18 May, 2009

NIK AZIZ AKUI ADA RASUAH POLITIK DALAM PAS


'Sebenanyo Ambo Setuju Satu Malasia Ni, Oghe Gilo Jo Hok Tok Setuju Tu'


Akhirnya Nik Aziz mengakui hakikat yang sangat pahit untuk diterima oleh semua pihak terutama ahli-ahli PAS, yang selama ini disembunyikan dalam kalangan para pemimpin PAS bahawa ada berlakunya politik wang bagi membeli undi untuk mendapat jawatan tertentu dalam pemilihan parti.

Sebenarnya perkara ini bukanlah suatu perkara baru dalam parti PAS, bahkan ianya telah berlaku sejak lama dahulu namun ianya sangat cekap disembunyikan dengan memberikan nama yang lebih manis untuk mendapat ‘keredaan’ Allah (?) iaitu dengan memanggilnya derma ataupun sedekah. Dan gejala ini berlaku disegenap peringkat dan menular dengan cepat.

Selama ini pihak PAS hanya menuding jari kearah UMNO dengan melabelkan UMNO parti perasuah, namun kini ianya telah berbalik kearah muka mereka sendiri. Ibaratkan meludah kelangit, kini masanya muka mereka dipenuhi dengan ludah mereka sendiri. Malanglah bagi parti PAS, parti yang sering mengakui sebuah parti yang berlandaskan perjuangan Islam namun semua itu hanya retorik semata-mata. Hanya tinggal slogan bagi menarik undi dikalangan orang-orang melayu yang sudah tentunya beragama Islam.

Nampaknya jurang antara UMNO dengan PAS semakin rapat dan tidak lagi ketara akhirnya kerana apa yang UMNO lakukan dahulu juga dilakukan oleh PAS ketika ini. Yang membezakannya adalah hanya dari segi hukum kerana apabila dilakukan oleh UMNO segalanya akan jadi haram manakala apabila ianya dilakuikan oleh PAS maka hukumnya adalah halal – ini mengikut persepsi ahli-ahli PAS yang fatwanya dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin ulamak mereka.


Apabila kita mendapati kurangnya perbezaan dan banyaknya persamaan, maka eloklah dicari jalan penyelesaian. Satukan saja dan tolak segalah perbezaan yang ada itu.

6 comments:

YB Raz said...

akhirnya kebenaran terbukti kini. parti yang kononnya memperjuangkan islam turut mengamalkan salah satu dosa besar iaitu rasuah.

mana nak letak muka hahahaaa

suri said...

Salam,

Saya mengalu-alukan sebarang komen dari semua pihak tidak mengira fahaman. Namun biarlah konstruktif dan tidak lucah atau fitnah dan melulu.


http://penpusaka.blogspot.com

kelambuharimau said...

umno dikaitkan dengan rasuah..habis kalu dalam pas rasuah nak kata ape??
Anak tuan guru pun kalah bertanding guano..kalu tuan guru bertanding pun mesti ada yang lawan..bila dapat habuan silap-silap tuan guru pun tumbang.

Che Awe Donde said...

org klate

bagi saya politik dan wang adalah ibarat irama dan lagu.

Tidak akan dapat dipisahkan bila-bilapun.

cuma sebagai sesebuah parti kena gariskan politik wang yang macam mana yang dibolehkan dan yangtidak dibolehkan.

sebagai contoh

1. Si A bertanding untuk sesuatu jawatan di kawasan. Maka sudah tentu kwasan yg beliau akan wakili akan mengharapkan sesuatu dari si A.

maka akan dimintalah bermacam projek segera spt sumbangan atas pelbagai nama.

pada pandangan saya tak salah, kalau si A tadi memberi sumbangan kepada organisasi parti spt di peringkat cawangan atau bahagian.

yang salahnya memberi sumbangan itu terus kepada individu sebagaimana yang berlaku dalam umno.

Oleh itu ahli parti kena menetapkan sesiapa yang hendak dipilih mestilah siapa yang besar sumbangannya kepada parti dari segi, pengorbanan wang ringgit, tenaga, idea, ilmu, tulang 4 kerat,sanggup matri kerana perjuangan dan lain2 lagi sifat terpuji.

kalau dia pemimpin peringkat kg, cawangan, tengok sejauhmana keperihatinan dia terhadap penderitaan org kampung, adakah jenis yg penting diri sendiri, sombong dan lain-lain sifat yng buruk. kalu dia seorang baik budi pekerti, tinggi ilmunya, pemurah dll maka pemimpin jenis inilah yg sepatutnya dipilih oleh perwakilan.

akhir sekali tolaklah dan dakwa pemimpin yng jenis salah guna politik wang utk diri sendiri dan bukanya utk keutuhan parti.

Ingatlah pesan Rasulullah SAW. bawa pilihlah pemimpin yang lebih dari kalangan kamu.

takitu pun tak boleh nilai ,mana yang lebih baik dari kalangan kamu. bukannya YANG LEBIH WANG dari kalangan kamu.

TQ

geefadzli said...

salam semua..

Pemberian hadiah istilah pada PAS..
Pemberian rasuah istilah bagi BN..
Fatwa baru ke wahai Parti Islam M'sia...lu fikirlah sendiri

menyegar said...

Rasuah dlm pas halal kerana pas parti islam.Tapi rasuah dlm UMNO salahlah sebab UMNO bukan pas bukan parti islam.pas aje yg boleh buat parti lain tak boleh.Ini mengikut Fatwa ulamak pas lah kan..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...