03 September, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: MEMBUKA SYURGA UNTUK ORANG BUKAN ISLAM SERTAI PAS

Buak aponyo tok cayo ko ambo, ayah pin pon doh gi ko kerajoay langit




Kota Bharu: Muysidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Isalam selaras dengan dasarnya yang tidak berteraskan perkauman, dan bukan Islam juga boleh memegang jawatan dalam kerajaan jika mempunyai kefahaman mengenai Islam.

Beliau berkata, idea membenarkan keahlian PAS dibuka kepada bukan Islam sudah lama dibangkitkan di kalangan pemimpin dan ahli parti itu, tetapi sehingga kini tidak dapat dilaksanakan kerana ada pihak menyifatkan belum tiba masanya - Berita Harian, Rabu 2hb September 2009.



Syabas kepada yang bertanggung jawab membuka dan menutup syurga untuk sesiapa saja yang mereka suka bila menyertai parti mereka. Inilah idea yang paling bijak pernah diilhamkan oleh puak ini. Apabila MCA dan MIC hanya berkerjasama dengan UMNO dalam satu parti gabungan BN mereka jatuhkan hukum haram kerana berkerjasama dengan kafir harbi. Sudah tentulah hukumnya halal bagi mereka yang bukan saja berkerjasama dengan kafir harbi bahkan bersama menjadi ahli dalam satu parti yang 'kununnya' memperjuangkan Islam.

Akhirnya perlahan-lahan mereka dengan sendiri membuka pekong didada dan menunjukkan segala kebusukan yang mereka simpan selama ini. Saya suka slogan yang mereka pernah war-warkan - 'Agama dan Politik tak boleh dipisahkan'. Mungkin nanti mereka akan tampil dengan slogan baru - 'Agama (pun) boleh dipolitikkan'

Beza antara ulamak kerajaan dengan ulamak politik adalah - ulamak kerajaan memberi ceramah tanpa bayaran sedangkan ulamak politik memberi ceramah dan menerima bayaran (hasil derma yang dipungut), bolehlah juga membantu ulamak-ulamak ini hidup mewah kerana ahli berjuang untuk mereka.


Baca sini dan sini

2 comments:

Anonymous said...

Baguslah artikel nih..
tolong2 perbanyakkan lagi supaya jelas menunjukkan yang umno mengamalkan Islam tanpa IMAN!!!

Anonymous said...

Betul tu, supaya nampak juga bahawa PAS ni mmg parti yang haramjadah dan pengikut nya juga telah terlalu terpesong dan taksub tahap kaldai.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...