10 March, 2009

APABILA SEMUA KITA BETUL


4 Orang Buta dengan Gajah. Yang ke-5, buta hati - ke-luar negara bermesyuarat.


Pada suatu ketika sekumpulan 5 orang buta bersahabat yang tidak pernah mengenali gajah berpeluang mengenali haiwan tersebut. Namun mereka hanya menyentuh bahagian-bahagian gajah yang berlainan yang memberikan mereka tanggapan berbeza tentang haiwan tersebut, lalu mereka memberikan pandangan yang berbeza tentang haiwan itu:

OB1 :Oooo! Rupanya Gajah ini seperti sebatang pokok kelapa! (Kata yang menyentuh bahagian kaki gajah)
OB2 : Tidak! Gajah ini seperti seekor ular ( Kata yang menyentuh belalai)
OB3 : Ehh! Salah! Sebenarnya Gajah seperti sehelai daun yang lebar (Kata yang menyentuh telinga)
OB4 : Tidak! Tidak! Gajah hanya seperti sebatang lembing yang tajam (Kata yang menyentuh gading)
OB5 : ???? (Senyap)
OB1,2,3&4 bertanya: Kenapa? Macamana rupa gajah kamu?
oB5 : Aku rasa, gajah ini macam mulut tempayan perkasam, busuk dan masam! (Katanya yang menyentuh buntut gajah)

Moral cerita: Semua pihak merasa bahawa mereka dipihak yang benar kerana itu bedasarkan pengalaman, pengetahuan dan persepsi mereka sendiri sahaja - walaupun mereka hanyalah sekadar seorang kaki buntut.

Apa lagi, gelakkan lah! Kah!Kah!Kah!

p.s. Mungkin tanpa sedar Gapena telah diperalatkan atau memang sebenarnya Gapena berjuang untuk pembangkang tetapi bertopengkan Gapena. Selepas 6 tahun Dato', kesedaran apanya tu? Baru bangun tidur atau koma? Ketawakan juga Gapena yang malang ni! Kah!Kah!Kah!




Yang masuk ke dalam tu bukannya apa, nak menyelamatkan Al-Juburi yang masuk dan tak mahu keluar-keluar.

09 March, 2009

MAULIDUR RASUL DAN YANG CELAKA




Salam dan selamat menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat Islam di Malaysia.

Celakalah kepada mereka yang memperalatkan PPSMI kerana kepentingan politik dan peribadi.

Pertama kali saya rasa bangga dengan keputusan Dato' Hishamuddin yang bertegas dengan keputusan meneruskan PPSMI. Kita terlalu banyak bertolak ansur dan mengalah kepada pembangkang yang mengambil kesempatan atas apa saja untuk menjadi jaguh atas nama memperjuangkan kepentingan rakyat.

Seperti biasa mereka hanya membantah tetapi tidak pernah kemukakan cadangan untuk memperbaikinya. Lebih malang adalah hanya setelah 6 tahun berlalu kenapa hanya baru sekarang timbul bantahan? Kemana Gapena selama 6 tahun lalu? Saya percaya Gapena bukan tidur tetapi Gapena dikejutkan dan didorong oleh pihak lain yang ada kepentingan. Malanglah jika para cendikiawan kita tidak menyedari yang mereka telah diperalatkan, atau mungkin memang mereka sebenarnya berjiwa pembangkang tetapi bertopengkan Gapena.

Seperti kata Dato' Hishamuddin, PPSMI diluluskan kabinet dan semua pihak telah diberikan masa secukupya untuk kemukakan bantahan tetapi kenapa pada ketika itu tiada bantahan dibuat? Nyatalah bahawa pembangkang hanya mengambil kesempatan dan ingin menwujudkan keadaan huru-hara. Celakalah mereka yang mengunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.

Terbaru dilaporkan bahawa pemimpin PAS Hj Hadi mencelakakan kepada yang menentang penghapusan PPSMI. Bukanlagi menghairankan apabila mereja yang dipanggil ulamak mengunakan perkataan sedemikian buruk hanya kerana tidak sama pendapat. Celakalah ulamak politik yang menjual agamanya demi kepentingan politik dan kuasa yang ingin direbutnya.

