27 November, 2012

BILA HARIMAU MENYIMPAN KUKU @NajibRazak

Aspan Alias bersama......??


1. Saya membaca blog Aspan Alias yang menawarkan diri untuk berdebat dengan DS Najib sekiranya DS Najib 'takut' untuk berdebat dengan Anu arr (Klik Sini)

2. Tentu itu tidak menghairankan kerana sebelum inipun Hj Hadi juga menyatakan keinginan bertanding di Parlimen Pekan untuk berhadapan dengan DS Najib.

3. Bahkan blogger 'Suck-Mangkok' (Klik Sini) yang pernah satu ketika duduk 'dicelah ketiak' DS Najib juga sering mencabar serta mencercanya sejak akhir-akhir ini sama ada dalam blog maupun dalam ceramah-ceramah beliau.

4. Sama ada Anu arr, Sakmongkol atau Aspan Alias, kenapa hanya selepas terbuang dan tidak lagi berada didalam UMNO baru nampak buruknya UMNO? Kenapa tidak memperbaikinya ketika masih berkuasa dan berada didalam UMNO? Yang nyata mereka ini adalah dari jenis musang yang berkata anggur itu masam hanya setelah tidak dapat memiliki anggur berkenaan. Watak orang-orang gagal dan kecewa.

5. DS Najib adalah pemimpin nombor satu negara. Usahkan dapat berdebat atau bertanding dalam PRU dengannya, dapat mencerca beliau dibelakangnya didalam ceramah-ceramahpun sudah cukup membanggakan. Bahkan jika dapat diherdik dan dijerkah oleh DS Najib juga akan memberikan saham kepada musuh-musuhnya.

6. Sebagaimana bahagianya 'anjing-anjing' yang menyalak bukit pada malam hari ketika bulan penuh meskipun mereka tahu bahawa bukit itu tak akan runtuh bahkan tidak juga akan bergegar sedikitpun.

7. Bila harimau menyimpan kuku, tikuspun berani berlari-lari dan menyamar jadi kucing.

8. Mungkin juga DS Najib tidak akan sesekali menyahut dan melayan cabaran Aspan Alias untuk berdebat. Namun bagaimana kalau 'orang ini' pula mencabar Aspan Alias untuk berdebat?






2 comments:

Anonymous said...

Hahahaha! celaka ko pnya menganjing BH....senak perut aku tergelak

oldman said...

Berebut le puak puak ni berebut nak jadi MUSIDUL AM CIBAI...agaknya siapa yg paling layak? AL JILATNI?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...