30 December, 2008

JIKA BN KALAH, SALAHKAN KHAIRY DAN PAK LAH





Benarkah calon yang dipilih kehendak Negeri dan Bahagian? Atau kehendak Pak Lah yang mengikuti kehendak Khairy bagi mantapkan kedudukan. Dari riak yang kelihatan MB Terengganu kurang ceria atas calon pilihan yang diumumkan.

Terkini berbagai masalah dalaman pula terdengar bagi menambah ketidakpuashatian banyak pihak. Yang nyatanya, Mat Said tertikam dari belakang. Siapakah yang punya angkaranya? Apakah gerangan sebabnya?

Kemenangan ini sangat diperlukan sebagai sokongan moral. Kalah di P044 boleh dimaaf kerana itu memang kubu kuat Bung Nuar. Walau siapapun diletakkan disitu pasti akan kecundang. Tapi senario ini berbeza. Ini gelanggang sebenar dimana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama. 50 – 50. Kemenangan bagi BN adalah petanda ianya telah dimaaf dan diterima semula. Jika kalah bermakna neraka PRU 13 berada dihadapan.

Justru pemilihan calon perlu dibuat dengan berhemah, biar disukai semua dan bukan hanya untuk kepentingan satu-satu pihak. Pilihanraya kecil ini jangan dijadiakan bahan uji-kaji. Tetapi nampaknya sedari awal lagi sudah jelas ada pihak yang mencaturkan sesuatu. Kerana itu Khairy dari awal lagi dinobatkan sebagai pendekar kepada Pemuda UMNO, tujuannya apa? Hinakah jika Hishamuddin sendiri yang turun berjuang? Atau ini bukanlah gelanggang yang layak untuk Hishamuddin kerana terlalu kecil? Atau memang Hishamuddin memang seorang yang penakut? Penakut untuk turun berjuang atau pun penakut untuk menyatakan tidak kepada Khairy yang beria-ia benar hendak menunjuk kepahlawanannya.

Tidakkah Khairy masih ingat bahawa dia masih tidak disukai? Atau Khairy mengharap tuah untuk menang dan terus mengikis persepsi itu serta akan mendabik dada bahawa dialah juara dan jika kalah DS Najib akan dijadikan mangsa.

Masalah negeri akan sedikit sebanyak mempengaruhi pilihanraya ini nanti. Baca blog ini - http://jaranganakmelayu.blogspot.com/2008/12/yang-menguasai-dikuasai.html

Dengan segala permasalahan yang ada ini, juga melalui desus-desas yang kedengaran - saya memandang bahawa PRK P036 ini adalah hari esok yang suram. Jika BN kalah, salahkanlah Khairy dan Pak Lah, kerana mereka masih gagal mendengar dan mendapat isyarat dari akar-umbi, atau sengaja dengan rela untuk memberikan sesuatu yang sudah musnah kepada pengganti.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...