27 May, 2010

LAGI KEGIATAN 'LIWAT' DI CAMERON HIGHLAND

Gambar hiasan: Pencerobohan tanah Orang Asli di Chini



Lagi dilaporkan kegiatan pencerobohan tanah secara haram berlaku di tanah tinggi Cameron Highland. Peneroka haram berkenaan seumpama meliwat tanah-tanah kerajaan yang sebenarnya lebih penting kepada pengekalan alam sekitar dari soal ekonomi dan komersialnya.

Berita di TV3 semalam menyiarkan tentang isu meneroka hutan tanah tinggi secara haram. Ini entah kali keberapa Karam Sing Wallia terpaksa turun naik Cameron Highland namun isu ini tidak pernah selesai.

Kerajaan Pahang kelihatan terlalu...TERLALU lemah dalam isu penjagaan alam sekitar. Kalau tidak silap, timbalan menteri alam sekitar juga dari pahang.

Soalnya, kenapa isu ini tidak pernah selesai dan berulang-ulang? Dimanakah kelemahannya dan kesiapannya?

Dengan keluasan tanah yang sedemikian besar mustahil tidak ada satu pun biji mata yang nampak akan pencerobohan itu berlaku?

Apa lagi jawapan yang dapat dan mampu rakyat beri selain dari menuduh ada belakunya rasuah. Mungkin juga melibatkan banyak pihak dan berbagai jawatan kerana tidak ada satu pun biji mata yang nampak menyakinkan bahawa semua biji-biji mata telah dikaburi dengan 'rmrmrmrmrm'.

Pegawai rendah mungkin terlibat, pagawai tak tinggi dan tak rendah juga mungkin terlibat, pegawai tinggi juga mungkin terlibat dan yang di Kuantan tak akan tak nampak juga atau mungkin juga teribat?

Apa yang pemimpin kerajaan lakukan jika tanah air pun mereka tidak mampu pertahankan. Cukuplah ber-retorik pada setiap kali perhimpunan UMNO berteriak membela agama,bangsa dan negara. Rakyat sudah semakin benci dah hilang kepercayaan.

Menurut pegawai yang di interview itu, tindakan keras akan diambi terhadap pihak berkenaan termasuk mengembalikan keadaan seperti sediakala. Soalnya, apakah bontot yang telah diliwat boleh dikembalikan terunanya seperti sediakala?


2 comments:

Anonymous said...

Dah bertahun tahun perkara ini berlaku dan dah berkali-kali didedahkan namun ia tetap berlaku kini dan akan datang selagi Pegawai Daerah dan kuncu2nya buta mata dengan rmmmmmm Kuantan jauh nak memantau nak pergi Cameron Highland pun kena ikut jalan negeri lain, jadi Pegawai Daerah jadi raja sakanlah kalau orang dtg bagi kenyataan kita akan ambil tindakan tegas KELAK! orang balik dia pun senyap macam biasalah.....makan besar dengan taukeh2 kat Brincang sambil ketawa terbahak2...ha..ha..ha

bRAVEhEART said...

Orang politik ni pun satu, bila bercakap berapi-api; Demi agama bangsa dan tanah air, tapi hakikatnya tanah kubur sendiri pun tak boleh nak jaga, bontot sendiri pun kadang2 orang dah congkil sebab mereka sibuk burpppp! sesama mereka diatas sana dan rakyat tidak dipedulikan

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...