02 September, 2010

PEMIMPIN UMNO LIABILITY RAKYAT ?


Gambar hiasan semata-mata: 
Tak ada kena mengena dengan YB. (tut) dengan Ustazah (tut) yang diceritakan itu



' Kita bukan berniat untuk memusnahkan, tetapi pemimpin mesti ditegur bila melakukan kesalahan. Kita menegur dengan berhemah kerana itulah kita hanya menyindir dan bukan membuka pekung didada dengan mendedahkan nama sesiapa walaupun maklumat kita lengkap, nama dan dimana peristiwa itu berlaku. Harap pemimpin diatas sana berani ( diulangi - BERANI) lakukan sesuatu, atau kita akan dedahkan sejelas-jelasnya nanti, walaupun terpaksa merosakkan UMNO dan kerajaan sendiri, kerana ego pemimpin tidak akan mudah mengaku kalah dan mengaku salah. '


Beberapa bulan lalu kita simpati dengan seorang ADUN (di satu Bahagian)  yang sakit tenat. Maka kita turut berdoa untuk kesihatan beliau.  'Guru Besar'  (MB) Pahang ketika itu mengeluarkan kenyataan begini; ‘..beliau stabil tetapi kritikal…..kritikal tetapi stabil’ Entah apa maksudnya yang pasti hanya dia   seorang saja yang tahu.

Baru-baru ini kita terkejut pula dengan berita ADUN yang angau dan meroyan meminang isteri orang kerana gila bayang. Entah kita hendak simpati dan mendoakannya atau tidak. ADUN berkenaan YB. …(tut)....telah beritakan bermain cinta (?) dengan seorang isteri orang bernama ..(tut), yang juga seorang ustazah aka guru KAFA dan mengajar di Sekolah Agama Rakyat di Jengka…(tut).

Masalahnya perempuan ini bini orang. Suaminya diberitakan seorang penagih dadah yang sedang menjalani hukuman penjara. Kalau YB (tut) berkenaan hendak membela rakyat sekalipun, bukanlah dengan caranya memperisterikan isteri orang, melainkan telah janda.

Semakin lama kita melihat dengan jelas bahawa pemimpin UMNO adalah liabality kepada rakyat. Apakah MB sudah hilang ‘telor’nya untuk menegur ADUN berkenaan? Atau beliau takut ‘seluar’ beliau akan dilondehkan juga? Terlalu banyak konspirasi dalam UMNO Pahang nampaknya. Harap PM dapat tolong minta mereka itu berundur sebelum rakyat membuang UMNO yang busuk hingga ke usus ini.

Dilaman-laman facebook pihak pembangkang giat menghentam kerajaan. Malangnya UMB Pahang hanya berkomunikasi sesama mereka saja. Sudah tentulah tiada siapa yang berani menyanggah ‘Small Talk’, bahkan dia boleh ‘Big Talk’ sesama penjilatnya itu. Bila ada yang membantah atau membangkang pendapatnya maka dia akan dikeluarkan (remove) dari ‘friend’. maka yang tinggal hanya penjilatnya saja. Kerana itulah UMNO semakin mengecil, bila sesiapa tidak sehaluan akan dicantas.

Kalau berani dan benar-benar berjuang, kenapa tidak serang laman lawan? Man Kadir, Yop Tulang Sekah, Lemang Bakar, Yusuf Salleh dan lain-lain lagi? Begitu baru berani namanya. Bro J tidak payahlah nak campur tangan urusan Pahang atau cuba pertahankan UMB Pahang. Bro J ni, kalau nak lihat dia melompat, cuba kita usik Si-Kitol tentu dia akan segera melenting macam cacing kepanasan.

Ada kedengaran bunyi ‘brruppp’, tapi sayup-sayup. Siapa agaknya hah? Ada berani UMB Pahang nak beri komen di blog abang besar?

7 comments:

Jeepers Creepers said...

hahaha macam macam perangai orang umno ni..buat malu kat budak budak je hahahaha

pacat said...

dedahkan biarpon pahit kerana menjadi tanggungjawab kita menegur dan memperbaiki yg tak elok yang berlaku dalam masyarakat sekarang tak kira siapa pon dia dan apa kedudukannya.. salah tetap salah... tak bermoral tetap tak bermoral!!!!...

Gerakan Timur said...

Inilah jenis pemimpin yang merosakkan perjuangan partinya. Memalukan!!! Kerna mangkuk seorang, semua terpalit selumbar...

Mamat Sekodeng said...

Bro BH, itu Ustazah Ifa tu ye? Guru KAFA di Jengka 23 tak? Ishhh! Aku ada juga dengar kes ni tak lama dulu. Hancinglah bro diorang ni.

Anonymous said...

BH saya puji kamu. Oi Macam ni ke perangai orang umno. Kenapa MB tak berani memegurnya munkin dia pun sama kot. Tolonglah jangan buat perangai macam lembu..........Kalau macam ni jahanamlah bangsa dan negara. memalukan orang melayu

SPU said...

Rakyat semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin UMNO itu sendiri, tidak mustahil PRU13 nanti UMNO akan kehilangan kuasanya.

Anonymous said...

Masih ramai orang Melayu sayangkan UMNO, ramai yang masih sanggup berjuang menangkis segala tomahan pembangkang walau pun tanpa di suruh, tanpa di upah..... tetapi lepas satu-satu kepimpinan UMNO yang diberi amanah mengambil tindakan mengikut nafsu.... memalukan... inikah ciri-ciri kepimpinan yang terbaik pada mata Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang ?

Kalau tak silap, ramai kepimpinan UMNO sebelum ini yang baik, amanah tetapi menjadi mangsa konspirasi UMNO Pahang kerana bimbang melawan tokey.... kalau inilah yang kepimpinan yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO Pahang..... mampukah membantu Dato' Sri Najib memperkukuhkan UMNO seluruh negara...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...