30 November, 2008

Gerakan Terancang Memecah belahkan Melayu dan Islam

Melayu dipecahbelahkan untuk senang diperintah. Ekonomi mereka yang kuasai dan pelan ekonomi memajukan melayu disabotaj oleh bangsa asing. Akhirnya bangsa melayu akan jadi pengemis ditanahair sendiri. Perhatikan sekeliling kita, siapakah berada diatas pemimpin kita? Bangsa asing - kerana orang melayu tidak mempercayai bangsa sendiri atau tidak rela sama sebangsa berkongsi kuasa dan kekayaan. Kita lebih rela dikongsikan dengan bangsa lain dan akhirnya segalanya terhakis. Bilakah bangsa melayu dapat bersatu? Bacaan berikut dari Blog Mummy Rokiah;
Tuesday, November 25, 2008
Bangsa pendatang yang tak pernah reti bahasa ini hari-hari buat hal. Mungkin kerana mereka tahu bahawa bangsa melayu ini adalah bangsa yang mudah lupa atau mungkin kerana mereka tahu bahawa bangsa melayu adalah bangsa yang tidak mampu untuk bersatu. Kejatuhan melaka adala kerana adanya pembelot dalam kalangan melayu - raja mendaliar? Dan sejarah tidak pernah orang melayu hayati kerana itu melayu berpecah dari UMNO kepada PAS dari UMNO kepada Semangat 46, daripada UMNO kepada PKR daripada PAS kepada Berjasa dulu). Melayu berpecah, berpecah dan berpecah dan akhirnya tinggallah ciput dan akhirnya diperintah oleh bangsa asing. Apakah yang akan tinggal untuk orang melayu? Keretapi Tanah Melayu (scomi (?)) dan Baju Melayu. Wahai pemimpin-pemimpin bangsa melayu yang bangang, bersatulah kamu dan pimpinlah kami ini.

BLOG MUMMY ROKIAH
http://mummyrokiah.blogspot.com/2008/11/gerakan-terancang-memecah-belahkan.htmlSunday, November 23, 2008

Secara sedar atau tidak sedar telah wujud satu gerakan terancang untuk memecahbelahkan Melayu dan Islam negara ini dan mengambil-alih kuasa dominasi Melayu di dalam pemerintahan negara. Mungkin ada Melayu yang sedar tentang gerakan ini tetapi dek kesibukan dan keutamaan bergocoh sesama sendiri mereka alpa bahawa kuasa mereka sedang reput.

Gerakan ini bergerak di empat buah negeri yang dikuasai pembangkang. Mereka sedikit demi sedikit membangkitkan isu-isu yang memihak kepada bukan Melayu. Isu-isu yang sensitif dan kelazimannya diperbincangkan secara dalaman dahulu telah didebatkan dan digahkan di dalam media kawalan mereka sehingga Melayu dan Islam kelihatan bodoh dan kolot. Isu-isu dan desakan yang dibangkitkan seperti yang kita tahu adalah :

1. Mempertikai ketuanan Melayu dan kontrak sosial.
2. Melakarkan wajah buruk Dasar Ekonomi Baru.
3. Menghangatkan dan membela tahanan Hindraf.
4. Mempersenda dan memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan melalui isu Penkid dan Yoga.
5. Mendesak untuk dibangunkan kandang babi yang terancang.
6. Mempertikai mahkamah syariah melalui kes-kes murtad.
7. Menguji masyarakat Islam melalui isu azan.
8. Meracun NGO-NGO haprak Melayu seperti Sister In Islam dengan mengunakan pendekatan hujah-hujah berdasarkan logik akal.
9. Usaha untuk menjadikan hukum Islam “irrelevant” melalui penekanan perjuangan hak-hak asasi manusia.
10. Sengaja mengubah bahasa-bahasa papan tanda untuk mencabar Bahasa Melayu.
11. Mengagung-agungkan kemenangan Barack Obama dengan meniup semangat gelombang perubahan di Amerika ke negara ini melalui media-media kawalan mereka.

Walaupun pada dasarnya keempat-empat negeri ini diperintah oleh MB Melayu kecuali Pulau Pinang tetapi tututan tersebut langsung tidak memihak kepada Melayu dan Islam. Kepimpinan pembangkang yang baru memerintah pastinya ingin menawan hati mereka dan secara tidak langsung terpaksa memenuhi tututan-tuntutan ini. Padahal mereka hanya memperalatkan pemimpin-pemimpin ini sahaja untuk kepentingan jangka panjang mereka.

Apabila mereka berjaya mendapat tuntutan-tuntutan ini mereka dikira berjaya menjadi pendesak yang kuat dan menjadi hero kepada bangsa mereka Cina dan India. Ini kerana selama ini tututan-tuntutan sebegini amat sukar dan mustahil untuk mendapat layanan di bawah pemerintahan BN. Kejayaan tuntutan ini akan tempias ke negeri-negeri lain juga.

Penyokong-penyokong parti-parti tradisi (MCA, MIC, Gerakan) dalam BN akan terhakis keyakinan kepada pemimpin parti mereka dan penyokong-penyokong ini akan bercantum dan beralih arah menyokong mana-mana parti liberal yang telah berjaya memperjuangkan isu-isu tadi. Begitu juga sokongan kepada PAS dan PKR hanyalah untuk jangka pendek sahaja.

Secara terhormat Melayu akan hilang kuasa kerana berpecah sesama sendiri. Melayu UMNO bergaduh sesama dalam UMNO, Melayu UMNO juga bergaduh dengan Melayu PAS dan PKR. Melayu PKR pula bergaduh dengan Melayu PAS. Melayu akan kelihatan tidak layak dan gagal memimpin negara ini. Mereka akan mengambil alih ketuanan Melayu akibatnya BN, UMNO, PAS dan PKR akan terkubur dengan sendirinya kerana berpuak-puak.

Sejauh mana kejayaan golongan ini bergantung kepada kekuatan dan penyatuan semua Melayu termasuk Melayu atas pagar yang sedang melihat dan menunggu. Melayu atas pagar ini terdiri dari kalangan professional, generasi baru dan mereka yang bergerak sendirian merupakan kuasa penentu kelak. Mereka ini kerap dipinggirkan.
Posted by MUMMY ROKIAH at 12:10 PM

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...