Showing posts with label siber tropper. Show all posts
Showing posts with label siber tropper. Show all posts

02 December, 2011

APABILA UMNO SUDAH HEBAT, BLOGGER TIDAK DIPERLUKAN LAGI

Makna  sebuah perjuangan bagi perwakilan UMNO......


1. Saya tidak ke PAU kali ini kerana beberapa sebab antaranya saya bukanlah perwakilan Bahagian serta sebagai seorang blogger saya tidak mendapat undangan dari Bahagian dan Negeri dimana buminya saya pijak dan langitnya saya junjung. Bagaimanapun saya tidak terlalu pedulikan - 'No hard feeling'!

2. Saya sudah dapat bayangkan apa yang akan berlaku seperti sebelum ini; ucapan berapi-api dan penuh rentorik para pemimpin, pantun dan seloka serta puji-pujian, tepuk sorak serta ampu-mengampu - inilah UMNO dan budayanya dari sejak dulu lagi. Apakah UMNO sudah berubah? Baca Sini

3. Dipentas, semuanya bercakap berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara namun hakikatnya kepentingan dirilah yang diutamakan melebihi segalanya. Pemidato-pemidato tak lebih dari badut-badut yang melawak untuk menghiburkan penonton untuk mendapat tepukan gemuruh, namun hakikatnya mereka tidak lebih dari pemain dalam pertunjukan sarkas.

4. Sahabat saya APA merakam rasa kecewanya apabila beliau yang hadir untuk menonton sarkas namun tanpa sedar telah dijadikan bahan tontonan di sarkas berkenaan. Saya bersetuju apabila beliau merakamkan kekecewaannya diblog beliau. (Klik ke blog APA)

5. UMNO adalah parti dimana ramai orang-orang hipokrit berkumpul. Setiap yang diakukan semasa persidangan hanyalah lakonan semata-mata - senyuman, salaman, tepukan, teriakan....segalanya adalah lakonan. Jika mereka berjanji mereka akan lupa...mereka pandai menanam tebu ditepi bibir!

6. Kepada sahabat blogger, selepas PRU nanti seandainya UMNO / BN masih lagi memerintah, tanduk tidak akan berguna lagi, mereka akan mencari rotan dan membuang akar-akar yang ada. Blogger-blogger pro kerajaan sudah tidak diperlukan lagi, sukarelawan dan tentera upahan sudah tidak bernilai lagi kerana mereka akan membangunkan tentera mereka sendiri. Semoga jangan ada lagi yang bermimpi. UMB dan Blogger Patriot akan mengisi segenap ruang. Kamu akan dipinggirkan.....!

7. Jangan tidak percaya bahawa pakatan pembangkang lebih menghargai pengamal media sosial dari kerajaan sendiri. Tanyalah Milosuam atau Topeng Perak, atau Yob Tualang Sekah atau Tukar Tiub bahkan ramai yang mengakuinya. UMNO akan biarkan kita berjuang untuk mereka, bila tiba waktunya mengibarkan panji-panji kemenangan, mereka akan tampil kehadapan dan kita akan disisih.

8. Harap kita tidak lupa bahawa satu ketika kita blogger dipanggil sebagai 'beruk' namun orang itulah yang akhirnya membayar untuk 'beruk-beruk' menulis bagi mengangkatnya. Siapa mahu kata apa? Maaf sahabatku APA dan lain-lain blogger, kamu memang tidak berharga dan tidak dihargai bahkan memang kamu semua tidak dikehendaki terutama apabila tiba masa membahagikan 'harta rampasan perang'.

9. Justeru, menulislah dengan keikhlasan atau berhentilah jika dalam hati merasakan begitu lebih wajar supaya tiada rasa kecewa dalam hati. Baca Sini


21 November, 2011

TENTERA YANG TAK DICAKNA




1. Seperti biasa, rutin saya membaca untuk tujuan memantau banyak blog-blog. Saya temui tajuk ini; Senjata Negara Hilang Dari Simpanan ATM?  Setelah membacanya baru saya sedari bahawa ianya hanyala CnP post saya sendiri pagi tadi. Bagaimanapun, setidak-tidaknya ada yang prihatin kepada post saya itu.

2. Membaca blog APA; Program Syok Sendiri BN, saya merasakan mungkin ini juga posting yang merupakan respon kepada post saya yang sama, namun berdasarkan kepada apa yang dialaminya sendri. Ada benar dan ada salahnya disitu dan ingin saya perbetulkan disini.

3. Saya berada didalam Jawatankuasa Induk program berkenaan. Saya tidak tahu siapa Datuk 'R' yang dimaksudkan APA. Yang saya pasti adalah tidak ada siapa-siapapun 'Datuk R' didalam Jawatankuasa berkenaan. Kami hanya ada 2 Dato' yang terlibat iaitu Dato' Sharkar Shamsuddin (Pengerusi) dan Dato' Shahaniza Shamsuddin (Sekretariat). YB Kamalanathan (Timbalan Pengerusi) tetapi masih belum bergelar Dato' atau Datok. Mungkin dia sudah 'Datuk' (suami kepada Nenek dan 'atok' kepada cucu-cucu seperti saya) itu saya kurang pasti.

4. Dalam menganjurkan satu 'event' besar, tidak mungkin kita akan mendapat hasil 100% seperti yang diingini. Demikian juga dengan penganjuran program ini, terdapat kekurangan disana dan disini. Sebagai jawatankuasa, kami lakukan ini secara sukarela, tiada sebarang imbuhan. Saya kurang pasti jika ada pihak yang mendapat faedah secara langsung dari penganjuran program berkenaan. Blogger-blogger besar dan tersohor tentu tidak berminat menyertai program sebegini kerana tidak ada 'makan-makan'. 

5. Blogger 'Jebat Berkokok' juga harus diberikan pujian kerana usaha kerasnya untuk merealisasikan 
harapan 'ahli-ahli jawatankuasa' walaupun harapan itu mungkin sudah turut hilang dan jadi impian di 'cekrawala'.

6. Saya 'mencintai' dan menghayati media sosial sejak dulu sehingga kini. Sejak zaman blogger dianggap 'beruk-beruk' sehinggalah kini ada diantara 'beruk-beruk' itu sudah pandai menjual 'beruk-beruk' yang lain. Dalam dunia beruk, saya sentiasa dikelilinggi 'beruk-beruk'. Saya melihat pemimpin-pemimpin menggunakan 'beruk-beruk' untuk memanjat tinggi. Saya juga melihat 'beruk-beruk' menjual sesama sendiri.

7. Dalam Konvesyen, PM dengan jelas menyatakan bahawa salah satu kreteria yang akan turut dipertimbangkan sabagai 'Winnable Candidates' PRU akan datang adalah keupayaan mengamalkan media sosial. Tentu akan banyak YB yang ada sekarang ini akan bertukar menjadi 'beruk' untuk tetap dicalonkan nanti.

8. DS Najib, jika kami diiktiraf sebagai tentera siber, pastikan kami mendapat 'senjata dan peluru'. Beberapa pembaikan mesti dilakukan dengan memecahkan kepada 'batalion-batalion', 'platun-platun' dan sebagainya. Berikan kumpulan-kumpulan itu pemimpin yang benar-benar boleh dan mampu berjuang bukan yang hanya 'cari makan'. Berikan kami peluru......bukan batu nesan!!! Kami tentera yang sanggup berkorban, tetapi harus juga dicaknakan.

8. 'Beruk Google' siapakah dia agaknya? Dulu beliau 'memberokkan' blogger, sekarang macamana agaknya?



Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...