Siapa disebalik tunjuk perasaan membantah PPSMI? Tak lain dan tak bukan adalah PAS dan PKR. 2 Parti melayu celaka yang kononnya perjuangkan rakyat. Siapa pula diatas takhta celaka itu jika bukan Anwar Ibrahim!

p.s.
Bagi mendaulatkan Bahasa Melayu eloklah Gapena mengajar Nik Aziz, Hj. Hadi dan lain-lain supaya pandai bertutur Bahasa Melayu standard disamping pandai mengunakan perkataan yang baik selain dari perkataan Celaka. Pok Nik denge Hj Hadi duo-duo ni hok celako. Anwar Al-Jubri pembawo segalo celako.

08 March, 2009

POLITIK SONGSANG: ANWAR TERLIBAT BUNUH ALTANTUYA


DS Najib yang sering difitnah dan cuba dinafikan sebagai PM



DS Anwar yang masih bermimpi jadi PM walaupun bergelumang dosa dan noda dan banyak memfitnah



Sultan dan Raja-raja Melayu telah murka. Terbaru Sultan Selangor telah meminta rakyat supaya jangan lagi berpecah belah. Pesanan ini khusus kepada bangsa melayu yang perpaduannya semakin tenat. Ini semua gara-gara taksub terhadap parti politik masing-masing. Pemimpin parti politik berkenaan sedar tetapi mereka lebih pentingkan keuntungan diri dan kepentingan politik mereka dari perpaduan melayu.

Politik melayu politik taksub. Pengikut PAS beranggapan menyokong PAS akan masuk syurga. Pemimpin mereka memberikan jaminan itu. Mereka lupa bahawa syurga neraka itu adalah urusan Tuhan. Mereka lupa bahawa walaupun mengundi PAS tetapi jika tidak beribadat mereka akan dicampak kedalam neraka juga. Mereka taksub kepada pemimpin sehingga apabila pemimpin meminta mereka berbaring dijalanan mereka sanggup lakukannya. Mereka amat patuh. Mereka amat bodoh.

Politik PKR pun politik taksub kepada pemimpin. PKR ditubuhpun hanya untuk membebaskan Anwar. Pada mereka Anwar adalah maksum. Insan yang suci murni. Apabila Anwar disabit dengan tuduhan rasuah mereka kata ini fitnah. Bila disabit dengan liwat mereka kata ini konspirasi. Pada mereka pemimpin-pemimpin PKR adalah insan suci. Politik PKR politik songsang. Ketika orang lain datang dari depan mereka mendatangi dari belakang. Ketika orang lain masuk dari bawah mereka masuk di atas. Fikiran mereka dah terbalik.

Pada mereka Anwar semua baik. Pemimpin-pemimpin mereka semua betul. Apa-apa keburukan yang berlaku kepada mereka bukan salah mereka tetapi kerana fitnah dan konspirasi, dan tentulah dari musuh mereka iaitu BN.



Mari sesekali kita terbalikkan kenyataan mereka dan fikiran mereka kerana mereka berfikiran songsang, mari bersama senaraikan apa saja yang berkaitan dengan Anwar dan Pakatan Rakyat dan apa saja yang ada disekelilingnya;

1.Segala apa yang berlaku terhadap BN adalah konspirasi dari PKR.
2.DS Najib adalah pemimpin dan insan yang suci dan sering difitnah oleh Anwar.
3.DS Najib dituduh meliwat Saprul, tapi ini konspirasi PKR
4.Anwar adalah pencipta segala fitnah dan konspirasi.
5.Sebenarnya pembunuhan Altantuya Anwar terlibat. Mereka ada hubungan luar tabii. Mereka saling mengenali ketika di Perancis.
6.Dubur adalah wartawan Italy yang akan dedahkan kenapa dan bagaimana Anwar membunuh Altantuya
7.Anwar terlibat dengan komisyen pembelian peralatan ketenteraan sewaktu dia Menteri Kewangan.
8.Jangan biarkan Pak Lah melepaskan Jawatan PM kepada Anwar kerana Anwar tidak layak dan tidak bermoral.
9.DS Najib berbohong pada 19 September bila kata 30 orang AP akan melompat ke BN
10.DS Najib terpaksa lari ke Kedutaan Parsi kerana ada ugutan membunuhnya sebelum saprul buat tuduhan diliwat
11.Fatwa PAS: Tidak apa tidur telanjang dan tidak apa mengintai orang tidur telanjang selagi orang yang mengintai adalah orang PAS dan yang diintai orang PKR.
12. ..dan lagi
13. .. dan lagi .....


