10 May, 2010

LANGKAH SUMBANG MEDIA BARU PAHANG?


Gambar: Perjumpaan pertama dengan aktivis Media Baru Pahang pada 17hb. Jun.2009


Dimana dan apa yang silapnya saya tak tau. Tetapi demikianlah usaha apa yang dipanggil Unit Media Baru di Pahang. Permulaan yang baik dengan mengadakan pertemuan Pertama dengan aktivit-aktivis Media Baru namun kemudiannya ianya hilang begitu saja. Tidak ada susulan bahkan tidak juga ada pengakhiran. Bagaikan mati tanpa kuburan.


Ini generasi kedua, UMB Pahang. Muda, hebat dan mantap.
Temui mereka di facebook. Membentuk kumpulan keecil yang semakin mengecil.



Tiba-tiba kita dengan ketua pasukan bertukar tangan. Kumpulan pertama habis dicantas dan dibuang. Memang bagus kumpuan baru yang muda dan bertenaga. Ibarat jika beristeri dua, yang muda mestilah benar-benar muda kerana itu akan mencabar tenaga kita (gamaknya lah, itu kena tanya orang itu).

Malangnya yang kedua entah apa juga yang tak kena, semuanya berkumpul dilaman facebook belaka. Blog tidak ada yang pedulikan, terpaksalah yang tua bangka dan terbuang ini menyambung wawasan. Kesian Yang Gambi, sebab dia pun bukannya muda lagi. Facebook nak jaga blog juga nak jaga.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah pemimpin hanya memilih bulu atau
cukuplah dengan seorang saja yang bernama blogger? Dato' pesara politik itu seorang saja yang Pahang iktiraf sebagai blogger?. Dulu khabarnya dia menyinsing kaki seluar kini sudah menyinsing lengan baju. Dengar khabar juga ada yang 'burrrp' dan dah terlena.

Kalau ada PRK secara tiba-tiba, kenalah kita gunakan pejuang-pejuang dari negeri lain untuk membantu kerusi MB. Kerana pejuang-pejuang Pahang kerisnya sudah tumpul-tumpul belaka, tikam batang pisang pun mungkin dah tak lut. Tetapi tidak mengapa sebab UMNO Pahang masih kuat. Rakyat akan terus berikan sokongan. Rakyat masuih mahukan MB terus dikekalkan. Ini terbukti dari undian yang kita buat diblog ini. Khidmat yang cemerlang dan gemilang, mungkin diakhirnya saja nanti akan terbuang dan melayang.




3 comments:

Anonymous said...

Salam. Bro bercakap macam orang frust jer. Lebih baik tinggalkan saja parti biru karat tu daripada hati semakin sakit. Carilah parti alternatif yang difikirkan lebih memberi menafaat dunia dan akhirat

sembang kedai kopi said...

Salam.Boleh link kan saya kat blog BH?.blog saya http://wwwsembangkedaikopi.blogspot.com

bRAVEhEART said...

Terima kasih anon, ini bukan masalah parti, ini masalah individu, masalah pemimpin dan dalam parti alternatif pun ada juga yang seperti ini, kan? kan? Hehe!

Sembang Kedai Kopi, insyallah akan saya linkkan nanti, tapi biar saya semak dulu kandungannya. Terima kasih kerana menaruh harapan dan seumpama menghargai saya, kita bersaudara.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...