01 September, 2010

MERDEKA? - PELAJAR IPT BINGAI DAN TIDAK FAHAM SEJARAH



SALAM MERDEKA !

Selamat Menyambut kemerdekaan ke 53 kepada semua rakyat Malaysia. Semakin lama kita semakin tidak menghargai erti kemerdekaan itu. Semakin kita tidak menghargai kemerdekaan. Apa yang tidak kena pada bangsa Melayu ini? Apa yang tidak kena pada Rakyat Malaysia ini?


Saya merauyau-rayau dilaman face book dan saya menemui lakaran bendera diatas, juga kata-kata yang ditulis oleh seorang pelajar disebuah pusat Pengajian Tinggi Awam kita. Nampaknya itu satu provokasi mungkin juga hasutan.


Ini apa yang dituliskan:

SANG SAKA MERAH PUTIH MMENGANTIKAN jalur AMERIKA!!!!!!!!ketahuilah pejuang2 AWAS,PKMM, berjuang menghancurkan ekonomi ingeris di tanah melayu!!! penjilat british konon2 berpakat merunding kemerdekaan!!! 53 tahun diperbodoh sejarah.....

aku tak percaya pada kemerdekaan melalui rundingan!
kita bukan pengemis! ini tanah kita!! mengapa berunding dengan penjajah bangsat!!!!!


Apa yang saya fahami maksudnya adalah:
1. Bendera berkenaan dimaksudkan menggantikan 'Jalur Gemilang'
2. Menyokong PKMM yang kononnya berjuang menghancurkan ekonomi Inggeris di Tanah Melayu.  
3. Kononnya UMNO penjilat Inggeris dan merunding kemerdekaan Tanah Melayu.
4. Kononnya Rakyat diperbodohkan selama 53 tahun ini.




Apa silapnya sistem pendidikan kita sehingga anak bangsa yang kita didik akhirnya membesar songsang dan mengkhianati kita pula? Dimanakah ruang kosong dimana dapat pihak pembangkang meloloskan diri mereka dan menghasut para pelajar sehingga mereka percaya bahawa sejarah kita tidak seperti yang kita tahu selama ini?


Satu perkara yang saya amat sedari adalah; golongan muda dan pelajar ini meresakan mereka sangat pintar dan terpelajar sehingga mereka merasakan bahawa mereka adalah pejuang menentang kerajaan. Mereka semakin hari semakin jauh dari kita dan semakin hari mereka semakin sukar untuk kita bawa kembali kepada asal.

6 comments:

Yb Raz said...

eloknya orang sebegini dihantar terus ke indon sana..suka sangat dengan indon.

Anonymous said...

SIASAT DAN CARI PENULISNYA.ORANG MACAM NI KALAU DIBIAR LAMA-LAMA AKAN JADI PNGKHIANAT KEPADA BANGSA DAN NEGARA.BERTINDAK SEBELU MENJADI BARAH KEPADA NEGARA.ATAU MUNGKIN ADA INDON YANG MENUNTUT DI SINI SAJA BUAT KACAU. KALAU BETUL DIA NI INDON HALAU DARI NEGARA NI DENGAN SEGERA.(KDN SATU LAGI KERJA RUMAH UNTUK MU)

hilbert said...

Salam Merdeka BH,

Saya rasa memang kerajaan kita hari ini agak lemah.

Lemah memahamkan rakyat erti kemerdekaan.

Lemah dalam mengawal kebebasan yang dimulakan oleh Pak Lah dulu.

DS Najib belum mampu mengatasi kelembapan kelemahan pentadbiran warisan Pak Lah dulu.

sekarang kita lihat sesiapa saja bebas sebebas-bebasnya, buat apa saja payah KDN utk bertindak kecuali mampu bagi amaran saja! hmmmmmmm

bRAVEhEART said...

Salam Merdeka,
Sahabat saya YB Raz, Hilbert dan juga anon. Kita telah jalankan tanggungjawab kita untuk menyuarakan apa ada dalam hati rakyat semua, hanya terpulang kepada para pemimpin kita yang bijaksana untuk mengambk tindakan kerana kuasa itu telah kita serahkan pada mereka. Andai mereka tidak mampu, eloklah mereka letak jawatan dan serahkan pada sesiapa yg lebih berani dan bertanggugjawab.

tungkaran hati said...

kepada pemimpin Melayu khasnya yang ikhlas lakukanlah perubahan yang membina sahsiah bangsa tanpa meminggirkan sejarah bangsanya sendiri....dan kini amat malang sekali ada diantara kita menghina bangsanya sendiri diatas nama agama dan kuasa..!

MPP UTM said...

Pelajar yang buat hal tu mesti ditangkap dan ditahan ISA. Biasiswanya dipotong. Pendaftarannya dibatal. Kerajaan kena tegas wahai menteri amaran !.Kesalahannya mengubah rupa bendera Malaysia. Pengkhianat. Nampak kecil tapi besar.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...