09 March, 2009

MAULIDUR RASUL DAN YANG CELAKA




Salam dan selamat menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat Islam di Malaysia.

Celakalah kepada mereka yang memperalatkan PPSMI kerana kepentingan politik dan peribadi.

Pertama kali saya rasa bangga dengan keputusan Dato' Hishamuddin yang bertegas dengan keputusan meneruskan PPSMI. Kita terlalu banyak bertolak ansur dan mengalah kepada pembangkang yang mengambil kesempatan atas apa saja untuk menjadi jaguh atas nama memperjuangkan kepentingan rakyat.

Seperti biasa mereka hanya membantah tetapi tidak pernah kemukakan cadangan untuk memperbaikinya. Lebih malang adalah hanya setelah 6 tahun berlalu kenapa hanya baru sekarang timbul bantahan? Kemana Gapena selama 6 tahun lalu? Saya percaya Gapena bukan tidur tetapi Gapena dikejutkan dan didorong oleh pihak lain yang ada kepentingan. Malanglah jika para cendikiawan kita tidak menyedari yang mereka telah diperalatkan, atau mungkin memang mereka sebenarnya berjiwa pembangkang tetapi bertopengkan Gapena.

Seperti kata Dato' Hishamuddin, PPSMI diluluskan kabinet dan semua pihak telah diberikan masa secukupya untuk kemukakan bantahan tetapi kenapa pada ketika itu tiada bantahan dibuat? Nyatalah bahawa pembangkang hanya mengambil kesempatan dan ingin menwujudkan keadaan huru-hara. Celakalah mereka yang mengunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.

Terbaru dilaporkan bahawa pemimpin PAS Hj Hadi mencelakakan kepada yang menentang penghapusan PPSMI. Bukanlagi menghairankan apabila mereja yang dipanggil ulamak mengunakan perkataan sedemikian buruk hanya kerana tidak sama pendapat. Celakalah ulamak politik yang menjual agamanya demi kepentingan politik dan kuasa yang ingin direbutnya.

Siapa disebalik tunjuk perasaan membantah PPSMI? Tak lain dan tak bukan adalah PAS dan PKR. 2 Parti melayu celaka yang kononnya perjuangkan rakyat. Siapa pula diatas takhta celaka itu jika bukan Anwar Ibrahim!

p.s.
Bagi mendaulatkan Bahasa Melayu eloklah Gapena mengajar Nik Aziz, Hj. Hadi dan lain-lain supaya pandai bertutur Bahasa Melayu standard disamping pandai mengunakan perkataan yang baik selain dari perkataan Celaka. Pok Nik denge Hj Hadi duo-duo ni hok celako. Anwar Al-Jubri pembawo segalo celako.

6 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bERANIKAN hATI

Selamat menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w semoga esok akan ada cahaya dihujung terowong untuk Melayu-Melayu bersatu.

terima kasih

Panglima Perang Cyber said...

Mereka mudah mencelakakan orang. Tetapi siapa mereka ? Adakah layak untuk berkata sedemikian rupa ?

cekodokmasin said...

Salam tuan.
Celakakah guru2 yang terlibat dalam PPSMI? Celakakah juga anak2 mereka yang terbabit dalam PPSMI? Celakakah generasi mereka apabila PPSMI guru2 mengajar dan murid2 belajar Sains dan Metematik dalam Bahasa Inggeris?

MAWAR BERDURI said...

salam bh?

pakatan ini mungkin ada kelas tambahan belajar mengucapkan celaka kepada smua org temasuk diri mereka sendiri.

kamal said...

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

.@blogger.com said...

Salam,
amiramzah,penglima perang cyber,cekodokmasin,mawarberduri dan kamal. Kita sependapat bahawa tidak ada salahnya pada PPSMI dan tidak perlu dimansuhkan. Mungkin sedikit penambahbaikan boleh dibuat disana dan sini. Hanya mereka yang tidak mahu melihat kesetabilan politik negara sahaja yang melakukan tindakan bodoh dengan berdemo dan merusuh yang meletakkan negara kita setaraf dengan negara yang hilang tamadunnya. Kata kita negara Islam? Apakah ini ajaran Islam? Merusuh? Celakalah pemimpin demo itu dan celakalah anak cucunya kelak - bERANIKAN hATI

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...