Suara Anak Pahang - Perlu Baca

01 March, 2009

IA - JANGAN LETAK JAWATAN


Wajah Ulamak yang perjuangkan Islam dengan mengadai maruah kepada kafir harbi DAP


Hero sebenar Kelantan; Ditakuti dan dibimbangi oleh PAS dan juga UMNO. Perbuatan kejam tokoh UMNO yang ingin 'membunuh' karier politik nya namun dia masih kekal sebagai AP pilihan rakyat Pasir Mas, Kelantan


Kerana marahkan kelantangan Ibrahim Ali
apabila beliau mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, PAS meminta beliau mengosongkan Kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Aziz meminta beliau berbuat demikian kerana beranggapan kemenangan Ibrahim Ali adalah atas undi sokongan PAS. Nik Aziz juga berkata Ibrahim Ali wajar berbuat demikian bagi menguji sokongan rakyat terhadapnya.

Kita ketepikan kewajaran Ibrahim Ali untuk berbuat demikian tetapi kita fokus kepada kewajaran Nik Aziz meminta Ibrahim Ali berbuat demikian.

Nik Aziz ketika mengulas mengenai perletakkan jawatan ADUN Bukit Lanjan berkata bahawa PRK tak perlu diadakan kerana ianya akan melibatkan pembaziran perbelanjaan wang rakyat yang banyak, tetapi dalam hal mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas dengan mengadakan PRK disana beliau tidak nampak pun tentang perbelanjaan dan pembaziran wang rakyat.

Dalam masa tak sampai sebulan Nik Aziz mengeluarkan 2 kenyataan yang berbeza bagi 2 perkara yang sama. Kita jadi keliru. Apakah Nik Aziz hilang ingatan atau gila meroyan? Jika didapati dan disahkan Nik Aziz hilang ingatan atau gila meroyan maka memang benarlah PRK perlu diadakan tetapi bukan di P22 - Parlimen Pasir Mas tetapi di DUN N6 - Chempaka.

Sudah tentu rakyat Kelantan tak hendak ber-Menteri Besar-kan orang yang sedemikian, bahkan peraturan juga tidak membenarkan hal demikian berlaku.

Saya berpendapat dan sangat berharap agar Ibrahim Ali tidak akan meletakkan jawatan sebagai AP tetapi dalam masa sama saya menasihatkan Nik Aziz membuat rawatan rapi terhadap tahap kesihatan beliau samaada masih layakkah sebagai ADUN dan Menteri Besar atau beliau harus kosongkan untuk membolehkan PRK diadakan bagi mendapatkan seorang ADUN yang lebih waras.

Ahli-ahli PAS Negeri Kelantan bahkan ahli PAS seluruh negara perlu membuat satu usul meminta Nik Aziz meletakkan jawatan atas alasan hilang kepercayaan terhadap kewarasan beliau.

Rujukan:
Nik Aziz Tak Perlu Cakap Besar - (Klik sini)


Fatwa PAS Yang Keliru Dan Celaru (Baca sini)

3 comments:

SAYANG SARAWAK said...

Allah tuhanku,
Muhammad penghuluku,
Islam agamaku,
Al quran kitabku,
Kaum muslimin saudaraku...

Sesungguhnya, sehina-hina manusia adalah mereka yang memakan daging saudaranya..
Kembalilah ke pangkal jalan..
bERANIKAN hATI demi masa depan mELAYU dan iSLAM..

Anonymous said...

teruskan usaha anda membongkar hipokrit mereka ini. tahniah

PEMERHATI said...

DULU UMNO TENDANG IBRAHIM ALI KELUAR PARTI SEUMUR HIDUP.
SEKARANG APA MACAM?
APA KABAR ORANG KAMPUNG,
SUDAH LAMA TARAK JUMPA.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...