Hiasan: Setakan ini hanya TDM mampu mengekang keegoan LKY
Wajar beliau dilantik sebagai Menteri Penasihat dalam kabinet DS Najib
Malaysia tidak pernah menganggap Singapura sebagai ancaman namun Singapura dibawah LKY sentiasa menjadikan Malaysia sebagai alat provokasi menakutkan rakyat Singapura seolah-olah Malaysia adalah satu ancaman besar bagi Singapura.
Berikut saya siarkan sebuah catatan dari blog seorang sahabat saya, namun terdapat sedikit ubah suai dan susunan semula bagi tujuan memudahkan pemahaman dan kelancaran pembacaan. Posting asal dari blog SUARA MAJLIS tulisan Dato' Azizan Yaakob. (Klik sini)
Lagenda Nusantara di abad ke13 mengisahkan tentang seorang raja mengarahkan rakyatnya di Temasek menggunakan betis sebagai benteng serangan ikan todak.
Di takdirkan, muncullah seorang budak yang memerhatikan kedunguan raja dan pembesar-pembesar menjadikan rakyat sebagai benteng pertahanan, maka ramailah rakyat mati bergelimpangan. Budak itu tampil menasihatkan raja supaya banteng manusia itu digantikan dengan batang pisang. Logiknya, apabila todak melanggar batang pisang akan tembus dan melekat lantas todak berkenaan mudahlah untuk dibunuh
.
Raja menerima buah fikiran itu dan ternyata berjaya. Bagaimanapun budak itu dibunuh kerana keegoan raja tidak mahu ada yang lebih pintar mendiami pulau tersebut atas nasihat dan hasutan para pembesarnya.
Lagenda ini terlalu futuristik. Ada banyak futuristik penglipur lara dari zaman kezaman. Sekitar 1960an P. Ramlee mengarah dan melakon layarkan "orang jual orang" dalam banyak siri filemnya. Hari ini kita sibuk dengan perkataan lain " permedagangan manusia" yang benar-benar menjadi perusahaan yang menguntungkan !
Selepas sekitar 600 tahun lagenda Singapura dilanggar todak, peristiwa itu kembali menjadi realiti masyarakat Singapura selepas merdeka dari Malaysia 1965 hingga sekarang.
Singapura adalah sebuah negara demokrasi. Demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat untuk rakyat sepertimana yang semua kita memahaminya. Demokrasi adalah keputusan berdasarkan suara terbanyak.
Mengikut catatan, terdapat tidak kurang lapan pertubuhan parti politik di Singapura iaitu; PKMS ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), PKS (Parti Keadlian Singapura), PRS (Parti Rakyat Singapura), PSN (Parti Solidariti Nasional), PDS (Parti Demokratik Singapura), PP (Parti Pekerja/Workers Party), DPP (Demokratik Progressive Party) dan PAP (Peoples Action Party).
Sebenarnya walaupun diadakan pilihan raya umum Singapura, namun akhirnya setiap kali itu juga PAP menang semua. Tidak ada parti lain berjaya menyaingi kekuatan PAP. Oleh itu PAP memerintah secara mutlak . Hakikatnya, Singapura diperintah melalui system ‘Satu Parti’ dan pembangkang hanya dilantik dari parti-parti politik yang tewas mengikut cita rasa PAP.
Di dunia ini banyak negara diperintah melalui sistem ‘Satu Parti’. Yang pasti adalah negara-negara dengan sistem beraja (absolute monarchy), pemerintahan parti komunis, pemerintahan tentera, pemerintahan dictator, regim rampasan kuasa dan lain-lain termasuk negara demokrasi yang tidak liberal demokrasi seperti Singapore . Menampakannya demokrasi hanyalah kerana adanya pilihan raya umum, itu sahaja.
Dalam konteks negara mundur dan negara sedang membangun atau negara yang merdeka selepas perang dunia kedua, semuanya mengaku bahawa mereka memerintah secara demokrasi hatta negara yang diperintah oleh regim rampasan kuasa pun mengakui mereka demokrasi. Mereka mentafsir demokrasi itu bersandarkan helah mereka.
Mengapa saya kata Singapura tidak demokratik? Mustahil di sesebuah negara demokrasi calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya dari berbagai-bagai parti tidak ada seorang pun yang menang. Ini mesti ada masalah yang ‘terkurung’ jika dikaji secara dalam. Tidak mungkin sentiasa akan begitu kerana sebaik manapun parti politik pemerintah mesti ada kelemahannya. Amat mustahil juga parti-parti yang bertanding menghantar calon-calon yang sangat lemah dan tidak berwibawa.
PAP pasti menyekat sedaya-upaya mana-mana ahli politik bijak dari parti lain kerana mereka tidak mahu ada model atau idola yang rakyat boleh lihat kepimpinannya dan kelak akan mempengaruhi fikiran rakyat. Ia sangat bahaya kepada system pemerintahan mereka. Jika terjadi juga, maka mereka akan kawal dengan cara lain, setidak-tidaknya dengan memperlahankan volume suara melalui berbagai sekatan.
Tujuannya adalah bagi memelihara kuasa nepotisma dan kronisma dinasti politik PAP turun temurun. Mana-mana pihak yang lantang akan disanksi hingga tidak bersuara lagi.
Diversi selalu dilakukan kepada rakyat Singapura supaya tidak focus kepada apa yang berlaku disekitar kehidupan politik mereka. Rakyat Singapura selalu ditakutkan dengan Singa, harimau atau naga dikalangan negara tertangga yang hampir seperti Malaysia dan Indonesia . Malaysia selalu menjadi mangsa provokatif pemerintah republik demokratik pulau itu.
Terbaru, LKY mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap kaum lain. Kita tidak faham apa yang tersirat, melainkan apabila majoriti rakyat Malaysia ‘melompat’ dia akan kata " look at your enemy!" kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati dengan 'musuh' diMalaysia. Rakyat Singapura akan kecut perut!
Inilah yang dilakukan oleh LKY sepanjang kehidupan dan karier politiknya. Sesungguhnya Malaysia tidak pernah terfikir bahawa Singapura sebagai jiran terdekat adalah musuh nombor wahid. Namun demikian Singapura tetap dan sentiasa mengujudkan sensitiviti kepada rakyatnya dengan berbagai persediaan seolah-seolah bila-bila masa akan berperang.
Kita percaya bahawa selepas LKY sudah tidak ada lagi nanti gaya politik sedemikian. Fikiran rakyat Singapura akan lebih terbuka dan bebas kerana tidak ada lagi ‘penyakat’ seperti LKY yang akan sentiasa menakut-nakutkan mereka. Kepimpinan baru juga akan lebih bebas dari menyakat rakyat, kerana tidak ada keuntungan memerintah rakyat dalam psikologi sentiasa ketakutan.
Rakyat Singapura juga kelak akan lebih terbuka dalam memilih kepimpinannya di dekad mendatang. Calon-calon yang baik dari parti lain akan menang dalam pilihan raya apabila berlaku tsunami politik di negara pulau itu suatu hari nanti. Itu saya pasti dan hanya masa akan menentukan.
No comments:
Post a Comment