Showing posts with label pkr pahang. Show all posts
Showing posts with label pkr pahang. Show all posts

05 July, 2011

DATO' FAUZI PERLU BERSIHKAN DIRI

Bersih 'kunun' ! Ini semua jenis yang tak cermin muka sendiri !



Merujuk Sinar Harian 4 Julai 2011 m.s. P2,  kata Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang, sehingga kini tiada pihak yang dapat membuktikan bahawa perhimpunan itu kotor seperti yang didakwa parti pemerintah. Katanya lagi, pihak yang menuduh perhimpunan ini kotor adalah mereka yang takutkan pembersihan dalam pendaftaran pengundi.

Rujuk juga laman blog resmi PKR Pahang disini (Klik) yang juga bernada sama dalam isu berkenaan.

Saya menghadiri sesi penjelasan SPR mengenai tuntutan bersih pada 30hb lalu di Seri Pasific Hotel - ‘Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya’, dan saya memahaminya, segala tuntutan dan tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh SPR dengan segala kuasa dan peruntukan yang ada padaanya dari segi undang-undang. Saya juga maklum bahwa ‘Bersih’ terlalu mendesak dan tidak sabar, seakan tidak memahami bahawa kuasa yang ada padanya adalah terhad untuk melakukan segala tuntutan dalam masa singkat.

Yang sebenarnya 'Bersih' dan isu 'SPR' serta 'Daftar Pemilih' telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Dalam pertemuan wakil mereka dengan SPR dahulu, mereka sedar dan tahu setakat mana kemampuan SPR memenuhi tuntutan mereka tanpa menunggu kelulusan perubahan akta serta perlembagaan negara kerana mereka semua telah dimaklumkan dan faham kekangan yang membelenggu SPR, namun mereka mereka sengaja menjadikan ini isu untuk sengaja meraih simpati rakyat.

Apa yang boleh saya katakan hanyalah, 'Bersih' adalah sendiwara para pemimpin pakatan yang bergelumang 'Kekotoran' untuk menutupnya agar kelihatan bersih. Anu arr sengaja jadikan Bersih sebagai jalan untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu 99.99% wajah serupanya yang sedang 'berkungfu' dengan chinadoll. Mat Sabu juga cuba mengalih pandangan dari skandal seks nya yang dibangkitkan semula.

Sebersih manakah mereka-mereka itu? Anu arr Al-Juburi dan Mat Sapu (Mat Sabu) (orang yang memberi nama Al-Juburi kepada Anu arr dulu)? Bersih benarkah Dato' Fauzi jika rekod perkhidmatannya dibuka semula untuk semakan awam? Hehehe! Mungkin mereka sudah melupainya tetapi masih ada orang yang masih belum melupakannya, malahan masih segar dalam ingatan.








Ohhh! Rupanya demonstrasi bersih ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan, bukanlah semata-mata menegakkan keadilan? Hehehe! Rupanya ramailah anak muda Melayu yang bodoh sudah tertipu selama ini.

Klik baca: Bersih dalam Kotor


21 June, 2011

ISU LYNAS - PAHANG GAGAL MENANGANINYA SEJAK AWAL


[ Apakah kita perlukan orang Australia ini untuk perjuangkan kita? Ini hanya gimmik pembangkang semata-mata! Sejarah menunjukkan bahawa bangsa mereka ini hanyalah pesalah dan orang buangan dari England. Perlukan kita mengambil mereka jadi pejuang kita? Dan dia mampu kaitkan juga dengan kes wanita Mongolia, bermakna dia sangat faham politik Malaysia dan diajar untuk memahaminya. Apa haknya untuk campurtangan dalam politik kita? Siapa yang memberi makan anjing ini? Anjing itu patut dihalau jauh-jauh!  Lihat siapakah pengkhianat bangsa dan negara kita? ]


Politik Pahang jadi hangat dan tidak keruan apabila isu Lynas dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Apa yang dicanangkan oleh pembangkang sebenarnya bukanlah sesuatu yang benar dan nyata. Banyak fakta disembunyikan dan banyak yang rakyat dikelirukan. Apa yang rakyat sebenar-benar tahu mengenai 'unsur nadir bumi' (rare earth elements)? 

Rakyat tidak tahu apa-apa mengenainya. Kerana itulah mudah bagi pembangkang memainkan isu ini dan menjadikannya senjata politik mereka. Silapnya adalah kerajaan Pahang sendiri yang selama ini berdiam diri dan membiarkan pihak pembangkang memainkan isu ini sepuas hati seterusnya mempengaruhi dan mendapat simpati rakyat. Silapnya adalah kerana Kerajaan Pahang tidak menaruh kepercayaan kepada unit Media Sibernya untuk memberi tindakbalas dengan menyebarkan maklumat sebenar melalui media sosial dengan terlebih dahulu memberikan maklumat yang lengkap kepada siber troopernya untuk bertindak balas. Malangnya kerajaan Pahang menunggu sehingga rakyat terpengaruh dengan dongeng dari pembangkang yang diulang berkali-kali itu sehingga segala penipuan sudah dianggap sebagai satu kebenaran.

Saya dimaklumkan, begitu banyak dan begitu ketat peraturan yang pihak Lynas perlu lalui sebelum mendapat lesen-lesen tertentu malangnya rakyat tidak diberitahukan mengenai semua ini terlebih dahulu, sehinggalah mereka percaya kepada segala dusta yang disebarkan kepada mereka. Pada tahap ini adalah teramat susah untuk mengubah persepsi mereka dan mereka akan menganggap segala kebenaran yang kita bawa sebagai dusta dan alasan semata-mata. Saya juga dimaklumkan bahawa sudah dibawa dan diperbincangkan didewan terlebih dahulu, lalu kenapa tidak ada sebarang protes pada ketika itu? Apakah pada masa itu unsur nadir bumi ini tidak membahaya?

Ternyata YB Fauziah dan Pakatan Pembangkang mengkhianati rakyat dengan tidak berlaku jujur dan ikhlas dengan apa yang mereka perjuangkan. Mereka hanya perjuangkan politik dan pertahankan kepentingan politik mereka semata-mata. Merekalah pengkhianat bangsa dan negara!


APA ITU UNSUR NADIR BUMI?


Unsur nadir bumi (rare earth elements) atau logam nadir bumi adalah sekumpulan tujuh belas unsur kimia di dalam Jadual Berkala (Periodic Table of Elements) seperti lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium and lutetium. Unsur-unsur ini adalah diperlukan dalam ratusan aplikasi industri seperti bateri bagi komputer riba/telefon mudahalih serta kereta hibrid, tiub “cathode-rays” bagi monitor TV dan komputer, wayar “fibre-optic”, aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin. Unsur nadir bumi (UNB) ini amat berguna di sebabkan oleh sifat keracunannya (toxicity) nya yang rendah.


Pada masa ini 95% dari pengeluaran UNB dunia adalah dihasilkan oleh syarikat perlombongan China. Keputusan kerajaan China menghadkan export UNB ini telah menyebabkan banyak negara-negara lain di dunia terutama Amerika Syarikat menjadi mengelabah. Kekurangan bekalan UNB ini akan membantutkan kesinambungan industri teknologi tingginya yang teramat sangat memerlukan logam ini. Menurut laporan, Syarikat Lynas di Kuantan dijangka akan dapat menghasilkan hampir 30% dari bekalan dunia (diluar China) apabila mula beroperasi nanti.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...