Siapa lagi yang mampu menafikannya? Tetapi siapakah diantara pemimpin kita yang bersungguh-sungguh menanganinya?
MONDAY, NOVEMBER 10, 2008
Bercakap tentang politik wang khususnya di dalam pemilihan kepimpinan UMNO sekarang ini bukan calang-calang topik. Semua bercakap tentangnya. Daripada ahli cawangan, bahagian, negeri dan juga pusat. Yang bercakap pun handal-handal belaka. Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden, calun-calun jawatan utama dan juga Presiden sendiri.
Hari ini, Presiden parti, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi juga bercakap mengenainya. Cakap-cakap beliau seolah-olah mengesahkan apa yang berlaku. Apabila yang bercakap itu seorang yang duduk di hiraki tertinggi kepimpinan, tentulah maklumatnya bukan calang-calang maklumat. Hanya maklumat yang telah ditapis dan disahihkan ketulenannya sampai ke Presiden (sepatutnya). Pastinya beserta dengan bukti-bukti yang jelas. Kalau tidak pastilah Presiden tidak bercakap dengan nada yang begitu sedih. Siap dengan muka-mukanya menunjukkan kesedihan dan kemarahan.
Namun disebalik cakap-cakap ini sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, ianya kekal sebagai cakap-cakap sahaja. Tidak ada tindakan yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah ini. Maka cakap-cakap itu hanya akan kekal sebagai cakap-cakap atau pun digunakan kelak untuk mengungut mana-mana calun yangcuba nak lawan tokey (?)
Bercakap tentang politik wang khususnya di dalam pemilihan kepimpinan UMNO sekarang ini bukan calang-calang topik. Semua bercakap tentangnya. Daripada ahli cawangan, bahagian, negeri dan juga pusat. Yang bercakap pun handal-handal belaka. Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden, calun-calun jawatan utama dan juga Presiden sendiri.
Hari ini, Presiden parti, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi juga bercakap mengenainya. Cakap-cakap beliau seolah-olah mengesahkan apa yang berlaku. Apabila yang bercakap itu seorang yang duduk di hiraki tertinggi kepimpinan, tentulah maklumatnya bukan calang-calang maklumat. Hanya maklumat yang telah ditapis dan disahihkan ketulenannya sampai ke Presiden (sepatutnya). Pastinya beserta dengan bukti-bukti yang jelas. Kalau tidak pastilah Presiden tidak bercakap dengan nada yang begitu sedih. Siap dengan muka-mukanya menunjukkan kesedihan dan kemarahan.
Namun disebalik cakap-cakap ini sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, ianya kekal sebagai cakap-cakap sahaja. Tidak ada tindakan yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah ini. Maka cakap-cakap itu hanya akan kekal sebagai cakap-cakap atau pun digunakan kelak untuk mengungut mana-mana calun yang
1 comment:
Betullah UMNO mengamlakan rasuah. Confirm!! Kata orang UMNO tu bukannya rasuah, UPAH je.... hampeh. Kotak pemikiran UMNO setaraf kelas tadika KEMAS.
Post a Comment