08 March, 2011

BUBARKAN SAJA UMB





Sejak mula lagi saya merasakan ada yang tidak kena dengan UMB ini, khususnya di negeri Pahang. Saya merasakan langkahnya tidak seirama dengan lagu yang dimainkan. Berkali-kali saya menegur bahawa UMB gagal berperanan membina satu force media siber yang melibatkan blogger serta laman sosial seperti facebook dan sebagainya. Mungkin di facebook nampak sedikit peranan mereka tetapi UMB gagal sama sekali di blog.

Dalam PRK Kerdau dan Merlimau yang membantu UMNO BN adalah blogger pro kerajaan yang bukannya di naungi UMB sama sekali. Itu sangat disedari semua pihak. Andai kata blogger itu adalah kekuatan kepada UMNO maka kekuatan itu adalah kekuatan dari luar UMNO itu sendiri yang selama ini hanya berjuang atas dasar simpati kepada UMNO. Soalnya mengapa UMNO tidak berjuang untuk mereka sendiri sehinga perlukan orang lain perjuangkan mereka?

Jika UMNO memperakui keberkesanan dan peranan media baru dalam menentukan sokongan politik kenapa tidak UMNO memperkasakan blog di setiap bahagian-bahagian UMNO seluruh negara? Perkasakan juga UMB dan jangan lagi bergantung harap kepada penyokong yang mungkin satu ketika lain akan berubah sokongan.

UMB gagal dalam membina pasukan blogger UMB sendiri bahkan juga gagal dalam menyatupadukan blogger untuk bernaung dibawah UMB. Kenapa tidak bubarkan saja UMB dan menyerap didalam BPN yang lebih awal ditubuhkan? Yang penting tujuan kita sama, melainkan ada orang-orang tertentu yang bertujuan untuk mengambil kesempatan untuk mengangkat diri sendiri dipersada politik.

 
Rujuk post terdahulu saya:
Tun Faisal Pencacai KJ?
Langkah Sumbang Media Baru Pahang
UMB Pahang - Apa masalahnya?


Baca juga post dari blogger elit dan tersohor ParpuKari Kunyit Berapi:


Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda Tun Faisal Ismail Aziz sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat. UMB dijanakan dengan peruntukan yang bukan kecil. Bagaimanapun, rata-rata merungut dan mengecam UMB dan Tun Faisal kerana terlalu BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI dan PERASAN sebagai boss kepada para bloggers, sekalipun Tun Faisal sebenarnya tidak mempunyai blogger yang bernaung di bawah UMB.

Maka masalah tersebut meledak di Kerdau dan Merlimau. Di Melaka, media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM dan bukannya UMB. 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM langsung tidak menghiraukan Tun Faisal dan UMBnya yang dilihat sangat pincang dan hanya gah pada nama tetapi langsung tak buat sebarang kerja dan gagal berfungsi mengikut bidang tugas bagi menaikkan nama Pemuda UMNO.

Apa yang berlaku di Merlimau dan cubaan 'merampas' kuasa di Kerdau jelas memperlihatkan bagaimana Unit Media Baru tidak lebih daripada sebuah entiti yang sebenarnya cuba menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO, bukannya menaikkan Pemuda UMNO secara keseluruhannya.

Dengan kata-kata lain, Tun Faisal sebenarnya TAK PAYAH ADA DALAM PEMUDA UMNO PUN tidak menjejaskan perjalanan cywar UMNO. Bahkan ketiadaannya lebih melicinkan dan melancarkan tugas para peserta yang terbabit dalam cywar.

Di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh  PAHANGKU. UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger, ditolak sejak dari awal lagi. Boleh dikatakan, hampir keseluruhan blogger UMNO menolak UMB yang tidak lebih daripada sebuah mesin pengaut wang untuk masuk ke akaun sendiri, berbanding terlibat secara langsung dengan permainan dunia perang siber. Yang lebih malang, Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO sendiri pun, BUTA KAYU TENTANG CYWAR!!!!

Mungkin kerana itulah, Datuk Akbar Ali, Ahli Dewan Negara yang mewakili negeri Melaka, sejurus selepas mengumumkan kemenangan tidak rasmi UMNO-BN di Command Centre UMNO-BN di Merlimau, memberitahu Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaacob agar membubarkan UMB, apatah lagi dengan pintu bilik media yang sepatutnya digunakan oleh para blogger dikunci sepanjang masa dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun kecuali dengan IZIN TUN FAISAL!

Dan ianya mungkin secara tidak langsung disebabkan oleh ketidakupayaan UMB menggalas tugas dalam beberapa PRK yang lepas dengan kemuncaknya adalah di Merlimau dan Kerdau.

2 comments:

TAIPINGMALI (TM) said...

UMB tak perlu bubar tetapi disusun semula.

bRAVEhEART said...

Bro TM,
Kalau aku nak kata UMB perlu dibubar, apa masalah kamu? Bubarkan saja, hehe! kita bakorrrr

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...