Suara Anak Pahang - Perlu Baca
08 September, 2010
PAS YANG MENYESATKAN
Saya merujuk blog sahabat saya Hikayat Malaysia Heaven, baca sebahagian dari posting terbarunya dibawah ini;
pada 4 Sep 10 @ jam 1830 - 2200, di Sunway Pyramid Convention Centre, SUNWAY, satu Program Motivasi Kristian telah diadakan.
Ia bertajuk "Change Your World - You make the Difference" anjuran Christian Creative & Music Ministry of Eagle Point Church bralamat No.2, Jln Rajawali 3, Puchong Jaya.
Hadir lebih kurang 1,400 org remaja brumur 16 - 25 tahun. Yang memberikan pengisian ceramah adalah "ustazah" Hannah Yeoh dan Edward Lee - Adun DAP Bkt Gasing.
Ternyata dalam menjalankan dakwah Kristianisasi, Hannah Yeoh lebih bijak dari Hassan Ali, Iman dan Nasir Masjid USJ Taipan. Mungkin selepas ni akan ramai pengikut PAS keluar islam berikutan sikap PAS yang carca marba.
Dari dahulu lagi Pas sebenarnya bukan benar-benar membangukan Islam di Malaysia. Pas hanya membangukan politik mereka bagi memberikan tempat kepada pemimpin-pemimpin mereka dalam kerajaan negeri mahupun persekutuan. Dalam hal pendakwahan saya lebih hormati usaha yang dilakukan oleh Al- Arqam dan Kumpulan Tabligh yang nyata lebih berusaha mendakwah tanpa ada unsur dan kepentingan politik.
Tidak mustahil lebih banyak anak muda Melayu Islam akan dipengaruhi oleh kristian untuk dimurtadkan oleh pihak yang menangguk diair yang keroh, yang kerap dibawa masuk masjid oleh Pas dan dikenali ramai yang kemudianya pula mendakwah untuk agama kristian.
Eloklah kita seru Pas supaya kembali kepangkal jalan sebelum tersesat lebih jauh dihujung jalan. Jangan kerana sebab pemimpin mereka mengejar dunia (politik dan harta) akan membuatkan lebih ramai rakyat jadi sesat dan sengsara kerana fatwa-fatwa mereka yang sering berubah mengikut kesesuaian kehendak mereka sendiri. Pas memang menyesatkan selama ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
2 comments:
kenapa lah orang melayu mudah di pengaruhi oleh benda sesat? Kita tenguk ajaran ajaran sesat spt ayah pin,rosol melayu dan seribu ajaran sesat macam kacang mudah di pengaruhi.Kenapa ya?Yang amat merbahaya disesatkan oleh orang ahli@pakar dalam sesuatu agama.Kenapa pihak yang berwajib masih berdiam diri membisu @ makan gaji buta goyang kaki?Sudah habis ke cerdik pandai islam dalam membuat kajian @ apa apa lah......
Salam.
Tuan sila rujuk Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam soal ini, malu kita dikatakan oleh pembangkang golongan kurang maklumat dan pengetahuan...Majlis Fatwa mengharuskan...Kita jgn lg main isu ini, kita kalah...nampak sgt kita yg memperalatkan agama bukan PAS...
Jika kita marah sebab mereka masuk masjid tdk tutup aurat, Isteri PM, suhaizat dan lain2 pemimpin Wanita dan Putri UMNO masuk masjid juga tidak tutup aurat??? Apa pun dengan "Dunia tanpa sempadan" ni maklumat sekelip mata dpt diakses, boleh didedahkan masjid2 besar di dunia yang membenarkan bukan Islam masuk ke dalamnya..
Jika kita masih mainkan isu ini akan bertambah lagi fakta yg membuktikan bahawa kita memang memperalatkan agama demi politik kita/UMNO dimata rakyat...dan juga membuktikan kita /UMNO memang jahil dalam hukum hakam Islam...
Sekian terima kasih.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
afja02
Post a Comment