07 September, 2010

ANAK PEMIMPIN BUKAN BERJIWA PEMIMPIN DAN TIDAK TAU ERTI PERJUANGAN

Hiss!! Kalau sebab cium keris kena paksa minta maaf dan dengan ketakutan meminta maaf, mana keberaniannya? Perjuangan apa lagi yg boleh dilakukan untuk agama, bangsa dan negara?
Mereka lahir dalam istana dan tak tau erti perjuangan, cuma berharap rakyat mengangkat mereka keatas. Mereka tidak layak memimpin rakyat sebenarnya.


Saya merujuk kepada posting semalam, mengenai kaum cina yang menghina Melayu dengan semangat perkauman mereka aka rasis. Semakin hari memang semakin banyak tersebar berita mengenai kaum cina menghina Melayu bahkan menghina agama Islam itu sendiri yang sudah termaktub sebagai agama resmi Malaysia.


Saya masih persoalkan perkara sama; kenapa terlalu lemah pemantauan pihak kerajaan? Kenapa menteri amaran tidak pernah atau tidak berani mengambil tindakan? Apakah harus menunggu sehingga akan berlaku 13 mei sekali lagi?


Malangnya adalah apabila ada suara dari bangsa Melayu ingin menangkis dan melawan tindakan dari kaum lain, maka kerajan akan dengan segera mengambil tindakan terhadap orang Melayu sehingga orang Melayu menjadi takut dan rasa ditakut-takutkan. Apakah pemimpin Melayu berhasrat hendak menghilangkan jatidiri bangsa Melayu? Lalu menjadikan bangsa ini sebuah bangsa yang penakut dan bodoh, walaupun bangsanya dan agamanya dihina?


Saya rasa sudah tiba masanya kabinet melakukan perubahan dengan menukarkan menteri berkenaan, hisss!! kepada orang lain yang lebih berani berjuang untuk bangsa dan negaranya. Rupanya anak-anak pemimpin tidaklah berdarah berani berjuang, mereka hanya menumpang mampu nama bapa mereka semata-mata. Ini terbukti dengan jelas bahawa mereka bukan orang perjuangan.Lihatlah dari atas ke bawah, semuanya sama saja.


Baca posting dari House PK dibawah ini:

Di dalam media siber, kaum Cina terus-terusan menghina Melayu dan Islam tanpa dikenakan tindakan. Ini menyebabkan lebih ramai kaum Cina bangkit ‘menyerang’ Melayu kerana tahu mereka akan tetap terlepas.


Kaum Melayu pula semakin kehilangan sabar dan membuat serangan balas. Walaupun serangan balas kaum Melayu tidak sehebat kaum Cina kerana tidak didokongi politikus, tetapi momentumnya juga semakin meningkat hari demi hari.


Pembangkang pula secara terang-terangan membela kaum Cina yang menyerang Melayu. Melalui satu forum yang mereka adakan, pembangkang bagai membuat kenyataan bahawa menghina Melayu dan Islam itu adalah sifat patriotik.


Hari ini, Melayu semakin tidak sabar, dan Cina pula seolah-olah tidak akan berundur. Sikap ini membawa Malaysia ke ambang ketidakstabilan. Jika ini berterusan, negara ini pastinya akan mengalami huru-hara.

klik ke blog House PK

1 comment:

arinTaker gangsta papa said...

setuju kalO najib rOmbak kabinet. patutnya dr hr tu lg dh. xpe la kalO next PRU BN still menang. harap2 dia x terpilih utk apa2 pOrtfOliO.

ayat famOus: sy bg amaran. mereka tidak akan terlepas.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...