Konspirasi sebenar adalah Pakatan Rakyat tidak berjaya mentadbir negeri-negerinya dengan baik terutama ketika krisis ekonomi maka mereka sibuk lakukan demonstrasi mengenai PPSMI dan lain-lain bagi mengalih perhantian rakyat.

07 March, 2009

FITNAH TERHADAP ANWAR





Tiba-tiba kita dikejutkan dengan suatu berita; Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizudin Ahmat MENDESAK DS Anwar mengambil tindakan keatas dua pemimpin PKR negeri yang didakwanya melakukan penyelewengan. Mereka didakwa menerima sejumlah wang daripada perusahaan kuari manakala seorang lagi melakukan penyelewengan tanpa menyebut jenis penyelewengan itu.

Ini adalah satu konspirasi yang cuba mencemarkan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat. Ahli-ahli dan penyokong PKR diharapkan tidak mempercayai fitnah yang dilakukan oleh BN. Masakan ahli PKR terlibat dengan sebarang kes keruntuhan moral kerana mereka adalah insan pilihan sepertimana pemimpinnya juga.

Sepertimana dengan kes ELEZABETH Wong, ianya adalah fitnah oleh BN semata-mata. Mustahil bagi ahli Pakatan Rakyat berbuat sesuatu yang buruk. Itu semua fitnah. Kes liwat DS Anwar juga adalah fitnah. Jika kita masih ingat, dalam perbicaraan terdahulu mahkamah memutuskan bahawa ada berlaku kemasukan. Tapi mahkamah pun fitnah. Mustahil DS Anwar melakukan liwat kerana dia adalah insan yang maksum.

Tetapi segala tuduhan DS Anwar terhadap DS Najib semuanya adalah betul. Mustahil DS Anwar berbohong. Insan mulia seperti Anwar tidak pernah berbohong. Tidak pernah terlibat dengan rasuah. Dulu semasa beliau jadi TPM memanglah ada disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa, tapi itu sikit aje dan patutnya tidak lah salah. Saja orang BN nak lebih-lebih dan fitnah kat dia.

Orang-orang Pakatan Rakyat masih boleh terus percaya kepada DS Anwar. Dia pemimpin agung negara dan bakal PM kita. Mungkin selepas DS Najib, atau selepasnya, atau selepas itu. Tak kisah lah bila tetapi harapannya masih ada. Mat Sabu dulu tu tersilap menggelar DS Anwar sebagai Al-Jubri. Sekarang Mat Sabu sebagai seorang ulamak pun dan percaya kepada DS Anwar kerana itu dia sanggup duduk dibelakang jubur DS Anwar. Sekarang ni Mat Sabu pun sanggup mencium jubur DS Anwar. Bolehlah kita panggil Mat Sabu ni sebagai Mat Sabu Al-Ciumi-Juburi.

Kita patut percaya kepada ulamak PAS kerana perjuangan PAS adalah perjuangan Islam. Tak akan PAS pun menipu kita seperti BN. Tapi dulu Mat Sabu pernah kata bahawa DS Anwar lebih ganas dari Tun Mahathir. Macamana ni? Nak percaya Mat Sabu ke nak percaya Anwar? Ahhh! dua-dua tak boleh percaya.

06 March, 2009

PM DALAM MIMPI AL-JUBRI, RAJA PETRA KAKI MAIN BONTOT





Semakin hampir kepada tarikh peralihan kuasa semakin kuat DSN dihentam. Jelas bahawa ada seseorang yang sememang tidak rela jika DSN jadi PM kerana beranggapan bahawa kerusi itu miliknya. Dia sudah tersangat hampir suatu ketika dulu apabila dia menjadi orang No2. Tetapi kerana sifat buruknya yang tamak dan rakus maka Allah telah
menentukan nasibnya tidak akan menjadi PM sampai bila-bila.

Keburukan sikapnya memang telah terserlah semasa dia masih didalam UMNO lagi. Dengan tidak beradab dia telah membunuh karier politik TPM ketika itu untuk menjadi TPM, maka meranalah Gaffar Baba kerananya. Orang UMNO masih ingat peristiwa itu.

