21 June, 2011

ISU LYNAS - PAHANG GAGAL MENANGANINYA SEJAK AWAL


[ Apakah kita perlukan orang Australia ini untuk perjuangkan kita? Ini hanya gimmik pembangkang semata-mata! Sejarah menunjukkan bahawa bangsa mereka ini hanyalah pesalah dan orang buangan dari England. Perlukan kita mengambil mereka jadi pejuang kita? Dan dia mampu kaitkan juga dengan kes wanita Mongolia, bermakna dia sangat faham politik Malaysia dan diajar untuk memahaminya. Apa haknya untuk campurtangan dalam politik kita? Siapa yang memberi makan anjing ini? Anjing itu patut dihalau jauh-jauh!  Lihat siapakah pengkhianat bangsa dan negara kita? ]


Politik Pahang jadi hangat dan tidak keruan apabila isu Lynas dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Apa yang dicanangkan oleh pembangkang sebenarnya bukanlah sesuatu yang benar dan nyata. Banyak fakta disembunyikan dan banyak yang rakyat dikelirukan. Apa yang rakyat sebenar-benar tahu mengenai 'unsur nadir bumi' (rare earth elements)? 

Rakyat tidak tahu apa-apa mengenainya. Kerana itulah mudah bagi pembangkang memainkan isu ini dan menjadikannya senjata politik mereka. Silapnya adalah kerajaan Pahang sendiri yang selama ini berdiam diri dan membiarkan pihak pembangkang memainkan isu ini sepuas hati seterusnya mempengaruhi dan mendapat simpati rakyat. Silapnya adalah kerana Kerajaan Pahang tidak menaruh kepercayaan kepada unit Media Sibernya untuk memberi tindakbalas dengan menyebarkan maklumat sebenar melalui media sosial dengan terlebih dahulu memberikan maklumat yang lengkap kepada siber troopernya untuk bertindak balas. Malangnya kerajaan Pahang menunggu sehingga rakyat terpengaruh dengan dongeng dari pembangkang yang diulang berkali-kali itu sehingga segala penipuan sudah dianggap sebagai satu kebenaran.

Saya dimaklumkan, begitu banyak dan begitu ketat peraturan yang pihak Lynas perlu lalui sebelum mendapat lesen-lesen tertentu malangnya rakyat tidak diberitahukan mengenai semua ini terlebih dahulu, sehinggalah mereka percaya kepada segala dusta yang disebarkan kepada mereka. Pada tahap ini adalah teramat susah untuk mengubah persepsi mereka dan mereka akan menganggap segala kebenaran yang kita bawa sebagai dusta dan alasan semata-mata. Saya juga dimaklumkan bahawa sudah dibawa dan diperbincangkan didewan terlebih dahulu, lalu kenapa tidak ada sebarang protes pada ketika itu? Apakah pada masa itu unsur nadir bumi ini tidak membahaya?

Ternyata YB Fauziah dan Pakatan Pembangkang mengkhianati rakyat dengan tidak berlaku jujur dan ikhlas dengan apa yang mereka perjuangkan. Mereka hanya perjuangkan politik dan pertahankan kepentingan politik mereka semata-mata. Merekalah pengkhianat bangsa dan negara!


APA ITU UNSUR NADIR BUMI?


Unsur nadir bumi (rare earth elements) atau logam nadir bumi adalah sekumpulan tujuh belas unsur kimia di dalam Jadual Berkala (Periodic Table of Elements) seperti lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium and lutetium. Unsur-unsur ini adalah diperlukan dalam ratusan aplikasi industri seperti bateri bagi komputer riba/telefon mudahalih serta kereta hibrid, tiub “cathode-rays” bagi monitor TV dan komputer, wayar “fibre-optic”, aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin. Unsur nadir bumi (UNB) ini amat berguna di sebabkan oleh sifat keracunannya (toxicity) nya yang rendah.


