1. Kegagalan BN menguasai kerusi-kerusi Parlimen dan DUN adalah dilihat kerana kegagalan wakil-wakil rakyat tertentu dalam memberikan khidmat kepada rakyat.
2. Kemenangan pihak pembangkang adalah terjemahan dari undi protes dari rasa tidak puas hati rakyat.
3. Sebenarnya parti pembangkang tidak pun menarik minat dan mendapat kepercayaan rakyat majoriti.
4. Kebijaksanaan pembangkang hanyalah memanapulasikan keadaan dengan meletak segala kesalahan kepada kerajaan memerintah @ BN @ UMNO.
5. Segala yang salah berlaku maka UMNO BN lah yang dipersalahkan, sehingga ada yang berkata jika anak ayam dilanggar lori pun maka salahnya adalah pada UMNO BN juga.
6. Pemimpin pembangkang menuding jari menyalahkan kerajaan dan para pemimpin memerintah, para penyokong pembangkang pun menuding jari kearah yang sama, hatta pada kesalahan atau sesuatu yang mereka sendiri ciptakan.
7. Mereka terlupa bahawa mereka juga berbuat salah bahkan mereka dalam banyak hal adalah punca segala masalah.
8. Kita juga jangan terlupa bahawa penjawat awam yang menyokong pembangkang juga berbuat salah dengan mensabotaj banyak agenda kerajaan memerintah.
9. Siapa sebenarnya pengkhianat dan 'duri dalam daging' dalam negara kita?
3 comments:
Salam.Kelemahan pemimpin pemimpin kerajaan sebenarnya membuatkan rakyat memberikan undi protes kepada pembangkang.Masih ramai lagi wakil wakil parti BN yang tidak bersih yang masih diberi kepercayaan.Mengapa ini terjadi? Adakah kerajaan sengaja membuatkan rakyat marah dan memberikan undi kepada pembangkang?.Janganlah simpan pemimpin pemimpin yg tak elok.Nanti UMNO dan kerajaan kalah baru padan muka
Setuju 100% termasuk komen anon tu.
Siapakah yang betul?????? Ko pun satu hal..ko tuduh pula pembangkang tuduh UMNO...ko jangan tuduh lah...buat ajer kerja ko tu...rakyat sekarang dah matang tahu mana satu betulnya...tak payah tuduh menuduh.
Post a Comment