Parti PAS dilanyaknya dengan kejam sekali. Bermacam kata nista dilontarkan kepada PAS. Kerana itulah Mat Sabu berani katakan bahawa dia ini lebih kejam dan ganas dari PM ketika itu. Kerana terlalu marahlah maka Mat Sabu sanggup melabelnya sebagai Al-Jubri. Tetapi beginilah politik, yang dulu dikutuk sebagai Al-Jubri buntutnyalah yang dijilati Mat Sabu ketika ini. Dulu musuh kini jadi kawan dan boleh tidur sebantal serta berkongsi mimpi.

Politik Al-Jubri memang terkenal kotor dan suka menghasut. Politiknya tak ada halal haram. Kerana itu dia hentam depan dan belakang. Dialah juga yang mencipta skandal untuk menghitamkan DSN. Segala apa telah diciptakannya untuk memburukkan DSN. Dari kes pembunuhan Altantuya, ke kes komisyen pembelian kapal selam. Tetapi dia terlupa ketika dia jadi Menteri Kewangan dulu apa penyelewangan yang telah dilakukannya.

Satu saat pembangkang ingin bawa usul tidak percaya kepada PM tetapi saat ini mereka beria-ia minta PM kekal. Kita tahu ini bukannya permintaan yang jujur. Mereka hanya mahu PM kekal kerana kelmahan PM akan dapat dimanafaatkan oleh pembangkang sepenuhnya. Tapi kelebihan Al-Jubri adalah boleh mempengaruhi, kerana itulah semua pembangkang mengikut katanya termasuklah ulamak-ulamak politik songsang PAS yang kunun nya berjuang untuk agama Islam.


Apakah PAS telah terlupa bahawa pemimpin Pakatan Rakyat mereka adalah Al-Jubri yang pernah mengutuk mereka dan pernah mereka kutuki? Mungkin kepentingan politik lebih utama dan telah mengubah fatwa serta perjuangan parti.

Terbaru, seorang wartawan asing yang telah diupah untuk menulis tentang DSN yang didakwa telah bertemu dengan Altantuya dengan perantaraan Razak Baginda. Soalnya kenapa baru kini? Kenapa tidak dahulu lagi? Apakah maklumat itu hanya diketahui baru-baru ini? Atau memang sah ada orang yang memberikannya maklumat dan mengarahkannya membuat laporan tersebut.

Jikalau orang yang seburuk ini kita biarkan berkuasa dinegara kita, maka akan musnahlah negara kita nanti. Kerana itu Al-Jubri mesti disedarkan. Dia mesti ditolak kerana dia adalah pesakit kronik yang akan merbahayakan.

Kita tunggu keputusan mahkamah berhubung kes liwatnya. Tetapi kita harus bersedia untuk menerima kritikanya bahawa mahkamah tidak adil jika keputusan tidak memihak kepadanya

Ketika Saiful bersumpah laknat kenapa dia tidak berani lakukannya? Saya sangat percaya jika beliau tidak lakukan liwat sudah tentu dia dengan sombong melafazkan sumpah laknat yang menyatakan bahawa dia tidak melakukannya. Inilah peribadi PM dalam mimpi Al-Jubri.

Bagaimana media mempengaruhi pembaca walaupun ianya hanyalah spekulasi saja, jika ianya diulang berkali-kali dan disebarkan maka akhirnya kita pun percaya kepada pembohongan yang kita cipta sendiri. Umpamanya berita dibawah ini;


Baca Raja Petra Kaki Main Bontot


KLIK DAN BACA BERIKUT:

Baca Kisah Al-Jubri Semasa Dalam UMNO

Baca Fitnah Al-Jubri Terhadap DSN

JAMBATAN BAYANGAN


Mungkin bukan ini jambatan yang PM bayangkan itu




PM disaat cuba membayangkan jambatan yang akan dibina kelak




Hanya tinggal 3 minggu saja lagi memegang jawatan PM namun Pak Lah masih banyak tugas yang perlu dilakukan. Terbaru di Sabah Pak Lah umumkan ingin bina jambatan diantara Sabah dan WP Labuan. Alangkan bersungguh-sungguhnya Pal Lah bekerja.

