09 May, 2010

PUAK KHAWARIJ BAGAIKAN ANJING....

Allahuakbar! Hidup Palestin! Take beer!
Ini antara lembu Pas yang dah hilang akal yang meletakkan martabat mereka sama seperti...yang selalu kita nampak di tengah jalan di kampong-kampong


Puak Khawarij bagaikan anjing menyalak bukit. Meriuhkan suasana malam yang hening bahkan menganggu kesepian malam. Soalnya apakah yang mereka perjuangkan dan untuk siapakah perjuangan mereka itu?

Sahabat saya 'Pena Minang' tidak mampu menahan resah dan amarahnya terhadap puak-puak ini, yang berjubah dan berserban namun bertopengkan Islam untuk kepentingan politik mereka.

Pelbagai cercaan, gelaran, tuduhan dan makian dihamburkan terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria oleh para penyokong Pas yang sering mendakwa merekalah pejuang Islam. Telatah mereka ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini terutama sejak Mursyidul Am mereka menulis satu surat terbuka memperlekeh peranan Mufti Perak dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas selepas Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

Saya langsung tidak terkejut dengan gelagat pemimpin dan penyokong fanatik parti tersebut sekalipun mereka mempamerkan ‘pakaian agama’ kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah banyak memperingatkan kita dengan golongan sebegini pasti akan wujud terutama di akhir zaman ini.

Eloklah kita mengambil ingatan dari Rasulullah s.a.w. berkenaan ciri-ciri Khawarij dalam banyak hadith sahih. Khawarij dianggap sebagai kumpulan sesat yang terkeluar daripada kelompok Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ideologi dan tindakan mereka dihukum sebagai menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, meskipun pada zahirnya mereka nampak sangat beriltizam dengan ajaran agama.

Bukan maksud saya untuk menuduh bahawa mereka itu adalah Khawarij tetapi supaya mereka sedar bahawa mereka telah membayangi ciri-ciri Khawarij yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith berikut:

“Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan al Quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka al Quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca al Quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum ‘Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah pada Hari Kiamat.”
[Hadith Riwayat al Bukhari] - (Sambung baca di blog Pena Minang)



4 comments:

Jeepers Creepers said...

biasalah puak pas ni memang teruk. tak pernah nak insaf.sentiasa merasakan merekalah yang terbaik amal ibadat, terlebih islam dari umat islam lain.

mereka sangka pas itu bererti islam padahal islam itu ada dimana mana diseluruh dunia. tapi pas cuma ada di malaysia. mereka lupa mereka ibarat setitis air tawar ditengah lautan. tapi perasan macam lautan itu ditengah tengah tasik ait tawar.

pas memang hampas.

bRAVEhEART said...

Salam,
Terima kasih YB Raz, hakikat Pas bukan Isalan dan Isalam bukan Pas ini tak ramai yang sedar dikalangan orang Pas. Yang sedar dan faham pun buat2 tak faham kerana kepentingan politik semata2. Memang hakikatnya Pas adalah hamPas. Apsal Nik Aziz tak bersuara pasa RM4 juta untuk perang saraf tentang BN di Kelantan? Apasal orang2 Pas pejam mata? Kehkehkeh, kalau dah lahir dikalangan lembu tak akan dapat menjadi singa. Awk dah mengundi tak sokong Dato' Nan kekal MB Pahang? Dia pun bukan sokong blogger macam kita ni.

anak ghaje benua keling said...

kat ruangan komen tu ada 2 puak khawarij.....kahkahkah....dia pun tahu memang diua dari golongan puak khawarij....yg lulus lesen judi tu puak apa pulak tu....mufti yg mendiamkan diri ke atas pemerintah yg membayar gaji nya....luluskan le3sen judi tu dan mcm2 kemungkaran yg di lakukan oleh umno spesis kufar ni....mufti pulak dah bertukar jadi apa ye.....mau pitih.....kahkahkah

Anonymous said...

anak ghaje benua keling,

Meluluskan lesen judi tetap haram dan berdosa.Tapi lebih dasyat mereka yg memerangi saudara seagama dan berbaik2 dengan penyemba berhala.Saya rasa saudara faham dan mengakui kebenaran hadith yg dibentang,kerana itulah sdr marah sangat. Umno tidak memerangi Pas,bahkan Umno berhasrat mengujudkan kerjasama yg sihat. Tetapi Pas menolak dan sanggup pula bekerjasama Dap yg menentang islam.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...