24 December, 2008

POLITIK ORANG MELAYU – KELUARLAH DARI KOTAK FIKIRAN LAMA



Bangsa Melayu bersatu dengan teguh sekali pada awal zaman kemerdekaan. Setelah beratus tahun dipecah dan perintah oleh penjajah barat. Berikut kemudiannya tertubuhlah parti-parti melayu yang memperjuangkan kemerdekaan; pekembar dan akhirnya UMNO satu-satunya yang kita lihat memperjuangkan melayu ketika itu.

Taksub kepada UMNO ketika itu adalah wajar kerana UMNO lah satu-satunya parti yang mewakili dan mendapat tempat dihati kaum melayu. Namun keadaan telah berubah selepas 50 tahun kemerdekaan. PAS dan PKR wujud dari sebahagian pecahan UMNO. (Walaupun PKR bukanlah parti melayu namun ianya nenpunyai keahlian melayu yang besar) Disinilah titik mulanya melayu berpecah. Soalnya kenapakah melayu berpecah?



Memang ada penjelasan secara lebih mendalam dan ilmiah namun kita hanya ingin menyingkap permasalah ini secara kasar dan luaran. Secara dimana keseluruhan mayarakat boleh membincang dan berfikir mengenainya. (Kita tidak mahu membincangkan secara mendalam kerana ianya akan lebih rumit – juga akan membabitkan parti lain seperti; Berjasa, Semangat 46 dan lain-lain lagi.)

Dua Perpecahan besar yang akhirnya telah menwujudkan dua kelompok yang berpengaruh besar dengan membentuk dua parti besar iaitu PAS dan PKR. Kita menyoal sekali lagi, Kenapakah melayu berpecah? Apakah perbezaan pendapat yang tersangat besar yang telah memisahkannya? Apakah perbezaan dari segi agama? Apakah perbezaan Islam UMNO dengan Islam PAS yang memisahkan bangsa melayu? Namun perpecahan dengan PKR apakah hanya kerana isu menuntut keadilan bagi seorang pemimpin?

Saya tidak mahu dan tidak berhak memberikan jawapan kepada soalan berkenaan, jadi saya biarkan umum mendapatkan jawapannya atau jawapan-jawapannya. Saya hanya ingin focus kepada soalan apakah keuntungan yang bangsa melayu dapat dari perpecahan ini?

Dengan perbezaan penduduk Negara yang bukan terlalu banyak diantara bangsa melayu dan asing maka perpecahan ini dilihat hanya akan melemahkan bangsa sendiri. (Malay 50.4%, Chinese 23.7%, indigenous 11%, Indian 7.1%, others 7.8% (2004 est.) Apakah ertinya jika hanya parti yang kita dukung memenangi pilihanraya tetapi secara keseluruhannya wakil-wakil bangsa melayu bukan lagi majoriti dikalangan pemerintah dan mengusai Dewan Rakyat,Dewan Negeri dan Dewan Negara.

Melayu harus sedar bahawa dalam keadaan kita taksub kepada parti bahawa kita telah lupa yang kita telah ketepikan kepentingan bangsa. Disini letaknya perbezaan diantara politik bangsa melayu dengan bangsa cina kerana bangsa cina dalam diam mengutamakan lebih bangsa dari parti. (Baca disini) dan (Baca disini)


Kita lihat pula bagaimana bangsa cina mempertahankan bangsa mereka tanpa mengira perbezaan parti dalam menghadapi apa-apa isu yang ingin menguggat bangsa dan bahasa mereka. (Baca disini) (Baca disini) (Disini)

Kita harus keluar dari kotak fikiran lama kita dalam memilih calon: pertama bangsa dan kedua parti. Ini lah juga yang sering dilakukan oleh bangsa lain yang dalam pilihan-pilihanraya sebelum ini bagi mengekalkan calon-calon bangsa mereka. Apakah kita tidak sedar? Atau kita masih lagi lena oleh alunan merdu pemimpin-pemimpin kita bagi kepentingan tertentu. BERANILAH BERUBAH!

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...