Foto: YB Dato' Sharkar Samsuddin ADUN Lancang yang prihatin kepada masalah penduduk.
Terima kasih kepada Pahang Daily Online kerana sangat-sangat prihatin terhadap pembangunan Negara terutama di negeri Pahang seperti yang dapat kita lihat dalam posting PDO bertajuk 51 Tahun Merdeka Kg Kelubi Ketinggalan zaman.
Kebetulan saya balik dari
Memang benar seperti yang PDO laporkan, jalan-jalannya dan keadaan kampongnya adalah tepat seperti yang dilaporkan. Mujurlah saya datang dengan kenderaan pacuan empat roda, jika tidak mungkin saya akan hadapi masalah terutama dalam keadaan cuaca begini.
Saya nak beri pujian kepada PDO kerana pertama kalinya mereka melaporkan kebenaran. Bagaimanapun setelah saya melawat sekitar kampong berkenaan saya rasa sangat kecewa kerana saya telah tertipu dan jadi mangsa provokasi mereka.
Untuk makluman, hanya terdapat empat buah rumah dikawasan berkenaan. Selain itu saya dapati kawasan berkenaan adalah kawasan tanah rendah dan sering berlaku banjir pada musim tengkujuh. Secara kasarnya saya dapat memutusdkan bahawa sekiranya dibina jembatan dikawasan berkenaan ianya tidak akan mengubah keadaan dan tidak memberi apa-apa makna kerana apabila musim hujan tiba kawasan berkenaan akan digenangi air. Saya juga dimaklumkan bahawa peneroka-peneroka berkenaan berasal dari kelantan dan meneroka kawasan berkenaan secara haram. Bagaimanapun atas sikap prihatin kerajaan maka jambatan gantung tersebut dibina bagi membantu penduduk berkenaan yang sangat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan.
Jadi saya rasa saya faham kenapa tiada pembangunan dikawasan berkenaan. Cuma saya berharap kepada PDO supaya dapat datang sendiri ke kampong berkenaan bukan hanya menggunakan teropong hikmatnya dan meneropong dari jauh. Suka saya ingatklan kepada PDO bahawa dunia sekarang semakin kecil, pembohongan PDO tidak dapat disembunyikan kerana kebenaran akan segera dapat dibuktikan.
3 comments:
Khabar berita dari Kolompor,
Singgah di Lanchang mencari Sharkar,
Adakah benar bagai dilapor,
Atau hanya sekadar buat kelakar?
Gambar lama gambar baru,
Terpapar Sharkar dengan Orang Asli,
Adakah ini cara menangani isu,
Bila melihat Sharkar hati naik geli!
Budak kecil sedang main guli,
Belajar silat tumbuk pokok pisang,
Bagaimana hati tak rasa geli,
Tengok sharkar naik tocang!
APJ,
saya bukan juru gambar, jadi nak hiasi blog dgn gambar terpaksalah dapatkan dari koleksi di internet. Mintak-mintak Sharkar ni bukan jenis naik tocang dan lupa diri.
itu gbr sblm pru12, ko jgn nk jd penipu la brave heart..itu lakonan2 org umno je tu, prihatin konon..ptuih!!
Post a Comment