17 September, 2011

MANSUH ISA; MENDAHULUKAN RAKYAT?




1. Ramai sahabat menanyakan pendapat mengenai pemansuhan akta ISA yang diumumkan oleh DS Najib baru-baru ini. Tiba-tiba kerongkong saya jadi haus untuk menjawab soalan itu. Umpamakan itu sebagai penceraian, satu-satunya perbuatan halal yang dibenci Allah.

2. Saya tertanya-tanya alasan sebenar menghapuskan ISA, apakah kerana desakan pembangkang, menagih simpati dan sokongan atau benar-benar demi rakyat yang 'kunun'nya diutamakan?

3. Jika kerana desakan pembangkang, bermakna pemimpin kita bukanlah seorang yang berani menghadai desakan.

4. Jika kerana ingin menagih simpati dan sokongan, kaum-kaum bukan Melayu tetap akan mendesak untuk mendapat itu dan ini namun dalam masa sama tidak akan memberi undi kepada BN kerana sedar bahawa BN dalam kedudukan yang paling lemah.

5. Jika benar kerana hendak mendahulukan rakyat, memansuhkan tol-tol serta cukai kepada bahan makana tentunya akan lebih bermakna. Baca blog MIK

6. Justeru untuk kepentingan siapakah sebenarnya pemansuhan ISA itu? Saya juga keliru! Baca Peneh Miang, Berani Membuat Pilihan, ParpuKari,

7. Jika DS Najib menyangka rakyat gembira dan menunggu-nunggu  pengumuman berkenaan ternyata dia teramat silap kerana majoriti rakyat merasa teramat kecewa. Kemungkinan kebenaran teori RAHMAN semakin nyata!

1 comment:

Anonymous said...

salam BH,

Dulu sekali macam merajuk dan tak ndak berblog, mahu bersara. Ke acah saja.......

BH . bior lah, kan itu kehendak rakyat. Pemimpin perlu buat keputusan sejajar dengan dasar pemerintahan, yang penting berani sepaerti perkataan BraveHeart akan Berani Hati. Sesuatu keputusan memang ada risiko nya, dan tak semua di persetujui oleh orang. Percaya lah BH, bila keputusan telah di buat, akan di terima terutama pengampu bodek dan yang jaga periok nasi. Andai kan Kalau DS Najib umum kan tidak akan sekali menghapus ISA, maka riuh rendah puak-puak itu menyokong nya, begitu sebalik nya. tAK GITU bh OOIIIII......



tk

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...