Pada masa ini 95% dari pengeluaran UNB dunia adalah dihasilkan oleh syarikat perlombongan China. Keputusan kerajaan China menghadkan export UNB ini telah menyebabkan banyak negara-negara lain di dunia terutama Amerika Syarikat menjadi mengelabah. Kekurangan bekalan UNB ini akan membantutkan kesinambungan industri teknologi tingginya yang teramat sangat memerlukan logam ini. Menurut laporan, Syarikat Lynas di Kuantan dijangka akan dapat menghasilkan hampir 30% dari bekalan dunia (diluar China) apabila mula beroperasi nanti.

6 comments:

Anonymous said...

Mengapa MB Pahang tak suroh YB2 UMNOnya menjawab segala tuduhan YB Fuziah (Pembangkang) kalau apa yang dikatakan itu dusta. Mengapa tak ada satu pun wakil rakyat UMNO/BN mencabar balek dan meminta Fuziah dan PR membuktikan yang Lynas itu bahaya. Mana peginya wakil2 rakyat UMNO/BN Pahang. Tidor ke?. Inilah bila pilih wakil rakyat yang tak mempunyai kelulusan yang tinggi maka otak tak jalan. Tak nampak langsung berusaha menyerang balek dan tolak dakwaan pembangkang itu bohong dan hanya permainan politik YB Fuziah semata2. Dalam hal ini MB Dato Adnan Yakob dipersalah kan kerana tak pandai menangani masalah Lynas dengan berkesan. Memang dia bengap dan bodoh macamana boleh jadi menteri besar. Cakap besar aje tapi menjaga negeri Pahang tak pandai. Dah sampai masa ganti MB baru kalau tidak UMNO kalah besar. Terima kasih.

Aspirasi said...

salam tuan, cadang untuk tukar nama bersih kepada BerSHIT atau BeerSHIT.. sesuai dengan agenda kotor merka.. tq

Anonymous said...

Anon 11:12 AM

Kalau beri sekadar ADUN menjawab nanti PR kata berat sebelah pula. Bukankah kerajaan sudah panggil pakar-pakar dari IAEA datang buat kajian. Tunggu sajalah laporan penuh dari IAEA itu nanti. Susah sangat hendak faham kah? Kalau hendak dibandingkan PR lagilah bodoh dan besar penipunya. silaplah kalau kamu pun tergolong bersama mereka. PR dan penipuannya akan hancur di PRU akan datang. Jangan haraplah nak rampas Pahang, konon!

Anonymous said...

Betoi sangat weh cakap awak Anon 10.12AM diatas. Tengoklah muka2 wakil rakyat di Pahang tahap otak makan candu. TAN AMINUDIN - Maran dah sakit. SHAHARUDIN MOIN - Raub dah kena tindakan tatatertib tapi kutik juga dek MB. JAMALUDDIN JARJIS - Ahli Parlimen Rompin-- playboy dan kes skandal raba2 GRO dihotel. WAN AMIZAN - Jerantut banyak korup/kurup habis tanah2 di Jerantut dibagi ke cina2 balak dan kroni2nya. MANAN Ahli Parlimen Paya Besar - dah kena tindakan tatatertib politik wang dan banyak skandal sek dengan PUTERI dan WANITA. ISMAIL SABRI - Ahli Parlimen Bera pun ada skandal dengan Ketua Wanita Negeri Pahang Rosni. DAH..macamana wakil rakyt Pahang banyak yang tak boleh pakai. Leka dengan benda lain bukan nak berkhidmat pada rakyat sangat. Jadi kalau muka inilah yang masih lagi jadi wakil rakyat di pilihanraya akan datang maka PAHANG AKAN LEPAS KE PEMBANGKANG. Jangan kita pandai menegur Mat Sabu dan Anuar pekong orang kita kita buat tak nampak.

Anonymous said...

http://mesintaipburuk.blogspot.com/2011/06/ayoyo-demo-kat-kuantan-tercemar-kat.html

FUZIAH AJAK KELDAI DAN PASIK BERDEMO DI SELANGOR PULA! TERBAIK BRO!

Anonymous said...

Pukimak orang putih ini nak jadi pejuang negara kita pulak? bukannkah mereka itu bangsa penjajah?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...