Suara Anak Pahang - Perlu Baca

31 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: Apakah erti merdeka bagi kita semua?





Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Negara kita Malaysia diistiharkan merdeka pada 31hb. Ogos,1957.
Sejak tarikh itu, kita mengulang laungan kata-kata tersebut berkali-kali;
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Bagi generasi yang lahir sebelum merdeka, merdeka bagi mereka adalah memperjuangkan kebebasan rakyat bagi membentuk sebuah negara yang bebas dari penjajah. Mereka perjuangkan kemerdekaan ini dengan hati nurani mereka. Mereka berkorban dengan tulus dan ikhlas. Rakyat diseluruh negara berkorban harta dan benda untuk tujuan ini. Untuk memungkinkan Tengku Abdul Rahman berangkat ke England bagi merundingkan kemerdekaan, seluruh rakyat menghulurkan derma. Pada saat itu kita menyaksikan orang-orang melayu termasuk dari kampong-kampong di pedalaman sanggup melucutkan rantai dan gelang mereka untuk melihat impian ini menjadi nyata.

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Apabila kemerdekaan dicapai, kerajaan mengisinya dengan pembangunan. Setiap rakyat menerima semula balasan dari apa yang disumbangkan. Pembangunan dimerata-rata, pertanian dimajukan dan kerajaan memberikan subsidi dalam banyak perkara bagi membantu rakyat untuk mengecapi kemajuan dan kemerdekaan yang diperjuangkan selama ini. Kerajaan membantu dalam setiap perkara; dari nelayan dan petani kepada perniagaan dan pelajaran. Anak-anak merdeka belajar dengan bantuan kerajaan sehingga keluar negara bagi membentuk satu masyarakat yang akan membangunkan negara dan menjadikan negara sebuah negara moden.

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Apakah erti merdeka bagi kita semua apabila tangan yang memberi kita gigit? Pelajar-pelajar yang dihantar keluar negara yang diberikan biasiswa dengan tujuan membangunkan negara tetapi yang dipelajarinya adalah untuk menjadi kurang ajar. Disana mereka diajar untuk mengecam kerajaan sehingga kepala yang datang putih bersih bertukar menjadi hijau. Disektor awam, mereka yang digajikan kerajaan untuk menjalankan tugas bagi membela rakyat tetapi mereka manyampaikan dakyah memburukkan kerajaan. Sehingga tiada yang putih melainkan hijau belaka. Dikampong-kampong disetiap masjid dan surau yang kerajaan bina untuk tempat beribadah dipenuhi dengan tohmahan dan caci-maki politik memburukkan kerajaan sehingga masjid yang putih menjadi hijau semuanya. Merdekakah kita kerana membentuk masyarakat kurang ajar?

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Anak-anak yang lahir zaman ini, dari ibu bapa yang mempersendakan kemerdekaan itu, akhirnya meraikan kemerdekaan ini didisko-disko dengan pelbagai pil khayal, meraikan kemerdekaan dijalan-jalan raya dengan aksi rempit yang menakutkan. Ibu bapa mereka merestui mereka menjadi peragut, panagih, penyalah gunakuasa, perasuah, penzina, perogol bahkan peliwat!!! Inilah balasan bagi kemerdekaan sebuah negara. Segala bangsa yang dahulunya bersatu padu dan hidup dalam rukun dan aman damai kini di hasut untuk berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri. Apakah ini erti merdeka bagi kita semua?

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Bila kita tidak berterima kasih kepada apa yang kita ada dan terima selama ini. Bila kita tidak menghargai tangan yang memberi. Bila kita secara sedar atau tidak telah membina masyarakat yang akan menghancurkan negara sendiri. Bila kita sudah tidak menghormati Raja dan negara. Bila kerana taksub kepada sesuatu anutan terhadap parti politik tertentu sehingga kita sanggup seperti lembu berbaring dijalan raya menunjuk sikap biadab dan kurang ajar kepada Raja kita sendiri. Bila kita menggunakan agama untuk kepentingan politik sendiri.

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Yang bernama bangsa melayu...


Klik untuk baca blog seorang sahabat lama yang hampir dilupakan: Kita bukan mengejar mimpi

5 comments:

.@blogger.com said...

Salam dan Selamat Menyambut Merdeka,
Sebelum 'dia' dtg dan berikan komen, pemilik nak nasihatkan sesiapa yg blognya dah lama tak update, silalah update-kan ~ bRAVEhEART

YANG GAMBI said...

Salam,

Mereka tidak akan merasakan merdeka selagi tidak dapat menghapuskan UMNO sebuah parti Melayu yang dilebelkan 'haram' oleh puak-puak 'khawarij' kerana memperjuangkan kebangsaan.

Mereka sudah merasa malu untuk mengaku mereka bangsa Melayu semata-mata untuk mendapatkan jawatan....

Sebenarnya mereka terlalu takut kalau Melayu berterusan disebut kerana perkataan Melayu inilah, jawa, banjar, bugis dan lain-lain etnik Melayu bersatu dibawah satu panji.

Inilah mereka, sekiranya Melayu terus memperjuangkan bangsa, selagi itulah mereka tidak akan dapat bertapak untuk memecahkannya.... sebab itulah puak-puak 'khawarij' ini merubah perjuangan dari bangsa kepada Islam sahaja untuk memecahkan perpaduan Melayu....

srikandi melayu said...

salam penunggu blog..

tunggu sapakah sidia tu bh oii.. pasal blog2 yg lama tak update tu, seri tolong jawabkan sbb blog seri pun lama tak update gak.. wpn lama tak update tapi setia jugak memberi komen tampa jemu disini.. hehehehe.. kira masih hidup dan wujud lagi lah tuan punya blog tu bh!!!

ababina 328 said...

Sahabat,

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia......

Semoga Malaysia aman sentosa selalu...

.@blogger.com said...

Salam,
Terima kaih kepada sahabat yg memberikan komen terutama sdr ababina yg selalunya kami berlainan pendapat namun seperti saya selalu katakan kita mencari persamaan didalam kelainan itu. Teruskan menulis.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...