PRU 12 telah berlalu dan memberikan kejutan kepada parti pemerintah. Berbagai analisis telah dibuat bagi mendapatkan pengertian kepada perubahan sikap yang diterjemahkan oleh rakyat melalui undian.
Kemuncak kepada itu ada desakan supaya PM berundur dan tidak kurang juga berbagai pertubuhan politik dan bukan politik memainkan peranan dengan menguji kekuatan kerajaan. (baca disini) dan (disini)
Desakan demi desakan dibuat apabila melihat kerajaan telah lemah dan nampaknya kerajaan telah banyak mengalah dan keadaan ini telah memberikan keuntungan kepada satu-satu pihak yang tahu mengambil kesempatan.
PM telah mengumumkan akan mengadakan ‘post mortem’ namun sehingga kini (seingat saya) bolehlah kita katakan sebagai ‘habuk pun tarak’.
Saya ingin tumpukan kepada satu kawasan DUN di P081 untuk saya jadikan kajian kes kerana saya lihat keadaan disana unik dan menarik untuk diperbincangkan.
Fakta DUN: N10 – P081
Jumlah Pengundi: 19,412
Peratusan Kaum: M: 56.05% C: 36.71% I: 5.93% L: 1.31%
Calon-calon dan undi diterima:
1. C (BN) (5,674)
2. C (Bebas) (3,295)
3. M (PKR) (5,165)
Majoriti: 509
Jumlah undi: 14,542
Peratus mengundi: 74.91%
Undi rosak: 408
Menyedari gelombang yang akan melanda politik Negara ketika itu dengan mengandaikan bahawa suara protes rakyat akan memihak kepada pembangkang maka dapat kita lihat kaum cina lebih prihatin dan peka kepada keadaan semasa lalu mereka meletakkan satu calon lain sebagai calon bebas bagi memecahkan undi majoriti melayu. Ternyata strategi mereka benar dan berjaya. Jika kita lihat dari jumlah undi yang dipungut, kita dapat bayangkan bahawa jika tidak diletakkan calon bebas sudah tentunya undian akan dimenangi oleh calon malayu PKR. Pendapat ini berdasarkan kepada peratusan pengundi mengikut kaum serta.
Ternyata dalam keadaan ini seboleh mungkin kaum cina tidak rela bertuankan melayu sebagai ADUN bagi mewakili mereka yang selama ini diwakili oleh kaum mereka sendiri biarpun majoriti pengundi adalah terdiri dari orang melayu. Begitulah bijaknya kaum cina dalam berpolitik. Banyak pihak berpendapat bahawa kesetiaan mereka kepada ras lebih utama dari kepada parti politik. (baca disini) dan (sini)
Kerana itu ada penganalisa politik berpendapat bahawa jika terdapat pertembungan diantara dua calon dari dua parti maka mereka akan memberikan undi kepada yang sebangsa dengan mereka dan jika pertembungan itu melibatkan dari bangsa yang sama baharulah mereka akan memilih parti. Ini sangat berbeza dengan sikap bangsa melayu yang taat setia kepada parti mereka. Malangnya sikap ini jika tidak kita awasi dibimbangkan akan memberikan keburukan kepada bangsa dan Negara kita apabila ianya dieksplotasikan oleh orang lain.
Kita tertanya-tanya apakah keputusan PRU12 yang lalu di N10 ini jika sekiranya;
1) Calon BN adalah orang melayu dan calon PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang cina ?
2) Calon BN dan PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang melayu ?
3) Calon BN dan PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang cina ?
N10 bukanlah satu-satunya kes yang berlaku sedemikian seperti yang kita bincangkan. Oleh itu pengundi-pengundi melayu harus sedar dan mengubah persepsi kita terhadap corak pengundian pada masa akan datang kerana kita bimbang pada akhirnya kita akan banyak kehilangan wakil-wakil rakyat dari bangsa kita sendiri sedangkan kita merupakan golongan majoriti. Sila baca posting saya yang lalu yang secara sinis mengambarkan keadaan sedemikian. (klik disini)
Semoga dalam PRU 13 kelak kita akan lebih bijak ketika mengundi agar ketuanan melayu yang kita pertahankan dan perjuangkan selama ini akan tetap terbela demi genarasi akan datang.
3 comments:
Macam cerita diblog Tok Peran
lihat laman blog saya: http://the-new-godfather.blogspot.com/
Pengundi Melayu masih bodoh kalau dia masih sokong parti yg menggunakan rasuah sebagai alat untuk mencapai kuasa dari peringkat bawahan hingga atasan.
awangnyor
kalu undi pas atau pkr tetapi pemimpin mereka berkerjasama dengan dap pun sama juga jadinya. mengadaikan hak melayu.
Post a Comment