang blogger saya tidak mendapat undangan dari Bahagian dan Negeri dimana buminya saya pijak dan langitnya saya junjung. Bagaimanapun saya tidak terlalu pedulikan - 'No hard feeling'!

2. Saya sudah dapat bayangkan apa yang akan berlaku seperti sebelum ini; ucapan berapi-api dan penuh rentorik para pemimpin, pantun dan seloka serta puji-pujian, tepuk sorak serta ampu-mengampu - inilah UMNO dan budayanya dari sejak dulu lagi. Apakah UMNO sudah berubah? Baca Sini

3. Dipentas, semuanya bercakap berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara namun hakikatnya kepentingan dirilah yang diutamakan melebihi segalanya. Pemidato-pemidato tak lebih dari badut-badut yang melawak untuk menghiburkan penonton untuk mendapat tepukan gemuruh, namun hakikatnya mereka tidak lebih dari pemain dalam pertunjukan sarkas.

4. Sahabat saya APA merakam rasa kecewanya apabila beliau yang hadir untuk menonton sarkas namun tanpa sedar telah dijadikan bahan tontonan di sarkas berkenaan. Saya bersetuju apabila beliau merakamkan kekecewaannya diblog beliau. (Klik ke blog APA)

5. UMNO adalah parti dimana ramai orang-orang hipokrit berkumpul. Setiap yang diakukan semasa persidangan hanyalah lakonan semata-mata - senyuman, salaman, tepukan, teriakan....segalanya adalah lakonan. Jika mereka berjanji mereka akan lupa...mereka pandai menanam tebu ditepi bibir!

6. Kepada sahabat blogger, selepas PRU nanti seandainya UMNO / BN masih lagi memerintah, tanduk tidak akan berguna lagi, mereka akan mencari rotan dan membuang akar-akar yang ada. Blogger-blogger pro kerajaan sudah tidak diperlukan lagi, sukarelawan dan tentera upahan sudah tidak bernilai lagi kerana mereka akan membangunkan tentera mereka sendiri. Semoga jangan ada lagi yang bermimpi. UMB dan Blogger Patriot akan mengisi segenap ruang. Kamu akan dipinggirkan.....!

7. Jangan tidak percaya bahawa pakatan pembangkang lebih menghargai pengamal media sosial dari kerajaan sendiri. Tanyalah Milosuam atau Topeng Perak, atau Yob Tualang Sekah atau Tukar Tiub bahkan ramai yang mengakuinya. UMNO akan biarkan kita berjuang untuk mereka, bila tiba waktunya mengibarkan panji-panji kemenangan, mereka akan tampil kehadapan dan kita akan disisih.

8. Harap kita tidak lupa bahawa satu ketika kita blogger dipanggil sebagai 'beruk' namun orang itulah yang akhirnya membayar untuk 'beruk-beruk' menulis bagi mengangkatnya. Siapa mahu kata apa? Maaf sahabatku APA dan lain-lain blogger, kamu memang tidak berharga dan tidak dihargai bahkan memang kamu semua tidak dikehendaki terutama apabila tiba masa membahagikan 'harta rampasan perang'.

9. Justeru, menulislah dengan keikhlasan atau berhentilah jika dalam hati merasakan begitu lebih wajar supaya tiada rasa kecewa dalam hati. Baca Sini


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...