Tetapi jangan lupa apa dah jadi dengan jambatan bengkok, (eh! bukan bengkok tapi lurus, eh! bukan lah lurus sangat bengkok lah sikit) - yang menghubung Johor dengan Singapura? Jambatan Pulau Pinang pula macamana?

Pak Lah tak payah nak buat lawak lah. Kalau betul nak lepaskan jawatan Presiden UMNO dan PM, sepatutnya tak payah pikir tentang pembangunan lagi dah. Itu projek jangka panjang dan akan dilakukan mungkin 2 atau 3 tahun akan datang sedangkan Pak Lah hanya ada masa 3 minggu lagi. Pak Lah patut pikir yang pendek-pendek saja. Sebagai contoh, tak payah nak pikir tentang tanam pisang sebab hasil hanya akan dapat setelah lebih 1 tahun. Kalau Pak Lah nak pikir tentang pertanian, memadailah dengan tanaman taugeh kerana hasilnya cepat.

Jambatan Sabah ke WP Labuan ini adakah sebuah jambatan bayangan? Mungkin juga seperti jambatan emas yang disyaratkan kepada Sultan Melaka ketika meminang Puteri Gunung Ledang? Dalam keadaan ekonomi yang lembab ini masih mampukan kita membelanjakan berjuta ringgit untuk membina jambatan?

Diluar hujan sedang turun. Banjir kilat mungkin berlaku bila-bila masa. Sistem peparitan dan saliran kita sangat perlu diberikan perhatian serius. Baru-baru ini KL banjir lagi. Mungkin berjuta ringgit kerugiannya. Pameran Perabut Antarabangsa juga turut tenggelam dan jadi Pesta Air Antarabangsa KL. Masalah ini siapa nak kena fikir?
Mata pun dan mengantuk! Zzzzzzzzz!!

05 March, 2009

Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN :



Salam,

1.Saya mengucapkan terima kasih kepada sdr2 yang sering melwat blog BH. Sokongan dan dorongan sdr telah membuatkan saya dapat bertahan sehingga kini. Sokongan dari BPN (Blogger Pembela Negara) juga sangat dihargai. Para sahabat / ahli2 BPN juga diucapkan terima kasih atas sokongan yang serupa terhadap blog BH ini.

2.Selaras dengan itu maka pada hari ini posting saya hanyalah memanjangkan Resolusi BPN edisi 4 & 5 untuk tatapan umum.

Terima kasih.


Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam

Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan

BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.

BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.

BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.

BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.

BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.

BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...

DAULAT TUANKU !!!!

Yang benar :
Blogger Pembela Negara


Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara

03 March, 2009

UMNO DAN PAS





Dato' Mukhriz Mahathir - membawa suara generasi muda melayu melihat adanya keperluan dan peluang bagi menyatukan UMNO dan PAS demi survival bangsa. Tokoh muda yang Berani Mengubah mengajak kita untuk Berani Berubah - Beranikah Kita?



Kemelut melanda politik tanahair semakin kalut dan tidak menentu. Rakyat makin keliru dan buntu - kemanakhan sebenarnya arah-tuju politik kita? Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh mereka? Kepentingan rakyat atau kepentingan peribadi?

Walau apa pun, yang menarik perhatian adalah pencarian titik pertemuan diantara 2 parti melayu yang dulunya adalah satu: UMNO dan PAS. Parti melayu adalah asas kepada politik tanahair. Sejak mencapai kemerdekaan lagi parti politik melayulah yang memainkan peranan besar dan jadi penentu arahtuju politik dan pembangunan negara.

Kerana itulah pertentangan besar yang kita rasakan ketika ini pun adalah pertentangan politik antara 2 parti melayu ini: UMNO dan PAS. Kewujudan parti politik lain sebenarnya tidak terlalu dirasakan kerana UMNO selaku parti teras telah membentuk satu pakatan @ parti komponen Barisan Nasional.

Majoriti rakyat (pengundi) adalah melayu dan beragama Islam. Jika penyatuan UMNO dan PAS menjadi kenyataan dan AP-AP yang memenangi terdiri dari majoriti melayu dan berberagama Islam maka mudahlah perlembagaan negara dipinda mengikut kehendak dan syariat Islam.

