Suara Anak Pahang - Perlu Baca

07 May, 2009

DEMOKRASI YANG TIDAK DIHORMATI ~ Terkini - Sidang DUN Perak

Rusuhan Diluar Dewan di Perak


Pembangkan yang keras kepala dan
tidak menghormati demokrasi dalam sidang DUN Perak


Foto/Sumber: Malaysiakini


Kita menyaksikan dari kaca-kaca tv bagaimana demokrasi di Malaysia ini kian mati dan tidak dihormati. Pihak pembangkang sering menuduh bahawa kerajaan yang memusnahkan demokrasi tetapi sebenarnya mereka lah yang merosakkan dan tidak menghormati demokrasi dinegara kita ini.

Pada mereka demokrasi mesti sentiasa berpihak kepada mereka. Badan kehakiman mesti berpihak kepada mereka. Surat-surat khabar dan media-media lainnya juga mesti berpihak kepada mereka. Jika tidak bermakna tidaklah demokrasi menurut citarasa mereka.

Apakah demokrasi bermakna kebebasan berbuat apa-apa sesuka hati mereka? Kerana itulah atas nama demokrasi mereka anjurka segala macam huruhara. Mereka ada segala macam tunjuk perasaan dan rusuhan. Segalanya dilakukan hanya kerana inginkan mendapat faedah dan sokongan kepada mereka dan kumpulan mereka. Mereka tidak peduli apa akan jadi pada negara dan rakyat. Mereka tida peduli apa pandangan negara asing terhadap kesetabilan politik negara kita, bahkan mereka tidak peduli apakah iklim politik seperti sekarang ini mampu menarik pelabur asing melabur dan menjana ekonomi negara? Mereka tidak peduli jika ekonomi negara kita runtuh dan kita hidup dalam kedaifan.

Inilah cita-cita sebenar pemimpin pembangkang. Mereka hanya mahukan kuasa politik semata-mata. Mereka langsung tidak ada perancangan membangunkan negara. Kerana itu dalam kempen politik mereka tidak pernah mereka membincangkan secara serius pelan pembangunan ekonomi negara. Yang selalu mereka persoalkan adalah keburukan pemimpin-pemimpin kerajaan yang direka-rekanya. Mereka hanya dari kalangan yang hanya tahu menegur, menyatakan bahawa kerajaan tidak baik tetapi sebaliknya mereka lebih buruk lagi dan bahkan mereka bukan setakat gagal melaksanakan pembangunan bahkan mereka juga gagal merancang pembangunan itu. Dalam kata lain, mereka adalah dari kalangan orang yang bercita-cita jadi pemimpin tetapi kebodohan mereka tidak melayakkan mereka jadi pemimpin yang baik. Mereka juga terlibat dengan korupsi yang teruk, penyalahgunaan kuasa dan banyak lagi keburukan-keburukan lainnya.

Tahu kah kita apakah perbezaan besar antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Barisan Nasional berjuang untuk kesetabilan politik dan kesejahteraan rakyat sedangkan Pakatan Rakyat meminta rakyat nerjuang untuk mereka dengan menjadikan mereka benteng-benteng politik ketika tunjuk perasaan dan rusuhan. Apakah kita masih sanggup bodohkan lagi oleh Pakatan Rakyat dulu, kini dan selamanya? Ketahuilah bahawa ketika kamu berguling-guling bagaikan lembu ditengah jalan dan berjuang merempuh sekatan polis, pemimpin kamu sedang enak minum minuman yang segar dan dingin sambil memerhatikan kamu dengan senyuman sinis mereka sambil berkata - ' Lembu aku sedang berjuang!'

p.s;
Lihat apa yang sedang berlaku di Perak? Apakah mereka menghormati demokrasi? Saya cadangkan kerajaan ambil tindakan yang lebih keras. Hapuskan demokrasi ini jika demokrasi tidak dihormati. Apa maknanya demokrasi jika kehidupan kita tidak aman dan stabil? Istiharkan darurat dan sumbatkan semua mereka kedalam penjara supaya negara lebih aman dan makmur.

7 comments:

SARFAMS said...

Kasihan putera raja Perak... huhuhu...

TOK PERAI said...

Ampun Tuanku...maaf patik mohon bicara...

Reaksi Rakyat yang tidak hormati Raja...Melayu..

Anonymous said...

Kalau semasa BN dah dapat cukup majoriti dulu mengusulkan undi tdk percaya kepada MB,tentu keaadaan tidak sekecoh sekarang.BN tidak perlu terburu buru,sesuatu tindakan itu haruslah dinilai sebaik baiknya sebelum buat keputusan kerana jika kita terlalu nak cepat,kita selalunya akan buat kesilapan.Mungkin apa yang BN buat (di Perak) betul tapi masih kelihatan sedikit gopoh-kata Tun Dr Mahathir

masco said...

agak-agak kau la ape yang raja muda perak sound kat nizar dan ngeh tu, aku tengok sampai berubah muka anjing dua ekor tu..?

bERANIKAN hATI said...

Raja Muda Perak Kata: Hoi monyet, tak payah lah nak panjat-panjat dan berdiri atas meja sebab monyet pun ada otak. Yang patut buat keje cam ni hanyalah lembu-lembu yang boleh baring atas jalan di K.Kangso dulu,

Anonymous said...

Ptuih!!^ ptuih!!^ ptuih!!^

geefadzli said...

tak lah Abg BH...
putera raja tu ckp ...
apa yg ko merepek ni setannnnnnnn
(dailog haji bakhil) labu labi

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...