22 September, 2010

'PERKASA'KAN MELAYU

 Setidak-tidaknya, Ibrahim Ali berani mencium keris 
dan tidak dengan ketakutan memohon maaf kepada kaum lain 
sebagaimana Melayu yang satu itu



Semua bercakap mengenai perpaduan Melayu. Memang Melayu itu Islam walaupun Islam itu bukan Melayu. Memperkasakan Melayu juga bermakna memperkasakan Islam di Malaysia, semua orang tau itu melain Pas totok yang matanya sudah dikaburkan oleh politik syurga mereka hanya untuk mereka sendiri saja. Tetapi soalnya, bagaimanakan Melayu boleh bersatu padu tanpa mengira kecenderungan politik masing-masing?


Mustahil Melayu dan bersatu padu didalam Pas. Melayu UMNO pasti tidak akan menyertai Pas demikian juga Melayu Pas pasti diharamkan menyertai UMNO. Beginilah Melayu berpatah arang berkerat rotan dan taksub kepada parti politik masing-masing. Tidak seperti kaum Cina yang dengan senang akan duduk se meja dan membincangkan kepentingan kaum mereka walaupun mereka itu MCA, Gerakan ataupun DAP. 

Kaum Cina memang pintar berpolitik dan mereka mendapat segalanya untuk kepentingan kaum mereka dari semua sudut, yang mereka utamakan adalah kepentingan kaum, bukan parti politik kerana parti politik hanyalah wadah sedangkan natijahnya adalah kepentingan kaum mereka.


Apabila Perkasa ditubuhkan untuk menyatukan Melayu, Pas dari awal lagi sudah menjatuhkan hukum kepada Perkasa dengan melebelkan Perkasa itu sebagai UMNO. Lalu Pas menolak Perkasa. UMNO juga menolak Perkasa kerana pemimpin mereka takut kehilangan pengaruh. Bahkan mereka lebih takut apabila parti politik serta NGO kaum Cina melebelkan Perkasa sebagai rasis. Maka UMNO juga menolak Perkasa kerana kaum lain menolaknya, justru bagaimana Melayu dapat bersatu?


Kita sedih apabila ada beberapa kerat pemimpin Melayu yang begitu penakut untuk mengiktiraf Perkasa sebagai NGO yang perjuangkan bangsa Melayu. Apakah mereka lupa bahawa UMNO juga ditubuhkan untuk membela agama, bangsa dan negara? UMNO juga perjuangkan Melayu sama seperti Perkasa. UMNO dan Perkasa sepatutnya berjalan seiringan tetapi kenapa ada beberapa pemimpin UMNO yang bacul sehingga menolak kewujudan Perkasa?


Kaum lain memang tidak ingin melihat Melayu bersatu, mereka memang inginkan Melayu terus berpecah bagi memudahkan dasar pecah dan perintah mereka untuk terus menekan ekonomi dan politik bangsa Melayu, untuk terus mengagalkan dasar kerajaan terhadap bumiputera, untuk mereka terus dapat menguasai ekonomi negara.

Mari kita dengan berani dan penuh kesedaran sertai Perkasa dan menyatukan Melayu didalamnya. Klik Perkasa Pahang (disini).




2 comments:

Pendekar Melayu said...

pemimpin umno yang menolak perkasa adalah pemimpin yang tidak berpandangan jauh..

perkasa sudah menjadi sebahagian dari bangsa melayu..dan umno juga menjadi darah daging orang melayu..

mustahil umno boleh menolak perkasa melainkan umno sendiri menolak orang melayu.

Helang Buana said...

Setuju, kita biarkan pemimpin tu dengan egonya. Yang penting melayu perlu jadi tuan di negara sendiri. Jangan biarkan orang lain bermaharaja-lela di tanah air kita.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...