Hj. Hadi telah menyuarakan pembentukan kerajaan campuran. Ini harus tidak dipandang ringan. Memang banyak lagi perkara harus di selsaikan tetapi jangan bunuh harapan ini di awal kata. Marilah kita dengan jujur mencari titik pertemuan itu. Kita carikan dimana kita ada banyak persamaan dan kita sisihkan dimana pun ada perbezaan.

Dato' Mukhriz Mahathir juga telah menyarankan perkara serupa. Harap jangan kita semua abaikan pandangan generasi muda yang inginkan perpaduan sebenar umat melayu.

Semua pihak harus membiarkan ini berlaku dalam tenang. Jangan ada mana-mana pihak lagi melakukan apa-apa provokasi kerana musuh Islam kita diluar sana memang menghendaki kita tidak bersatu. Biarlah sekali ini kita menyampaikan berita duka kepada musuh kita bahawa UMNO dan PAS akan bersatu demi perpaduan Melayu dan Agama Islam



(KLIK LINK DIBAWAH UNTUK BACAAN LANJUT)

UMNO DAN PAS MENUJU TITIK PERTEMUAN

JIKA PAS JUJUR, BERSATULAH DALAM UMNO

(kLIK UNTUK BACA BLOG PENA BIASA)

GEMPAR! SIDANG DUN PERAK BAWAH POKOK


(Gambar Hiasan) Beginilah bila mabuk kuasa dan gila meroyan dicampur dengan kurang akal dan KURANG AJAR maka lengkaplah sebuah kerajaan pakatan pembangkang yang HARAMJADAH.


GEMPAR! KERAJAAN JALANAN MENGADAKAN PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DI JALANAN DI BAWAH POKOK. BEGINILAH GAYANYA ADUN-ADUN YANG TAK CUKUP AKAL JIKA TERPILIH JADI WAKL RAKYAT. MACAM BUDAK MAIN PONDOK-PONDOK. SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK BACAAN SETERUSNYA



KERJA BODOH TAK MASUK AKAL - ParpuKari

JIWA KACAU - Antara Siratan Dan Suratan

Budaya Jalanan: Sidang Tergempar DUN Perak bawah pokok - ayorlemuju

ANWAR SEMAKIN HAMPIR


Ya Sheikh Al-Jubri, yang ni pun kau berselera ke?



Dulu hang kata lain, la hang kata lain pulak!



Ketidak-tentuan suasana dan perkembangan politik tanahair semakin menjadi-jadi. Dalam menghadapi krisis ekonomi global yang akan melanda dan melumpuhkan ekonomi negara para poli-tikus kita masih seperti dahulu, ibarat tikus memaiki labu.

Di Parlimen, bukan cara bagaimana hendak mengatasi krisis ekonomi yang dibincangkan tetapi AP-AP kita bertengkar dan memaki hamun antara satu sama lain. Pembangkang begitu garang ingin menjadi juara rakyat. Jika setakat memaki hamun di Parlimen rasanya ramai diantara kita yang lebih layak menjadi AP.

Ada yang ingin menangguk di air keruh dan ada yang ingin menjadi yu kerana bila jong pecah yu kenyang.

Disebalik segalanya ada seseorang yang sedang mengintai peluang. Mengharap ada faedah dari kekecauan. Dia mengintai seperti pencuri, menyelinap seperti perogol dan meliar seperti peliwat. Yang ditunggu hanyalah satu - kerusi Perdana Menteri.

Semakin politik negara kucar-kacir maka dia merasakan peluangnya semakin hampir. Semakin ekonomi negara runtuh dan musnah maka dia merasakan mimpinya semakin nyata. Dia ibarat lintah yang menghisap darah, demi dirinya dan cita-citanya biar rakyat dan negara musnah. Ini adalah jenis makhluk yang memakan daging saudaranya sendiri.


Dia semakin gelisah menanti janji Pak Lah kepada Najib ditunai. Dia selalu berdoa supaya ini tidak akan terjadi. Dia masih berharap Tuhan memberikannya peluang sekali lagi. Walaupun semasa dia di kerusi no2 dia tidak pernah bersyukur dan mencakna kepentingan ramai, kini dia berjuang kununnya untuk ramai.

Sebenarnya memang dia semakin hampir, semakin hampir ke penghujung jalan. Semakin hampir ke penghujung karier politiknya. Memang, semakin tinggi harapan maka semakin besar kehampaan buatnya. Apabila nanti Pak Lah bersara dan memindahkan kuasa kepada DSN, maka musnahlah segalanya.

