Kenapa PM membisu? Apakah tidak tahu apa yang sedang berlaku atau terlalu sibuk dengan urusan yang harus disiapkan sedangkan masa untuk berangkat semakin hampir. Mujur ada anak mantan PM yang sanggup bersuara untuk melayu-melayu lain yang dah layu.
Tuesday, November 18, 2008
ALOR STAR 29 Okt. — Penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam akan hanya melemahkan lagi ekonomi orang Melayu, kata Anggota Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Menurutnya, sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka.
“Pencapaian mereka paling hebat pun baru 22 peratus tetapi kini merosot kepada 18 peratus. Jadi wajarkah dasar itu dihapuskan atau dilonggarkan?," katanya bagi mengulas kenyataan Naib Presiden, MCA Datuk Liow Tiong Lai yang mahu syarat itu dihapuskan.
Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata, banyak lagi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai dan usaha perlu dilakukan bagi memantapkan daya saing mereka dengan kaum lain yang maju dalam bidang ekonomi.
“Selagi golongan bumiputera belum selesa dan yakin dengan kemampuan mereka, dasar ini tidak boleh dihapuskan,” katanya. - Bernama
POSTED BY ZAINAL A. KASIM

No comments:
Post a Comment