Lebih baik 'dua alam' seperti Cik Khairy;
yang berani tunjukkan keberanian
yang kaya tunjukkan kekayaan
yang malu JANGAN PULA tunjukkan kemaluan
Dalam kebanyakan sejarah perjuangan yang benar-benar berjuang adalah dari kalangan rakyat marhaen. Golongan bangsawan tidak berjuang kerana mereka hidup selesa diistana mereka. Mereka hanya menanti untuk diangkat sebagai pemimpin apabila perjuangan telah selesai.
Banyak contohnya. Jika kita ambil sejarah William Wallace pun sama juga, dan seperti saya katakan tadi banyak lagi contohnya yang boleh kita ambil. Perjuangan adalah bermula dari bawah, oleh rakyat. Sejarah negeri-negeri Melayu pun demikian juga. Yang benar-benar berjuang adalah dari kalangan rakyat. Sejarah kemerdekaan kita pun mungkin sama.
Perjuangan Melayu adalah sejarah perjuangan bangsa yang penakut. Berapa kerat antara mereka yang benar-benar berani berjuang? Kebanyakan perjuangan dipandang sepi oleh masyarakat umum. Tidak kira dimana zaman sekalipun, keberanian bangsa kita memang amat sedikit.
Perjuangan bermula dikalangan rakyat sebagai minoriti yang memperjuangkan untuk keseluruhan rakyat. Apabila kejayaan sudah hampir didepan mata maka golongan bangsawan ini akan tampi kemuka dan mendabik dada sebagai pemimpin rakyat. Mereka itu golongan opportunitis.
Perjuangan bermula dikalangan rakyat marhaen dengan penuh keberanian namun apabila sudah diterajui oleh golongan bangsawan maka perjuangan itu berakhir dengan kebaculan.Siapakah pemimpin kita sekarang ini yang masih berani bersuara apabila maruah bangsa dicabar?
PERKASA yang cuba berjuang untuk mengangkat martabat bangsa Melayu juga cuba dinafikan oleh pemimpin-pemimpin hanya kerana mereka takut digertak oleh kaum lain. Mungkin orang Melayu kena lebih banyak minum air sabun seperti di zaman penjajahan Jepun dulu untuk bangkitikan kembali keberanian dan semangat juang bangsa.
3 comments:
Persetankan dgn segelintir pemimpin bacol dalam UMNO itu. Penyatuan melayu adalah lebih penting. Jgn takut untuk buang mereka andai bangsanya pun tidak berani dipertahankan! Memalukan pejuang2 melayu dahulu spt dato' harun, dr ismail dsb...
Salam Ziarah,Slmt Hari Raya,
Hidup melayu3x....
mana-mana pemimpin bebal liabiliti kepada umno/Bn cantaslah. Memelihara biawak hidup.
Post a Comment