KOTA BARU, 29 Mei — Di tengah-tengah Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Nasional (PKR) yang menjadi tumpuan dengan isu lompat parti, seorang perwakilan selatan Semenanjung mencuri perhatian dengan mendedahkan terdapat sebilangan pemimpin PKR di Melaka yang berpotensi untuk keluar parti.
Apa yang menarik isu lompat parti di Melaka timbul walaupun PKR belum ada wakil rakyat di negeri itu.
Abdul Wahab Ibrahim dari Melaka dengan suara lantang menegaskan, majlis pimpinan Melaka telah menghantar laporan kepada pejabat Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berhubung perkara itu.
Beliau yang merupakan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar selepas sidang kongres ditangguhkan sementara untuk sesi minum petang menasihatkan Anwar yang juga Penasihat PKR agar berhati-hati.
“Yang selalu tikam kawan ini, kawan (sendiri). Jadi Datuk Seri (Anwar) kena hati-hatilah. Kita sayang Datuk Seri ini, kita tak larat (dengan isu lompat),” kata beliau.
Kata Isac: Itu kata Zuraidah, nak marah marah dia
Kata BH: Nak tikam, tikam belakang Zuraidah ni, supaya mulut dia senyap sikit nanti
1 comment:
alam bro, kalau macam tu, bolehlah PKR anjurkan pertandingan lompat katak..... siapa paling jauh melompat..... kah..kah..kah..
Post a Comment