Pegawai dan Pemimpin bangsa Melayu tak tolong Melayu
Kadang-kadang saya terfikir bertapa malang menjadi bangsa Melayu di bumi Malaysia (dulunya Tanah Melayu) ini. Dari sekecil-kecil hal sehingga sebesar-besarnya, bangsa Melayu hanya melukut ditepi gantang. Macam Pak Kadok, ayam menang kampong tergadai!
Saya sedar ini bukanlah suara saya seorang saja, banyak lagi pihak yang menyuarakan yang serupa cuma mungkin mereka tidak tahu bagaimana dan dimana hendak bermula.
Mari saya mulakan dan kita lakarkan satu persatu bagi melengkapkan dakwaan bahawa Melayu bangsa yang malang;
1. Dalam PRK di HULU Selangor, Melayu majoriti tetapi wakil rakyat bangsa lain
2. Dalam usaha memancing undi peruntukan berjuta-juta diberikan kepada Cina sedangkan mereka tidak menyokong kerajaan, Melayu yang setia menyokong hanya berputih mata
3. Melayu berpecah kepada beberapa kelompok parti yang berkerat rotan sesama sendiri sedangkan Cina bersepakat memilih calon dari kalangan mereka, mereka tambah kuat dan kita tambah lemah
4. Dalam memohon tanah, Melayu patuh pada peraturan memohon dan menunggu kelulusan yang akhirnya tidak pernah dipertimbangkan sedangkan bangsa lain menceroboh secara haram akhirnya terpaksa kerajaan luluskan
# Mari bersama kita penuhkan lagi alasan dengan menghantar komen anda.....
1 comment:
itu merupakan kenyataan yang amat tepat...dan lebih menyakitkan sedar atau kita Umno sebenarnya berjuang seorang diri...
Post a Comment