Anwar semakin hampir, semakin hampir kepada menerima hukuman atas perbuatannya - meliwat Saiful. Atau jika berita ini benar - Persidangan Agung Umno ditangguhkan, mungkin benar ada konspirasi antara Anwar dengan Pak Lah.


(LINK UNTUK BACA LAGI)
BETULKAH DATUK SHAGUL REFORMASI ADALAH ANARKI

Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia?

Persidangan Agung Umno ditangguhkan!

INJUKSI PERHIMPUNAN AGUNG DAN PEMBUBARAN DUN PERAK?


Tahukah anda tsunami yang sedang, dan akan melanda negara?


Gelombang 1
Meranapkan UMNO yang menunjangi BN melalui PRU12
(telah berlaku dan ini memang salah pemimpin UMNO, tetapi itu sahajakah yang boleh kita buat? Membakar kelambu?)

Gelombang 2
Memusnahkan institusi kesultanan Melayu yang memayungi Islam
(ia sedang berlaku dan adakah anda tinggal melihat sahaja?)

Gelombang 3
Menghancurkan Islam

02 March, 2009

DEMOKRASI CARA KITA


Jika inilah Demokrasi, siapa dan apakah faedah yang akan didapati



Pakatan Rakyat - tidak mampu memberikan perubahan malah memberikan kesan negatif kepada politik dan ekonomi negara


1.Apakah kita sedari bahawa kita bakal berdepan dengan krisis ekonomi yang teruk, bukan serantau tetapi global? Apakah pelan tindakan yang diambil kerajaan dan apakah ada kempen penerangan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesannya dan bagaimana kita mampu menyerap dan menghadapi krisis ini?

2.Tokoh-tokoh politik kita masih lagi sibuk politiking dan banyak masa telah dihabiskan hanya untuk meraih undi dan simpati rakyat. Mengikuti sidang Parlimen (melalui tv) kita merasa sangat kecewa terhadap AP-AP yang kita pilih (Kerajaan dan Pembangkang), mereka seakan tidak menyedari atau memang mereka tidak peduli akan krisis ekonomi yang sedang melanda.

3.Dalam banyak hal saya berpendapat Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani dan mengendali semua keadaan demi menjamin kestabilan politik tanahair. Kerajaan tidak harus membuang banyak masa bagi melayani kerenah dan tuntutan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan perlu lebih fokus kepada isu ekonomi. Jika ada halangan dari pihak pembangkang atau kumpulan-kumpulan yang mewakilinya, kerajaan harus tanganinya dengan pantas dan tanpa tolak ansur.

4.Parti Pembangkang @ PR juga harus bersama memainkan peranan untuk membantu kerajaan mengatasi krisis ekonomi, bukan menghalang dan menganggu kerajaan mengatasinya. PR mesti benar-benar jujur dan bukan seperti sekarang ini yang hanya dilihat lebih mementingkan untuk meraih sokongan politik semata-mata. Kita tidak mahu melihat Kerajaan diganggu-gugat ketika mengatasi krisis ekonomi ini.

5.Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan yang mengaku sebagai pejuang demokrasi dan kebebasan bersuara sepatutnya berhenti mendesak Kerajaan agar Kerajaan dapat lebih fokus. Kerajaan perlu tangani mereka dengan lebih tegas dan tanpa kompromi.

6.Demokrasi dinegara kita harus mengikut acuan kita sendiri. Terlalu bertolak ansur akan membuatkan mereka menuntut lebih banyak lagi. Mereka tidak perlu dilayan keterlaluan kerana mereka ini memberi terlalu sedikit tetapi meminta terlalu banyak. Kerajaan perlu lebih tegas dalam menanganinya. Kita dengan demokrasi cara kita. Demokrasi di barat pun nampak tidak menjamin kesejahteraan rakyatnya, malah kita lebih yakin kepada negara yang mengamal sistem sosialis.

