Suara Anak Pahang - Perlu Baca
02 September, 2010
KENYATAAN TIDAK BIJAK DARI SEORANG PEMIMPIN
Petang tadi, berita dari Stesen Radio Pahang FM melaporkan MB Pahang berucap dalam satu program di Kuala Lipis Pahang menyatakan supaya rakyat jangan mudah percaya pada maklumat di blog-blog sebaliknya mendapat kepastian dan kesahihan berita tersebut terlebih dari pihak berkenaan termasuk Tok Penghulu dan sebagainya.
Apakah pihak yang dinyatakan itu mempunya banyak maklumat dan mampu menjawab semua soalan rakyat mengenai media sosial? Mungkin masih ada diantara mereka yang masih belum pandai menggunakan komputer jauh sekali memiliki facebook dan memahami tentang blog.
Rupanya memang pemikiran pemimpin UMNO ini mengundur kebelakang dengan menafikan blog dan segala macam media sosial sebagai peralatan atau medium penyampai maklumat.
Apa bezanya kenyataan diatas dengan kenyataan seorang menteri tidak lama dulu supaya jangan makan bawang putih bila harga bahan berkenaan melambung naik. Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa tindakan sebegini bukanlah satu penyelesaian sebaliknya cuba melarikan diri dari tanggungjawab dan masalah.
Jika sekiranya blog yang ada tidak memberikan makluman sahih dan sebenar kenapa tidak diujudkan blog dari UMNO sendiri yang mampu memberikan berita sahih serta manangkis segala macam fitnah? Mana UMB Pahang dan blogger anak didik small talk? Gagalkan program memujudkan blogger Pahang yang dijalankan itu?
Kita ambil satu perumpamaan yang sangat mudah difahami hatta oleh orang-orang kampong dan rakyat marhaen sekalipun:
Andai kata kita (maksudnya dia lah tu) terberak ditengah jalan apakah cara penyelesaiannya? 1) Buangkan najis itu jauh-jauh supaya tidak lagi ada ditengah jalan berkenaan 2) Tutup dengan daun supaya kita dan orang lain tidak nampak walaupun masih dapat menghidu baunya, atau 3) Minta semua orang yang lalu lalang supaya jangan lalui jalan itu kerana ada najis kita disitu?
Minta-minta Tuan Guru Besar boleh berfikir dengan lebih waras lagi walaupun sudah berada dihujung jalan. Hehehe! UMNO kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
4 comments:
Yelah....
Ketua Kampung dan Penghulu dah dapat gaji dan elaun masing2...
Nak harapkan para bogger pro BN, nanti mereka nak mintak imbuhan pulak...
Bil broadban pun nak pau....
Bila X layan... mengugut nak pindah sokongan.... :)
MB jadi lebai malang?
agbr47: Menongkah arus
Kekadang dek kerana sikap kepimpinan masyarakat setempat yang tidak bertanggungjawab melaksanakan kebajikan rakyat, maka banyak rakyat melahirkan rasa tidak puashati kepada orang lain..... bagaimana pembangkang dapat menguasai blog sehingga mempengaruhi pemikiran generasi muda kerana tiada penangkisan yang kukuh dari pihak UMNO sendiri.......
Bukan semua Penghulu, Ketua Kampung, Ketua UMNO Cawangan benar-benar mendekati rakyat sebagaimana saranan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'...
hahaha, akhirnya YangGambi dah bersuara. Pemimpin bukan benar2 jujur dan tindakan mereka sentiasa ada kepentingan politik. Kenapa UMB Pahang tidak mampi jadi siber trooper menentang pembangkang? Kerana tidak ada kesungguhan dan cara yang tidak betul. Bukan mereka itu benar2 syg kan UMNO. Mereka hanya org politik. Saya akan tetap menegur sampai ke PRU nanti. Mereka tidak berani buat perubahan kerana mereka pemimpin penakut.
Post a Comment