7.Kita harus benar-benar sedar bahawa;
- Kita sedang hadapi krisis ekonomi yang lebih teruk dan berbeza dari yang pernah kita hadapi dahulu.
- Kita harus atasi dan hadapinya dengan cara kita dan dengan demokrasi gaya kita.
- Kerajaan terlalu banyak bebanan yang perlu diatasi dalam masa yang sama yang mana akan mengurangkan tumpuan bagi menangani krisis ekonomi yang lebih utama
- Pembangkang dilihat sebagai sanggup membiarkan negara musnah ekonominya asal mereka dapat mengambil alih pemerintahan. Mereka tidak peduli kepada kesejahteraan rakyat bahkan mereka tidak langsung menunaikan janji menifesto pilihanraya mereka dulu.
- Pembangkang tidak benar-benar membantu menangani masalah ekonomi malahan melakukan sesuatu yang menghalangnya dan perlu ditolak oleh rakyat
- Jika kerajaan gagal menangani krisis ekonomi ini kemungkinan negara kita akan jadi miskin dan menghadapi kesukaran hidup serta jadi lebih mundur seperti di Myanmar atau Kampuchia.

8.Kita - rakyat yang telah membuat pilihan. Kita yang menentukan politik negara kita juga kehidupan kita. Demokrasi jalanan ala Anwar Al-Jubri tidak akan memberikan faedah kepada kita - Anwar hanya akan meletakkan kita di jalanan. Marilah kita berubah - kembali kepangkal jalan. DSN mampu memimpin Negara kearah yang lebih baik.


(Baca sini)
http://c-bok.blogspot.com/2009/03/ekonomi-koboi.html

01 March, 2009

IA - JANGAN LETAK JAWATAN


Wajah Ulamak yang perjuangkan Islam dengan mengadai maruah kepada kafir harbi DAP


Hero sebenar Kelantan; Ditakuti dan dibimbangi oleh PAS dan juga UMNO. Perbuatan kejam tokoh UMNO yang ingin 'membunuh' karier politik nya namun dia masih kekal sebagai AP pilihan rakyat Pasir Mas, Kelantan


Kerana marahkan kelantangan Ibrahim Ali
apabila beliau mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, PAS meminta beliau mengosongkan Kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Aziz meminta beliau berbuat demikian kerana beranggapan kemenangan Ibrahim Ali adalah atas undi sokongan PAS. Nik Aziz juga berkata Ibrahim Ali wajar berbuat demikian bagi menguji sokongan rakyat terhadapnya.

Kita ketepikan kewajaran Ibrahim Ali untuk berbuat demikian tetapi kita fokus kepada kewajaran Nik Aziz meminta Ibrahim Ali berbuat demikian.

Nik Aziz ketika mengulas mengenai perletakkan jawatan ADUN Bukit Lanjan berkata bahawa PRK tak perlu diadakan kerana ianya akan melibatkan pembaziran perbelanjaan wang rakyat yang banyak, tetapi dalam hal mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas dengan mengadakan PRK disana beliau tidak nampak pun tentang perbelanjaan dan pembaziran wang rakyat.

Dalam masa tak sampai sebulan Nik Aziz mengeluarkan 2 kenyataan yang berbeza bagi 2 perkara yang sama. Kita jadi keliru. Apakah Nik Aziz hilang ingatan atau gila meroyan? Jika didapati dan disahkan Nik Aziz hilang ingatan atau gila meroyan maka memang benarlah PRK perlu diadakan tetapi bukan di P22 - Parlimen Pasir Mas tetapi di DUN N6 - Chempaka.

Sudah tentu rakyat Kelantan tak hendak ber-Menteri Besar-kan orang yang sedemikian, bahkan peraturan juga tidak membenarkan hal demikian berlaku.

Saya berpendapat dan sangat berharap agar Ibrahim Ali tidak akan meletakkan jawatan sebagai AP tetapi dalam masa sama saya menasihatkan Nik Aziz membuat rawatan rapi terhadap tahap kesihatan beliau samaada masih layakkah sebagai ADUN dan Menteri Besar atau beliau harus kosongkan untuk membolehkan PRK diadakan bagi mendapatkan seorang ADUN yang lebih waras.

Ahli-ahli PAS Negeri Kelantan bahkan ahli PAS seluruh negara perlu membuat satu usul meminta Nik Aziz meletakkan jawatan atas alasan hilang kepercayaan terhadap kewarasan beliau.

Rujukan:
Nik Aziz Tak Perlu Cakap Besar - (Klik sini)


Fatwa PAS Yang Keliru Dan Celaru (Baca sini)

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...